Kelebihan Bersahur

Kelebihan Bersahur | Alhamdulillah pagi tadi sahur pertama kami sekeluarga untuk Ramadhan 2018. Syukur pada Allah untuk kali ini kami sekeluarga masih lagi di beri ruang dan juga peluang  oleh Allah SWT bertemu lagi dengan bulan Ramadhan.  KakYa sekeluarga mengharapkan agar Ramadhan kali ini penuh makna untuk kami. Semoga kami sekeluarga dapat menjalani puasa dengan penuh rasa syukur. InsyaAllah aamin aamin ..


Selamat Bersahur Dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Sahur pertama kami sekeluarga KakYa rasa sedih sikit sebab tak cukup sorang anak di sisi.  Anak perempuan KakYa, Kakak Insyirah kat asrama. Tahun kedua kakak berpuasa kat asrama dan tahun pertama sahur 2018  kakak takde kat rumah untuk hari pertama sahur. Tahun lepas kakak dah puasa kat asrama sebenarnya tapi masa masuk bulan Ramadhan sekolah cuti jadi kakak masih ada bersama kami masa awal awal puasa. Tahun ni kakak takde bersama untuk sahur sebab harini kakak kat asrama lagi.  Umi doakan kakak baik baik saja sahur kat asrama bersama kawan kawan. Selamat bersahur kakak..  Naper rasa cam nak nangis jer ni .. Mak mak gini la mudah jer nak nangis bila teringat anak anak. Petang ni Kakak boleh balik.. Yeayy dapat la bukak puasa dengan kakak. Syukur ...

Bila sebut jer bab bab sahur ni kan. KakYa teringat la masa kecik kecik dulu susah benor nak bangun sahur nak anak awal puasa. Awal puasa sebab belum biasa lagi bangun awal untuk makan. Bila bangun jer duk kat meja makan mentido kerjanya. Tak lalu nak makan sangat pepagi. Kekadang bangun minum air putih segelas terus pegi tido.

Jom Sahur 

Bila dah ada suami dan anak anak kena la bangun sahur dan siapkan makanan sahur untuk keluarga. Anak KakYa, Akif dia takle kalau lapar sangat mudah jadi gastrik dan sakit perut. Kot mana pon kena suruh jugak Akif makan. Kalau tak kesian kat dia seharian la sakit perut. Bila dah sakit perut dia ni tak nak bukak poser. Nak poser jugak. Kekadang lembik semacam pon tanak jugak berbuka. Jadi memang KakYa akan paksa la jugak Akif minum susu dan makan waktu sahur. Kekadang dia tak layan pon,  mentido je kat meja makan hahaha macam Umi dia masa kecik kecik dulu. Sepesen la sangat.


Bersahur ni sebenarnya satu amalan sunat yang sangat digalakkan dan tidak sepatutnya ditinggalkan oleh setiap muslim kerana amalan ini mengandungi banyak kebaikan. Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Kelebihan Bersahur 

Antara kelebihan dan kebaikan bersahur itu adalah seperti berikut:

1- Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
2- Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
4- Amalan bersahur akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.w.t pada malam hari khususnya 2/3 malam.

Oleh itu janganlah kita lupa bersahur walaupun dengan beberapa biji kurma dan juga segelas air putih. Ha aaa korang yang tengah baca ni ada ke yang tak sempat bersahur pagi tadi ... Terbabas tidur eaa. Ngantuk sangat ler tu . Biasa la kan hari pertama susah sikit nak bangun. Lama lama ok la kan ! ..

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Selamat melalui hari pertama Ramadhan KakYa.Sikit pun kena makan dan minum kan kak...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.