Servis Penghantaran Gas Memasak Petronas Ke Rumah

March 25, 2018

Servis Penghantaran Gas Memasak Petronas Ke Rumah  | Alamak tengah syiok duk masak masak tetiba pulak gas habis. Jap lagi anak anak dah nak balik sekolah. Aduhai parah betul la bila gas tetiba habis. KakYa dah call penjual gas kat kedai berdekatan rumah, dia pulak takde pergi kenduri kat Klang sana nun. Lau kenduri dekat dekat boleh la jugak tunggu dia hantar. Call satu lagi penghantar gas tak dapat dapat. Call lagi satu pah ceroh duk tunggu tak angkat phone jugak. Aduhai dah kenapa berjemaah pulak pakat pakat tak angkat phone niiii.... Time gini la dia buat buat tak angkat phone pulak dah.

Servis Penghantaran Gas Memasak Petronas Ke Rumah

Servis Penghantaran Gas Memasak Petronas

KakYa pon apalagi mengGOOGLE la senang citer. Tak yah nak pening pening kepala. Sekarang ni kan semua kat hujung jari. Kita google jer la. Ok dah jumpa nombor untuk servis penghantaran gas memasak Petronas. KakYa terus call melalui talian hotline 1-300-888-427 (Gas). Kejap jer dah bersambung dengan operator bertugas. 

Diaorang akan tanya kawasan tempat tinggal kita dan bagi contact number person in charge kat kawasan paling dekat dengan kita. Ok dah dapat nombor KakYa terus save. Lepas tu akan bersambung balik dengan operator untuk lengkapkan kaji selidik. Tapi KakYa lum sempat nak lengkapkan kaji selidik tetiba plak tertekan cancel. Huhuhu sorry tak sempat nak jawap apa apa soalan yang diaorang tanya. 

Dah ada nombor person in charge, KakYa terus call dan bagitau detail. Tak sampai sepuluh minit orang yang akan hantar gas call KakYa. Dia cakap lewat sikit sebab dia masih kat kawasan Sungai Ular hantar gas kat sana. Huhuhu lewat pulak dah. Katanya dalam 2.30 ke 3 petang sampai la kot. Banyak nak kena hantar lewat la sikit. Ok la takpe lewat pon janji sampai. Sementara duk menunggu gas memasak KakYa sampai, sempat lagi ni ha KakYa karang entri ni. Hahaha menyempat jugak la mengarang citer sementara anak anak layan makan biskut.

Servis Penghantaran Gas Memasak Petronas Ke Rumah
Akhirnya sampai jugak kat depan pagar umah KakYa.

Jam 4.28 petang barula gas sampai. Dalam 2 jam lebih la jugak duk menunggu. Tapi takpe la nak buat camne sebab dia duk kawasan lain sebab tu la ambik masa lama sikit nak sampai.  Yang penting KakYa dah boleh sambung masak dengan tenang. Korang kalau gas habis boleh la call nombor hotline yang KakYa selitkan kat atas sana. Ini bukan iklan berbayar dari Petronas okey. Ni entri personal KakYa takde bayaran pon hahahaha. Selalu dapat PM bila up entri jer kawan kawan akan tanya. Berapa dapat bayaran untuk entri bla bla bla bla. Alahai bukan semua entri berbayar ok. Sesetengah entri jer. Kita blogger suam suam tea o jer la. Tapi kan kalau Petronas nak suh buat entri berbayar ok gak hahaha. Verangannn lebey. Ok la KakYa pon dah kenyang makan tengahari yang akhirnya jadi makan petang. Al maklum la kul 5 baru makan. Alhamdulillah kenyang perut kami anak beranak.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. wahh! kak ya, lepasni nak coba, sebab kalau cikza call mamat kedai acheh dekat area rumah, selalu takda..

    ReplyDelete
  2. sekarang ni semua senang. alhamdulillah. kalau akak call kedai runcit belakang rumah je...

    ReplyDelete
  3. sekarang ni semua senang. alhamdulillah. kalau akak call kedai runcit belakang rumah je...http://www.rechargestudio.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.