Tempah Hotel Guna Aplikasi Traveloka

April 03, 2018

Tempah Hotel Guna Aplikasi Traveloka | Dalam masa beberapa hari lagi KakYa dan keluarga akan bercuti kat Johor Bharu. Dah namanya bercuti kenala tempah tempat penginapan awal awal sebelum pegi. First time ni KakYa tempah hotel guna Traveloka. Kalau sebelum ni KakYa biasa tempah hotel guna satu aplikasi lain, kali ni KakYa try guna Traveloka pulak. Sebenarnya dah lama jugak la KakYa mendaftar diri dengan Traveloka tapi tak berkesempatan nak guna aplikasi yang satu ni. Cumanya kali ni KakYa beralih angin cuba guna Traveloka. Sesekali nak jugak beralih angin. Bila tengok je tawaran hebat dari Traveloka terus hati terpaut. Apalagi jom booking hotel dengan Traveloka. Jimat berganda kalau korang daftar sebagai ahli. Banyak kelebihan yang korang boleh dapat kalau berdaftar sebagai ahli. 

Aplikasi Traveloka pon dah lama duk bertapa kat telefon KakYa tak pernah Uninstall lagi sejak KakYa pakai phone ni. 

Nak tempah hotel dengan Traveloka sama jer dengan aplikasi tempahan hotel yang KakYa guna sebelum ni. Memang cukup senang dan mudah. Klik sana klik sini dah siap. Semudah ABC ....

Korang boleh tempah hotel atau tiket flight dengan mudah melalui aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel. Sign up bagi mendapatkan harga terbaik yang dikhaskan untuk ahli berdaftar Traveloka sahaja.

Untuk tempahan hotel kat Johor Bharu pada 6 April 2018 nanti, KakYa pilih dua bilik. Satu Superior Queen Room dan satu lagi Deluxe King Room.  Dua dua bilik yang KakYa tempah tidak termasuk sarapan sebab kami dah plan nak sarapan kat luar sambil jalan jalan kat negeri Johor.


Ok ni dia bilik Deluxe King. Nampak sangat sangat luas dan cukup selesa. Harap harap anak KakYa selesa la menginap kat sini nanti.


Ni pulak bilik Superior Queen. Nampak luas juga. Memang puas hati dengan keadaan bilik kalau tengok kat dalam gambar ni. Harap harap tak mengecewakan bila tiba kat sana nanti.

Dah siap pilih dua bilik yang berkenan di hati KakYa terus jer buat bayaran penuh menggunakan Maybank2u. Senang dah bayar siap siap tak perlu nak pening kepala lagi dah. Sampai sana nanti terus tuju jer kat hotel yang dah ditempah. KakYa suka tempah hotel awal awal kalau nak pegi mana mana. Takde la nanti masa terbuang sia sia sebab ke sana ke mari duk mencari hotel. 

Selesai buat bayaran tunggu beberapa minit untuk pengesahan penginapan dan juga penghantaran baucer hotel. Kejap jer sebenarnya tak sampai dua minit pon..

Resit bayaran yang disertakan sekali bersama baucer hotel. Resit bayaran dan baucer hotel akan di hantar ke email berdaftar yang didaftarkan sewaktu menjadi ahli. 

Baucer hotel... Dah dapat baucer dan juga resit makanya dah lengkap la tempahan hotel KakYa melalui aplikasi Traveloka. Yeayy tak sabar nak pegi Johor. Johor ... mung tunggu aku sapa !!. Maksud dia Johor .. mu tunggu saya tiba. Lebih kurang gitu la hehehe.

Alhamdulillah tak rungsing lagi dah sebab KakYa dah jumpa dan tempah hotel berdekatan dengan Legoland. Anggaran jarak dari hotel yang KakYa pilih ke Legoland Malaysia dalam 5.41 kilometer sahaja. Dekat jer la. Takde la nak terkejar kejar nanti. Syukur sangat dipermudahkan segala urusan KakYa. Jumpa kat Johor Bharu kita ..

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. Ni la namanya dunia di hujing jari kan.. mudah je

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah banyak kemudahan kita boleh guna seiring teknologi sekarang ni

    ReplyDelete
  3. Wah.. eyda tak pernah try lagi ni.. nanti nak try la

    ReplyDelete
  4. Apps ni memang sangat berguna. kin pun pernah try

    ReplyDelete
  5. Jumpa kat JB kekYa. Tak pernah lagi guna apps ni.

    ReplyDelete
  6. memang mudah dgn segala macam boleh dibeli secara online...makin mudah utk kita..

    salam dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  7. Apps Traveloka sangat memudahkan pengguna. Semua boleh dilakukan secara online. Mudah.


    Lya, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.