SUPER BIO-ORGANIC Hilangkan Toksin Dalam Badan

Super Bio-Organic Hilangkan Toksin Dalam Badan | Mula mula KakYa tengok kotak Super Bio-Organic ni kan, hati rasa gembira dan ceria. Al maklum la kotak penuh dengan warna warni dah macam pelangi. Belum tengok lagi barang kat dalamnya... baru jer tengok kotak dah rasa gembira dan teruja. Harap harap isi dalam juga buat KakYa gembira dan tak mengecewakan. Korang pernah cuba Super Bio-Organic atau pernah dengar mengenai produk ni. KakYa first time nak cuba produk ni setelah di rekomen oleh seorang kawan. Si kawan ni cakap, produk ni betul betul menjadi. Jadi KakYa cubala dulu tengok macam mana nanti.


Super Bio-Organic

Super Bio-Organic adalah minuman pemakanan lengkap yang terdiri daripada gabungan sekam bijirin emas yang berkualiti tinggi dengan gabungan khas lebih daripada 30 jenis biji organik dan ramuan berasaskan tumbuhan berbilang warna ditambah dengan prebiotik, spirulina, biji rami dan ramuan lain yang cukup kuat untuk memberikan nilai pemakanan yang optimum kepada tubuh kita. Ia adalah makanan kesihatan unggul yang memberikan pemakanan seimbang, meningkatkan sistem imun dan menghapuskan toksin dari badan.


Kelebihan Super Bio-Organic

Berikut adalah kelebihan yang terkandung dalam Super Bio-Organic. Antaranya adalah:

• Ubat sembelit semula jadi
• Mencegah dan mengurangkan gejala buasir
Menurunkan kolesterol secara semula jadi dengan mengurangkan tahap kolesterol yang tidak baik (trigliserida)
• Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
• Meningkatkan penghadaman
• Mencegah daripada sindrom usus


Super Bio-Organic sangat sesuai untuk:

• Mereka yang mengalami sembelit dan buasir.
• Mereka yang mengalami keletihan, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan menurunkan ingatan.
• Orang dewasa menderita hyposthenia.
• Mereka yang mengalami pencernaan yang buruk.
• Wanita yang mengalami masalah haid.
• Mereka yang mengalami bau badan atau masalah kulit kerana pelepasan toksin yang tidak betul.
• Mereka dengan lepuh muka dan bintik-bintik kerana pelepasan toksin yang tidak betul.
• Pesakit dengan buah pinggang dan hati yang terjejas akibat ubat-ubatan jangka panjang.
• Mereka yang sering terdedah kepada racun perosak, baja, antibiotik atau hormon.
• Mereka yang berlebihan berat badan.
• Mereka yang mempunyai nafas berbau.
• Kanak-kanak atau orang dewasa dengan sistem imuniti yang lemah.

Bahan Bahan Yang Terkandung Dalam Super Bio-Organic

Sebelum KakYa kongsikan mengenai bahan bahan yang terkandung dalam Super Bio-Organic, KakYa nak bagitau dulu dekat korang... Dalam satu kotak Super Bio-Organic ada 30 sachet dengan berat 10 gram dalam 1 sachet.


Jom kita jenguk bahan bahan yang terkandung dalam Super Bio-Organic. Ya la kan, korang mesti nak tahu jugak apa benda la yang ada kat dalam Super Bio-Organic ni kan. Antara bahan bahannya ialah:

Golden grain husk crimson lentils, white wheat, red lentils, black beluga lentils, gold lentils, red grains, red wheat, green lentils, coicis seeds, spinach, mushroom, peanuts, carrots, black sesame, pumpkin seeds, celery, lotus seeds, oats, pine seeds, lotus root powder, flax seeds, soya beans, wild rice, yam, gingko, wheal germ, alfalfa, fennel seeds, asparagus, artichoke, spirulina, chlorella, wheat grass, barley grass and japanese green tea.


Super Bio-Organic tiada bahan pengawet tambahan, pewarna, gula atau garam. Ianya adalah formula sayur sayuran.

Cara Minum Super Bio-Organic

Masukkan 1-2 sachet SUPER BIO-ORGANIC ke dalam 350ml air suam atau jus. Kacau dan minum dengan segera. Kalau korang nak dapatkan hasil yang lebih baik, ambil masa 30 minit sebelum makan dan minum. Jangan lupa minum segelas air tambahan.


Dos yang disyorkan:

Dewasa: 2-3 kali sehari, 1 - 2 sachet
Kanak-kanak di bawah 6 tahun: 0.5 sachet / hari
Sesuai untuk dewasa dan juga kanak kanak

Pembuangan plak mucoid dan detoksifikasi
• 3 kali sehari, makan setengah jam sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Penyelenggaraan kesihatan umum
• 2 kali sehari, makan setengah jam sebelum sarapan pagi dan makan malam.

Penggantian makan
• 1-2 kali atau makan apabila perlu.

Tujuan pelangsingan
• Menggantikannya dengan 1 atau 2 kali untuk mengurangkan berat badan yang tidak diingini dengan cepat sambil mengekalkan pemakanan yang optimum.

Super Bio-Organic disahkan oleh Persatuan Peningkatan Tanaman Organik Antarabangsa, OCIA serta mendapat kelulusan HALAL dari pihak JAKIM.



Pendapat Peribadi KakYa Selepas Mengamalkan Super Bio-Organic

KakYa dah cuba Super Bio-Organic. Apa yang boleh KakYa cakap KakYa sukakan produk ni sebab warna dia hijau hahaha takde la bukan sebab warna dia hijau tapi sebab KakYa dapat rasakan perubahan selepas mengamalkan Super Bio-Organic. Rasa badan makin ringan dek kerana toksin dah berkurang dalam badan kot. Satu lagi kan, bila umur makin meningkat badan mudah letih dan kurang bermaya. Dengan Super Bio-Organic, KakYa rasa lebih bertenaga dan  dapat bagi lebih tumpuan untuk kerja kerja KakYa. Alhamdulillah, Super Bio-Organic semakin serasi dengan KakYa.

Kalau korang tanya KakYa apa rasa dia.. KakYa tatau la nak cakap camana ya. Tapi KakYa boleh bagitau dia punya bau ada macam spirulina sikit sikit pastu rasa dia macam rasa spirulina jugak la.. Kalau korang biasa ambik spirulina, gitu la rasa dia. Nak senang citer, rasa dia rasa sayur sayuran hijau yang dikisar tanpa gula dan jugak garam. Tak reti nak bagitau camne hehehe..


Bancuh 1 sachet Super Bio-Organic dengan 350ml air suam atau pon jus. KakYa galakkna korang campur dengan jus kalau korang tak boleh minum minuman berasaskan sayur. Campur jus lagi sedap rasa dia. Tapi KakYa minum gitu jer. 


Warna serbuk Super Bio-Organic sebelum di goncang. Warna dia macam serbuk spirulina.. bau pon ada bau spirulina jugak. Pendek kata macam spirulina la rasa dia.. KakYa biasa makan spirulina yang tablet takde la rasa sangat. Taoi yang ni memang pior sikit la..

Goncang goncang dulu bagi sebati semua sekali. Bagi semua bergabung sebelum minum.

Sedia untuk di minum .. Hijau pekat memikat gitu.. I like green..

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Super Bio-Organic

Sebelum tu KakYa nak bagitau harga sekotak Super Bio-Organic RM88.90 tapi kalau korang gunakan promo code yang KakYa bagi, korang boleh jimat sebanyak RM5. Kalau korang berminat nak cuba dan dapatkan Super Bio-Organic, korang boleh dapatkan segera dengan klik gambar yang KakYa bagi kat bawah ni dan jangan lupa masukkan promo code " lya5 " untuk mendapat diskaun sebanyak RM5 bagi setiap pembelian.



Promo code RM5 ni korang boleh gunakan untuk produk keluaran Dynamic Nutrition Sdn Bhd yang lain juga. Korang boleh refer kat website Dynamic Nutrition untuk maklumat lanjut mengenai produk yang lain. 

Super Bio-Organic adalah produk keluaran: 

Dynamic Nutrition Sdn Bhd,
No 18 Jalan Industri USJ 1/6,
Taman Perindustrian USJ 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: 603-80812128 Fax: 603-80812129

Untuk maklumat lanjut sila layari: 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Boleh buang toksin dalam badan tu yang best!

    BalasPadam
  2. Bagusnya produk ni kak, banyak khasiat dia

    BalasPadam
  3. menarik gak ni..Sal kalau part kesihatan nak je try..mana tau serasi dengan badan

    BalasPadam
  4. wahh, kalau mimin amik ni bermalam dekat toilet tak agak-agak. for sure banyak toksik dalam badan ni

    BalasPadam
  5. bagus tu.. organik.Penting tu untuk buang toksin..lama lama dalam badan bahaya.Bagus lah,ada produk cemni.

    BalasPadam
  6. makanan/minuman organik mmng bagus untuk keihatan kita. nice sharing!

    BalasPadam
  7. banyak gak benefit dia ya.. buang toksin tu penting

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.