Sista Stardust Berries Rose Makanan Tambahan Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

April 14, 2018

Sista Stardust Berries Rose Makanan Tambahan Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Hai korang,  apa khabar. Jumpa lagi kita harini.  Kali ni KakYa nak perkenalkan satu produk yang KakYa tengah cuba sekarang ni iaitu Sista Stardust Berries Rose. Sista Stardust Berries Rose adalah satu produk makanan tambahan dalam bentuk sachet untuk kesihatan dan juga kecantikan. Produk ini dapat merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat dan bintik hitam. Jika korang ada masalah kulit seperti KakYa senaraikan kat atas, korang boleh cuba consume Sista Stardust Berries Rose.


Sista Stardust Berries Rose

Sista Stardust Berries Rose adalah makanan tambahan yang berasaskan campuran bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan. Mengandungi ramuan istimewa iaitu ekstrak kelopak bunga rose (Japan Whitening) berpaten No.3818483 yang mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam.

Selain daripada ekstrak kelopak bunga rose, kat dalam Sista Stardust Berries Rose ada juga kandungan bahan botani semulajadi seperti Fruktos, Serbuk Jus Oren, Acacia Gum, Perisa Strawberi, Ekstrak Buah Camu-Camu, Ekstrak Biji Anggur, Serbuk Jus Campuran Buah Beri (Blueberi, Strawberi, Rasberi, Anggur, Cranberi, Plum), Serbuk Jus Acerola, Citric Asid dan banyak lagi.

Sista Stardust Berries Rose juga sangat sesuai untuk sesiapa yang ada ALAHAN MAKANAN LAUT. Kalau korang ada alahan makanan laut, atau menghidap resdung korang masih boleh cuba Sista Stardust Berries Rose. Insyaallah takde masalah.



Korang tak perlu risau dan ragu ragu mengenai proses pengilangan Sista Stardust Berries Rose kerana proses perkilangan sememangnya sangat dititik beratkan sepanjang pembuatan produk. Bukan sahaja dari segi kebersihan dan kawalan keselamatan penyeliaan. Penyediaan produk ini mematuhi tahap piawaian dari kilang GMP, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan bahan-bahan didalam produk mempunyai sijil HALAL. Alhamdulillah produk HALAL tu penting. 

Kebaikan Dan Kelebihan Sista Stardust Berries Rose

Terdapat pelbagai kebaikan dan kelebihan dalam produk Sista Stardust Berries Rose antaranya ialah:

● Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan
● Menghalang pembentukan black head dan white head
● Membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
● Mengatasi masalah kulit berminyak
● Mengatasi masalah liang pori terbuka
● Menjadikan kulit lebih lembab
● Membaiki tona kulit tidak sekata
● Sesuai untuk masalah kulit sensitif
● Menyihatkan penglihatan mata

Cara Pengambilan Dan Maklumat Pemakanan Sista Stardust Berries Rose

Cara pengambilan Sista Stardust Berries Rose sangat mudah dan senang. Ambil satu paket Sista Stardust Berries Rose dan tuang ke dalam bekas yang telah dimasukkan 150ml air suam. Kacau atau goncang hingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan. Jangan lupa untuk minum air putih secukupnya untuk kesan yang lebih baik.


Pemakanan yang dicadangkan: 1 paket sehari, sebelum tidur. Kacau sehingga larut sebelum di minum. 

Perhatian: Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.

KakYa minum Sista Stardust Berries Rose pada waktu malam sebelum tidur. 1 sachet untuk sehari.

Sebelum mengamalkan Sista Stardust Berries Rose kulit KakYa sangat sangat kering dan tidak sekata disebabkan berjemur dan berpanas masa family day kat Legoland baru baru ni. Bila dah kena panas kulit mula la menjadi kering, bertompok dan sedikit gelap. Tapi selepas mencuba Sista Stardust Berries Rose, KakYa dapat rasakan kulit tidak lagi kering. Malahan kulit menjadi lebih lembut, lembap dan sekata.


Kulit muka KakYa jenis mudah naik jerawat. Silap makan pon boleh naik jerawat. Tapi sejak amalkan Sista Stardust Berries Rose, jerawat makin berkurangan dan susah nak mendekat. KakYa rasa produk ni cukup sesuai untuk kesihatan dan kecantikan dalaman KakYa. KakYa nak cadangkan kat korang jugak, korang boleh cuba Sista Stardust Berries Rose. Nak sihat, nak cantik jom cuba Sista Stardust Berries Rose. 



Harga  Sista Stardust Berries Rose

Harga Sista Stardust Berries Rose untuk satu kotak RM150. Kalau korang nak kulit cantik dan sihat bermaya jangan lupa dapatkan Sista Stardust Berries Rose hari ini juga.


Untuk sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut mengenai Sista Stardust Berries Rose boleh hubungi alamat, nombor telefon dan email tertera atau terus ke laman sosial di bawah: 

No.8, Jalan Balakong Jaya 6
Taman Perindustrian Balakong Jaya,
43300 Balakong Jaya, Selangor
Telefon : 03 8964 5759 / 011 1611 0369
Email : sistastardust@yahoo.com

Facebook : Sista StarDust


Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. Cantik packaging dia..
    Kulit husniey pun jenis kering, boleh consider ni 🤔

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..kalau kakYa serasi....teruskan ya..moga manfaatnya berterusan....aminn.

    ReplyDelete
  3. 1 kotak ade berapa sachet kak lya?

    ReplyDelete
  4. Packing kotak ni banyak cantik dan comel. Sangat sesuai utk jadikan hadiah utk bagi kepada orang.

    ReplyDelete
  5. haihh, kalah laa kita dengan kekya ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.