Carrie Junior Funtime Wipes Untuk Kesegaran Sepanjang Hari

Carrie Junior Funtime Wipes Untuk Kesegaran Sepanjang Hari | Tisu basah adalah salah satu barang yang mesti ada kat dalam handbag KakYa kalau KakYa keluar ke mana mana. Sekarang ni KakYa selesa dengan Carrie Junior Funtime Wipes. Bukan apa, kekadang bila KakYa bawa anak anak kat satu satu tempat terutama tempat awam dan bila anak anak menggunakan barangan di tempat awam kita belum tentu tahu barangan tersebut selamat atau tidak. Adakah kita tahu benda dan barang yang anak anak kita pegang terdedah kepada bakteria dan juga virus. Tak tahu kan? 

Carrie Junior Funtime Wipes , Carrie Junior, Tisu Basah Carrie Junior

Oleh sebab itu setiap kali anak anak bermain di tempat awam KakYa akan pastikan diaorang bersihkan tangan menggunakan Carrie Junior Funtime Wipes terutama kat tempat yang tak disediakan pili air. Anak anak ni biasala kan kekadang tengah syok bermain diaorang nak makan la nak minum la, jadi sebagai ibubapa tugas kita kena pastikan tangan mereka dalam keadaan bersih dan selamat sebelum menjamah makanan. 

Carrie Junior Funtime Wipes , Carrie Junior, Tisu Basah Carrie Junior

Permulaan Yang Baik Ke Arah Hidup Sihat Dan Bersih 

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

Carrie Junior Funtime Wipes , Carrie Junior, Tisu Basah Carrie Junior

Carrie Junior Funtime Wipes

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta. 

Amalkan Mengelap Tangan Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam beg sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.

Carrie Junior Funtime Wipes Cheeky Cherry dan Smoothie Berries

Carrie Junior Funtime Wipes , Carrie Junior, Tisu Basah Carrie Junior
Carrie Junior Funtimes Wipes Cheeky Cherry 

Carrie Junior Funtime Wipes , Carrie Junior, Tisu Basah Carrie Junior
Carrie Junior Funtimes Wipes Smoothie Berries

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal. Produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. 

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.

Harga Carrie Junior Funtime Wipes

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).  *Harga termasuk GST.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. bes baunya.INa pun suka sangat.ANak-anak jadi rajin nak gunakan wipes ni..ehehe.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.