Johor... Mung Tunggu Aku Datang

April 05, 2018

Johor... Mung Tunggu Aku Datang | Hi korang,  KakYa nak citer sikit ni. Esok Jumaat 6 April 2018 KakYa sekeluarga akan bertolak ke Johor Bharu sempena Family Day KBBA9 yang akan diadakan kat Legoland Malaysia pada 7 April 2018. KakYa dan family akan berada di Johor selama dua hari satu malam. Alhamdulillah syukur, untuk kesekian kalinya dapat juga KakYa meluangkan masa bercuti bersama keluarga dan gang blogger KBBA9. Ni family day pertama KBBA9 untuk tahun 2018. KakYa mengharapkan segalanya berjalan lancar. InsyaAllah ..

Legolond Malaysia, Harga Tiket Masuk Legoland Malaysia, Cuti Cuti Johor,     Tempat Menarik Di Johor, Tempat Makan Best Di Johor

Oleh kerana kami sekeluarga akan ke Johor Bharu, KakYa dah buat tempahan sesiap untuk satu apartmen selepas dapat tahu tarikh Family Day KBBA9. Ok mula mula KakYa ingatkan nak stay dalam 3 hari kat negeri Johor. Jadi KakYa dah book satu apartmen berdekatan Legoland Malaysia. Tapi dek kerana beberapa masalah yang muncul tanpa undangan, dan KakYa pon tanak peningkan kepala KakYa terpaksa batalkan apartmen yang KakYa tempah. Takyah citer la apa masalahnya nanti panjang berjela jela la pulak. Kalau KakYa rasa nak citer nanti KakYa citer kat entri lain.

Legolond Malaysia, Harga Tiket Masuk Legoland Malaysia, Cuti Cuti Johor
Tak sabarnya nak pegi Legoland lagi. Ni gambar masa pegi tahun 2016. 

Semoga perjalanan KakYa dan family menuju ke negeri Johor Darul Takzim esok berjalan lancar. Kalau ikutkan KakYa nak stay la kat negeri Johor dalam tiga hari  dua malam. Alang alang dah pergi kan. Lagipon bukan selalu dapat jalan jalan sejak Kakak Insyirah tinggal kat asrama. Nak jalan jalan tanpa kakak cam tak best la pulak.  Nak jadi cerita hari Khamis minggu lepas, Akif bawak balik jadual untuk UJIAN LINUS tahun 1,2 dan 3. Tarikh untuk ujian saringan lisan 1 March  2018 hingga 6 April 2018 manakala tarikh untuk ujian saringan bertulis jatuh pada 8 April 2018 hingga 20 April 2018.

Kalau ikutkan tarikh 8 April tu KakYa ingatkan nak stay kat Johor semalam lagi tapi En Hubby cakap dah anak ada ujian kena la balik jugak 7 April 2018. Makanya kami kat Johor, 2 hari satu malam jer la. Takpe la mana mana pon janji anak anak happy KakYa pon happy jugak.

Ni kali kedua KakYa dan family ke Legoland Malaysia. Anak anak bila sebut Legoland gembira sangat diaorang. Memang diaorang suka la bila Umi cakap kita semua akan ke Legoland. Nak nak dak Akif tu, excited sungguh dia duk bercerita kisah kami di Legoland masa kami pergi pada tahun 2016. Kisah Legoland kami korang boleh klik kat bawah. 


Legolond Malaysia, Harga Tiket Masuk Legoland Malaysia, Cuti Cuti Johor
2016 first time kami pergi.. Tak sempat nak jelajah semua.. 2018 harapnya dapat la menjelajah mana yang belum..

Ok sambung citer lagi. Oleh kerana KakYa dah batalkan apartmen yang KakYa tempah, jadinya KakYa kena la buat tempahan baru. Tak nak la bila sampai sana buang masa nak kena cari hotel. Jadi KakYa booking sesiap kat mana kami akan menginap. Ha ah kali ni KakYa guna aplikasi Traveloka untuk buat tempahan hotel.TEMPAH HOTEL GUNA APLIKASI TRAVELOKA. KakYa pilih hotel yang dedekat jer ngan Legoland. Senang nanti nak kumpul jam sekian sekian takde la KakYa terlewat sampai. Pilih hotel dedekat sudah. Lagipon KakYa bertolak hari Jumaat, family day hari Sabtu jadi hari Jumaat boleh la KakYa dan family jejalan kat Johor dulu. 

Apa yang best kat Johor ni ya? .. Korang tolong komen tempat best kat Johor. Kalau google banyak jugak tempat best kat Johor. Kita jalan jalan mana yang sempat udah la ya .. Ok la KakYa stop dulu, nanti ada masa KakYa citer lagi. 

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. meh la jmpa lisa.. kalau sudi :P

    ReplyDelete
  2. jelesssss hahahahha semoga selamat perjalanan pergi balik ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jeless mari g etek.. bawak maira nung lama dok jupo..

      Delete
  3. semoga selamat pergi dan kembali.. nt jgn lupa story

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti..adehh bila la nak sampai legoland nie

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.