Cara KakYa Ajar Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan

Cara KakYa Ajar Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan | KakYa pasti ibubapa kat luar sana mesti nak anak anak diaorang puasa penuh selama sebulan. Begitu juga KakYa  . KakYa mulakan amalan berpuasa untuk anak anak di usia mereka 4 tahun  . Tiga tiga anak KakYa mula berpuasa masa umur diaorang 4 tahun . Walaupon tak penuh pada usia 4 tahun tapi menginjak ke tahun berikutnya diaorang dah boleh puasa penuh . Satu satunya anak KakYa yang puasa penuh di usia 4 tahun adalah anak bongsu Muhammad Akif Imtiyaz . Kakak Insyirah dan Abang Iman tak dapat puasa penuh waktu umur empat tahun di sebabkan masalah kesihatan pada masa bulan puasa . 

Cara KakYa Ajar Anak Puasa Penuh

Macam mana KakYa buat untuk anak anak KakYa puasa penuh . Bercakap mengenai puasa penuh , untuk usia anak anak KakYa sekarang 9 , 11 dan 14 tahun memang diaorang semua puasa penuh . Solat dah betul terjaga kena la usahakn puasa penuh juga . Ramai juga tanya waktu Akif puasa penuh di usia 4 tahun , tak kesian ke suruh dia puasa , kecik sangat lagi lapar dahaga kesian dia . 

Tak paksa anak anak puasa . Ehh tak de la KakYa tak paksa Akif dan anak anak lain berpuasa di usia 4 tahun tapi KakYa galakkan diaorang berpuasa dan kalau rasa tak larat boleh buat setakat mana yang mampu tapi diaorang bertiga memang energi tinggi .. Semua boleh puasa hingga la masuk waktu berbuka . 

Puasa sebab tengok semua ahli keluarga puasa . Akif ni mula mula dia puasa sebab tengok Umi abah , kakak , dan jugak abang berpuasa . Jadi bila dia tengok kami tak makan  siang di bulan Ramadhan dia pon nak puasa juga . Setiap kali masuk bulan Ramadhan dia paling teruja . Edok dah nak puasa eaaa tak sabarnya ! Yeayy kita poser esok . 

Anak suka dapat solat terawih . Bila masuk bulan puasa maka kita akan jumpa solat terawih . Akif dengan Iman dia suka pegi solat terawih kat rumah kami sebab dapat solat terawih dengan kawan kawan juga . Seronok dapat jumpa kawan dan dapat solat sama sama . Bulan lain takde solat terawih hanya Ramadhan yang special ni jer ada terawih . Selesai solat ada pulak moreh , lagi la diaorang suka . Jadi kita sebagai ibubapa galakkan anak anak kita pergi terawih bagi diaorang hayati indahnya ramadhan . 

Umi kena rajin masak . Bulan Ramadhan bulan makanan jugak bagi anak anak . Hahaha takde la saja KakYa ni kan . Ok sebenarnya bulan Ramadhan ni bulan KakYa lebih lebih rajin masak pelbagai makanan berbuka dan sahur untuk anak anak . Biasa kalau bulan puasa anak anak akan listkan harini Akif nak makan ni , harini Iman nak makan ni  . Masing masing ada lauk dan makanan kesukaan masing masing . KakYa akan pastikan apa yang diaorang request siap sedia kat meja makan waktu berbuka . Bila diaorang dapat berbuka dengan makanan kesukaan diaorang , lagila semangat nak berpuasa tu bertambah tambah  . Sebulan puasa macam macam la menu Umi kena masak . Tapi takpe Umi suka anak Umi dapat puasa penuh . 


Anak kena sahur jangan tak sahur . Kalau bersahur anak anak KakYa tak kisah sangat la makan ringan ringan jer . Bukan selalu ambik nasi kalau sahur . Mula mula puasa jer ambik nasi pastu diaorang dah tak nak nasi lagi dah . Cukup segelas air manis , segelas air putih suam dan juga kurma . Kekadang diaorang makan buah , kismis dan juga madu . Seeloknya bagi anak anak makan makanan sahur yang boleh bagi diaorang rasa kenyang dan kurang sikit rasa lapar . Susu pon ok . 

Bungkus elok elok makanan dan minuman dalam peti ais . Ok korang KakYa nak tanya , anak korang suka tak buka tutup buka tutup peti ais . Bila tiba jer bulan puasa , maka bermulalah kekerapan berganda anak anak KakYa bukak peti ais . Hadoi la ntah apa yang di cari pon tatau . Sekejap bukak peti sekejap tutup peti . Pepagi hari dah start buka peti ntah hapa hapa la diaorang ni . Bila dah start buka peti ais maka nampak la makanan makanan yang ada kat dalam peti tu kan kan kan . Sesekali telan air liur la jugak tengok makanan nak nak kalau diaorang bukak peti ais time balik sekolah . Masa tu dah la tengah dahaga , kalau ternampak air putih pon dah macam air tembikai laici dah jadinya . Mula la iman tak kuat tu datang . Nak berbuka nak berbuka .. Apa KakYa buat nak bagi diaorang rasa peti ais tu tak seronok mana untuk di lihat .. KakYa bungkus makanan dan minuman yang ada dalam peti ais dengan surat khabar . Air kotak ke , coklat ke biskut ke semua berbalut  . Bila diaorang bukak peti takde la nampak makanan tu semua . Puasa pon terjaga laa . Senang jer nak tutup semua tu . Kena rajin buat jer insyaallah berjaya . 

Kurangkan tengok gambar makanan . Bulan puasa ni kan takyah la bagi anak anak duk tengok gambar makanan sangat . Kita pon takyah la tunjuk gambar gambar makanan yang best best kat anak anak waktu berpuasa . Boleh jadi nak berbuka time tu jugak bila tengok makanan sedap apalagi kalau tengok tv rancangan masakan . Hadoi laa boleh bikin terliur anak anak . Sebaiknya takyah tengok depan anak anak . Nak tengok sangat waktu anak anak tidur ke , pegi sekolah ke .. boleh la tengok waktu tu . Kita nak ajar dan nak latih anak puasa sebulan tapi kita duk tayang macam macam makanan sedap kat depan mata diaorang non stop . Opkos la tak sampai sebulan anak kita tu puasa sebab tergoda dengan makanan . 

Amalkan bermain dengan anak anak . Kalau anak anak KakYa diaorang suka main permainan uji minda contoh isi tempat kosong silangkata ataupon main tanya dan jawap soalan kat atas kertas . Ok contohnya gini binatang huruf S , sayur huruf G , negara huruf L , nama orang huruf T ... Gitu la lebih kurang . Bila duk main gini dapat isi masa diaorang dengan benda benda yang berfaedah dan diaorang lupa sekejap bab bab lapar . Adatla kan puasa kita ada rasa penat rasa lapar tapi bila kita isi masa dengan bermain bersama anak anak insyaallah boleh lupakan rasa lapar bila dah datang keseronokan bermain . Gelak tawa gembira waktu bermain boleh hilangkan stress anak anak . 

Ok tu jer la tips yang KakYa amalkan untuk tetapkan dalam diri diaorang puasa penuh . Alhamdulillah diaorang semua ok takde masalah bab bab nak puasa penuh . Syukurlah ...

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kalau kesihatan mengizinkan....ditambah sokongan ibu ayh adik beradik insyaAllah boleh dan mudah...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah kena ikut tips kekya nie..farah baru nak ajar anak2 berpuasa

    BalasPadam
  3. ni pun tengah ajar sofea puasa penuh tahun ni.. harap menjadi...

    BalasPadam
  4. cara terbaik kak... anak2 ibarat kain putih.... perghh ada pulak lazz.... sedapnya

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.