Hiking Ke Bukit Mak Dayang Kemaman

April 28, 2018

Hiking Ke Bukit Mak Dayang Kemaman | Sebenarnya dah lama jugak la KakYa tak join anak anak dan En Hubby hiking. Bukan apa, bila En Hubby dan anak nak pergi, KakYa pulak ada kerja. Last KakYa join dengan diaorang awal bulan April.  Hahaha lama la sangat.. Baru jer sekali dua tak join. Biasa tiap tiap minggu kalau takde aral melintang memang kami pergi. Pagi tadi sekali lagi KakYa sekeluarga sempat panjat memanjat Bukit Mak Dayang Kemaman.  Jumaat minggu lepas En Hubby dah pergi bersama Akif dan Iman. Hari ni Umi dengan kakak Insyirah dapat join sekali. Minggu ni kakak balik dari asrama jadi dapatla dia join kami pagi tadi. Kalau korang nak tau KakYa dan En Hubby start ajak anak anak Mendaki Bukit Mak Dayang Kemaman sejak 2016.

Kami .... 

Anak anak kalau bab bab mendaki memang diaorang suka nak nak anak bongsu KakYa, Akif siap boleh buat larian trek kat cerun cerun bukit huhuhu. Dia punya tenaga tu kan alahai kita ni memang kalah teruk la. Biasanya dia la orang pertama sampai kat atas bukit. Bila dia dah hilang lelah baru Umi sampai hahaha. Nampak tak nampak tak Umi penat nak oiii.. Nak nak bila tiba part yang curam. Hadoi laa memang Umi takle nak lawan tenaga anak anak. Tapi takpe Umi pon dalam kategori suka join aktiviti lasak jugak. Tambah tambah bila ada En Hubby dan anak anak. Lagi la Umi dapat suntikan semangat. Opkos la semangat waja gitu.

Hiking Bukit Mak Dayang Kemaman, Bukit Mak Dayang Di Kemaman, Hiking, Aktiviti Keluarga Kami, Jom Hiking, Minat
Ada la sekeping dua gambar yang sempat KakYa snap. Bukan tanak tangkap gambar, bila dah duk mendaki ni kan rasa cam seronok sangat hingga lupa nak tangkap gambar. Tambah tambah pulak dengan penat dan nyamuk duk mengekor jer mood nak bergambar pon ke laut la jugak.

Hiking Bukit Mak Dayang Kemaman, Bukit Mak Dayang Di Kemaman, Hiking, Aktiviti Keluarga Kami, Jom Hiking, Minat
Posing la kejap kat situ sambil duk tepis menepis nyamuk yang BEBERONG hahaha.. kena serang nyamuk la kalau berenti lama lama. Tengah tengah duk mendaki pon kena serang apatah lagi bila berenti. Nyamuk sekor sekor besor GAJAH. Hahaha takde la besar gajah... Ayat tu nak bagi sedap jer kikiki.

Hiking Bukit Mak Dayang Kemaman, Bukit Mak Dayang Di Kemaman, Hiking, Aktiviti Keluarga Kami, Jom Hiking, Minat
Sempat lagi posing kat celah celah sini ha.. Layan jer la. Penat weyyy ..

Hiking Bukit Mak Dayang Kemaman, Bukit Mak Dayang Di Kemaman, Hiking, Aktiviti Keluarga Kami, Jom Hiking, Minat
Ketua kat depan tu memang tak reti penat. Laju jer dia menonong ke depan. Tenaga dia extra betul la bab bab mendaki bab bab berlari serah kat dia.

Hiking Bukit Mak Dayang Kemaman, Bukit Mak Dayang Di Kemaman, Hiking, Aktiviti Keluarga Kami, Jom Hiking, Minat
Ok posing satu lagi.. Masa ni dah nak turun dah ni. Acah acah posing cecomel la konon konon padahal penat sesungguh dah masa ni. Tak sabor nak turun.

Hiking Bukit Mak Dayang Kemaman, Bukit Mak Dayang Di Kemaman, Hiking, Aktiviti Keluarga Kami, Jom Hiking, Minat
Masa duk mendaki kan mulut dia ni berbunyi jer duk panggil Umi suruh cepat. Alahai Umi tau la Akif punya tenaga luar biasa. Orang dah huh huh huh lelah dia mantain jer relaks jer cam tak mendaki. Memamg sempoi betul la anak Umi. Abang Iman pon kalah dengan dia. 

Alhamdulillah kami selamat mendaki hingga ke puncak dan selamat turun dengan jayanya. Harini takde ramai orang sangat panjat Bukit Mak Dayang. Sepanjang perjalanan kami hanya bertembung lima enam orang sahaja berbanding pergi hari Jumaat memang ramai orang. Tapi kat atas Bukit Mak Dayang ni alhamdulillah setakat ni takde masalah dan kebanyakan yang hiking kat sini berjaya turun dengan jayanya. Semoga KakYa dan family dapat buat aktiviti mendaki lagi di masa masa akan datang. InsyaAllah...

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. bestnyaaaa satu family buat aktiviti,seronok nampak.

    ReplyDelete
  2. Sihat..erat kasih sayang..aktiviti yang boleh diamalkan ni KakYa..

    ReplyDelete
  3. bagusnya spent time outdoor dengan anak2, sambil bersenam sambil kuatkan bonding dengan anak2 :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.