Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu Yang Baru

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu Yang Baru | Alhamdulillah demam pilihanraya telahpun berakhir. Syukur pada Allah SWT sepanjang tempoh pilihanraya, proses berjalan lancar. Syukur juga kehadrat Allah SWT dengan izinNya, KakYa dan suami dapat pulang ke Terengganu negeri kelahiran kami bagi menunaikan tanggungjawap sebagai salah seorang rakyat Malaysia. 

Keputusan muktamad untuk negeri Terengganu, kami telah bertukar kerajaan daripada Barisan Nasional kepada PAS. PAS mengulangi sejarah 1956 dan 1999 apabila berjaya memenangi 22 daripada 33 kerusi DUN Terengganu menewaskan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Negeri Terengganu dengan rasminya di perintah oleh PAS dan Menteri Besar negeri Terengganu yang baru ialah Prof Dr Ahmad Sanusi Mokhtar. Bagi rakyat Terengganu yamg belum mengenali siapa beliau apakata kita selusuri serba sedikit mengenai Menteri Besar Terengganu yang baru ini.

Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Kenali Menteri Besar Terengganu Yang Baru 

Siapa sebenarnya pemilik nama Ahmad Sanusi Mokhtar ini. Jom kita kenali beliau dengan lebih dekat lagi. Tapi sebelum tu KakYa nak bagitau kat korang, tercetusnya entri ni dek kerana anak anak KakYa duk tanya Umi dia ni .. "Umi, apa nama Menteri Besar kita yang baru. Aritu Umi ada cakap Menteri Besar Terengganu dah bertukar, jadi apa nama Menteri Besar Terengganu yang baru" .. Alang alang KakYa jawap kat anak anak, KakYa terus la buat satu entri untuk blog. Kami ni namanya duk Kuantan Pahang tapi suami dan anak anak KakYa bekerja dan bersekolah di Terengganu. Opkos la naak tahu siapa Menteri Besar Terengganu. Moga moga dengan entri ni, korang pon dapat manfaat juga. Dapat kenali Menteri Besar Terengganu yang baru, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu

Nama: Ahmad Samsuri Mokhtar
Tarikh lahir: 16 November 1970 
Umur: 48 Tahun
Asal: Jerteh, Besut, Terengganu
Isteri: Tuan Faizah bt Tuan Ab Rahman 
Pekerjaan: Penganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa




Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang Marang dan telah di lantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. 

Beliau adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemegang Doktor Falsafah Aero-Engine dari University of Leeds, United Kingdom.

Bapa kepada enam orang anak ini turut memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, selain antara penganalisis bagi insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17.

Beliau adalah antara calon yang dinamakan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu, selepas PAS berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Pengajian Tinggi Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

- PhD (Aeroengine ignition and combustion. high altilude engine failure) School of Mechanical Engineering. University of Leeds, UK (2001). 

- Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies. University of Leeds. UK (1996).

- B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia (1993).

Pengalaman Dalam Kerja Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

- Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL).

- Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008. 

- Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006.

- Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008.

- Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995.

- Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994.

Khidmat Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

- Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 dan  MH17 :-

TV1,TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM fm

- Penasihat Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi,

- Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi : Feb 2007-Jan 2009.

- Pengerusi Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009.

- Ketua Delegasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency).

- Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA) 
International Conference. Washington, 2006. 

Pencapaian Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


- Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005.

- Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation. Research & NewTechnologies, Brussels, 2005.

- Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation. Research & New Technologies, Brussels, 2005.

- Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003.

- Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004.

Okeylah ni serba sedikit mengenai latar belakang Menteri Besar Terengganu yang KakYa dapat hasil perkongsian di group WhatsApp dan juga carian melalui Mr Google.


Senarai Nama Menteri Besar Terengganu

Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah:

•  Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960)
• Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari UMNO (1960-1970),
• Datuk Mahmood Sulaiman dari UMNO (1970-1971)
• Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari UMNO (1971-1974)
• Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari UMNO (1974-1999)
• Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004)
• Datuk Seri Idris Jusoh dari UMNO (2004-2008)
• Datuk Seri Ahmad Said dari UMNO (2008-2014) 
• Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dari UMNO (2013-2018)



Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.