Legoland Malaysia : Keriangan Tanpa Batasan Keseronokan Tanpa Mengira Usia

April 10, 2018

Legoland Malaysia : Keriangan Tanpa Batasan Keseronokan Tanpa Mengira Usia | Bila sebut jer Legoland, dah terbayang kat depan mata keriangan dan keseronokan yang bakal ditempuhi bila berada kat sana. Bila korang dah betul betul masuk kat Taman Tema Legoland, korang akan rasa satu keseronokan dan keriangan luar biasa dan korang pasti akan rasa seperti tak nak balik dek kerana keseronokan sepanjang berada di Legoland. Bagi KakYa Taman Tema Legoland, sangat sesuai dikunjungi oleh semua peringkat usia kerana rekabentuk dan juga permainan yang disediakan cukup sesuai untuk semua lapisan usia. Bukan anak anak jer dapat main ibubapa pon dapat main sekali.



Hari Keluarga KBBA9 Di Legoland Malaysia

Alhamdulillah perancangan yang teratur dan dipermudahkan segala urusan dapat juga kami ahli ahli Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul ramai ramai untuk kali ini. Terima kasih untuk pihak Legoland, KBBA9 dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang family fay KBBA9 berlangsung. 

Sebelum masuk kat dalam sana. Sesi foto dulu. Ada yang nampak kepala saja ada yang tak nampak muka ada yang tak sediapon lagi.. Bila dah ramai camni laaaa..

Antara ahli ahli KBBA9 yang join family day.

Hari keluarga KBBA9 yang pertama untuk tahun 2018 kami sambut di Legoland Malaysia. Syukur selalu, untuk kali ni KakYa dan family berpeluang menyertai Hari Keluarga KBBA9 bersama gang blogger KBBA9. Seawal jam 9.30 pagi KakYa dan family dah jejakkan kaki kat luar pintu masuk Legoland. Excited sangat sebab anak anak tak sabar nak masuk kat dalam sana. Duk mengulang ayat sama jer... bila boleh masuk Legoland ni, bila boleh masuk Legoland ni.

Kita bergambar satu family dulu. Alang alang datang sini kenala posing kat depan pintu masuk dulu.

Gambar anak anak opkos la kena ada

KakYa sekeluarga berpeluang menerokai Legoland sekali lagi dan untuk kali kedua ni KakYa dan family tak lepaskan peluang untuk cuba pelbagai permainan bersama suami dan anak anak. Kiranya masuk untuk kali ni KakYa pulun main semua. Tapi bukan semua la.. ada jugak yang kami tak main sebab takut, gayat dan nampak laju semacam jer dari bawah huhuu.. Kecut perut jugak la duk tengok orang naik roller coaster. Kita nak naik pon takut semacam.. Cuma ada satu yang trek dia pendek KakYa usaha gak naik temankan anak anak.

Apa Yang Menarik Di Legoland Malaysia

Apa yang menarik sangat kat Legoland Malaysia ni ya? Nak cakap apa yang menarik memang tak tercakap sebab semua yang ada kat Taman Tema Legoland memang menarik. Kena pergi dan terokai sendiri baru korang dapat rasa. Tapi KakYa nak bagitahu kat korang, kalau korang nak tahu terdapat beberapa pembahagian taman tema yang berasingan dan setiap permainan dibahagikan mengikut kesesuaian umur iaitu:

- The Beginning
- Lego Technic
-  Lego Kingdoms
-  Lego Ninjago World
-  Lego Imagination
- Land Of Adventure
-  Lego City
- Lego Miniland




Semua tempat ni KakYa sempat lawat dan ada jugak la tak sempat nak teroka.. sekadar bergambar jer la. Al maklum la dengan anak anak ni kekadang mood diaorang lain macam jugak bila kepanasan dan kepenatan. Kena ikut mood diaorang time nak pegi satu satu tempat. Tak best la kalau berpecah kat tempat lain lain. Jadi kena tunggu mood ok kitaorang layan jer.

LEGO® NINJAGO™ World

Masa KakYa pegi baru baru ni KakYa sempat jugak meneroka ke alam ninja di LEGO® NINJAGO™ World. Kat sini sempat jugak la main perang perang ala ninja bersama anak anak. Seronok sangat sangat duk kawal pelbagai unsur api, bumi, kilat dan juga ais hanya dengan menggunakan tangan. Dah macam bersilat dah kami kat dalam tu.

Kita posing dulu sebelum masuk kat dalam

Macam macam gaya dah keluar. Tatau dah nak bergambar lagu mana lagi.

Pacak kakak insyirah jer la kat situ. Adik adik ntah ke mana dah peginya.

Perlawanan mengalahkan Great Devourer dengan perjalanan 4D termaju di Asia pasti membuatkan korang seperti memasuki alam ninja sebenar. Hanya menggunakan sensor gerakan isyarat tangan membolehkan korang mengalahkan Great Devourer tanpa sebarang peranti yang perlu dipegang. Hanya gunakan tangan sahaja.. Teknik 4D yang menakjubkan menjadikan korang bagai ninja sebenar melawan musuh sambil dikelilingi kesan asap, angin dan juga haba. Anak anak KakYa suka sangat sampaikan nak repeat main lagi sekali. Tapi KakYa cakap banyak lagi kita tak main ni, takkan nak.main yang ni jer. Kena pilih pilih jugak. Hebat tak hebat benda ni sampaikan diaorang ajak main lagi. Korang kalau datang Legoland kena cuba okey.

Dah selesai .. sesi bergambar pulak la. Masing masing dah macam pahlawan ninja dah semua. Penangan duk tengok ninja berlawan.

Yak dush ! yak dush ! yak dush ..

Posing dulu dengan gang ninja..



Seronok nampak anak anak duk bergambar sakan. Sekejap sekejap minta ambilkan gambar dioarang. Jumpa je karektor Lego nak bergambar nak bergambar.. Layankan jer la.


The Great LEGO® Race

Seterusnya kita singgah kat The Great LEGO® Race. Kami tak sempat nak main yang ni sebab dah lewat dan masa tu pon hujan renyai renyai. Jadi KakYa minta anak anak bergambar jer la kat sini. Kalau ikutkan anak anak nak naik jer, tapi masa tak mengizinkan.

Kita posing jer la kat sini..



The Great LEGO® Race ni kan kalau ikutkan citer gang blogger KBBA9 yang naik bendalah ni memang best katanya. Rugi la jugak tak dapat naik aritu. Seronok dengar cerita kawan kawan yang join naik The Great LEGO® Race. Apa yang KakYa boleh kongsi dengan korang, The Great LEGO® Race adalah satu perlumbaan dan pengembaraan LEGO yang unik membolehkan kanak-kanak memasuki dunia khayalan epik yang dibuat sepenuhnya dari bata LEGO, menampilkan pelbagai tema yang berbeza dan karakter LEGO yang menyeronokkan pasti menghiburkan. Jadi korang kalau pegi Legoland kena cuba The Great LEGO® Race.

Beli Pas Tahunan Dan Berpeluang Untuk Memenangi NISSAN ALMERA!

Perhatian! Perhatian !! Legoland ada berita baik untuk korang. Kalau korang beli pas tahunan dengan harga tiket 1 hari korang berpeluang untuk menang sebuah kereta Nissan Almera apabila korang membeli, memperbaharui dan menaiktaraf pas tahunan korang. Jadi jangan lupa beli pas tahunan untuk seisi keluarga korang. Semakin banyak pas tahunan yang korang beli, semakin tinggi peluang korang untuk membawa pulang Nissan Almera. Jadi apa tunggu lagi, jom beli pas tahunan sebelum terlewat. Untuk info lanjut mengenai pas tahunan korang boleh KLIK SINI

Sempat posing kat depan kereta Nissan Almera.. Milik siapakah kereta ini nanti.. Tungguuu !!

Ok posing lagi sekali tiga beradik. Posing jer la dulu hehehe ..

Ok la dah habis idea dah KakYa duk mengarang cerita Legoland kami untuk kali ni. Nanti ada masa KakYa citer lagi. Banyak bebenor nak bercerita sebenarnya tapi KakYa sambung lain kali okey. Korang kalau nak tahu lebih lanjut mengenai informasi terkini, promosi dan juga aktiviti Legoland Malaysia boleh rujuk link yang KakYa sertakan kat bawah:

Facebook : LEGOLAND Malaysia
Instagram : @legolandmalaysia
Twitter: LEGOLAND_MY
Contact : 07-597 8888

Artikel Menarik yang Lain

15 Sahabat Setia

  1. pass tahunan berapa tu harganya

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyaaaa.... ain yg dok jb ni pun belum sampai lagi .hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Awal yer kak lya sampai. Bagus betul. Memang enjoy anak2 main kat sini kan.

    ReplyDelete
  4. Syokkkan kakya... mmg akan repeat lg...

    ReplyDelete
  5. Doakan suatu hari fiza dpt g jugakk ya. Bestt sangat tgk gmbr2

    ReplyDelete
  6. Jom repeat kak Lya. . Syiokk enjoy kann!

    ReplyDelete
  7. rindu kekya ..dapat lepaskan kerinduan itu...huhuhu...bestkan LEGOLAND .Nanti kita repeat lagi tau

    ReplyDelete
  8. Anak-anak seronok sangat.. Siap nak menabung supaya dapat pergi lagi..

    ReplyDelete
  9. wahhh..ada cabutan bertuah yer.. best ni.Mana tau ada rezeki kan? dapat kereta baru

    ReplyDelete
  10. Berapa harga pass tahunan tu Kak Liya? Cam menarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM199 sha.. cepat2 beli tau.. mana tau blh menang kereta Almera..

      Delete
  11. Nampak heppy jer anak anak semua kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.