Peladang Setiu Agro Resort, Aku Sapa Doh Ning! | Percutian selama 3 hari 2 malam bersama gang blogger KBBA9 telah dirancang seawal bulan Januari 2018 dan hari ini 16 Mac 2018, rancangan kami untuk berkumpul di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu Terengganu akhirnya menjadi realiti. Alhamdulillah terima kasih Allah atas kurnia dan rahmatMU dapat kami berkumpul lagi untuk kesekian kalinya. Kali ini di negeri cantik budaya menarik, Terengganu Darul Iman. Tanah tumpah darahku. Nananana Ganu kita.. nanananana Ganu kita..
Kalau ikutkan perancangan asal, En Hubby dan anak anak yang hantarkan KakYa kat sini sebab kitaorang sebenarnya rancang balik kampung En Hubby kat Setiu sempena cuti sekolah seminggu. Tapi disebabkan anak kedua KakYa Iman ada kelas tambahan makanya tak dapat la balik kampung. Jadinya KakYa menumpang kereta Eyka gang KBBA9 yang menetap kat Dungun. En hubby hantar kat Dungun jer la. Perjalanan kami berdua jer dari Dungun. Singgah kat Kuala Terengganu dulu ambil Huda salah sorang gang KBBA9 yang join sekali. Yeayy dari berdua kami bertiga. Lagi la rancak duk sembang menyembang. Sedar tak sedar kami tiba kat Peladang Setiu Agro Resort sekitar jam 3 petang tadi.
Peladang Setiu Agro Resort Tenang Dan Mendamaikan
Mula mula masuk jer pintu utama Peladang Setiu Agro Resort, hati ni kan rasa cam tenang sangat. Tenang sebab keindahan semulajadi resort ni. Dapat pula menikmati keindahan landskap serta tasik yang cukup indah. Di tambah pula dengan udara segar dan aliran tasik yang mendamaikan jiwa. Sangat sangat tenang dan cukup sesuai untuk korang yang ingin melarikan diri buat sementara dari hiruk pikuk kesibukan kotaraya. Inilah tempatnya.. Peladang Setiu Agro Resort, Aku Sapa Doh Ning! . Yeayy berkampung 3 hari 2 malam kat sini bersama gang blogger KBBA9.
KakYa, Huda ngan Eyka. First time kami jumpa.
Pemandangan indah yang memukau pandangan mata...
Peladang Setiu Agro Resort
Untuk pengetahuan korang Peladang Setiu Agro Resort terletak di Guntung, Setiu berhampiran rezab Gunung Tebu Setiu Terengganu. Resort ini terletak kira kira 89 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan 13 kilometer dari Bandar Permaisuri, Setiu. Peladang Setiu Agro Resort adalah sebuah resort berkonsepkan Agro Tourism dan mempunyai rekabentuk lanskap yang cukup menarik seperti dusun buah buahan, taman tema agro, ladang kelapa sawit, taman herba, kolam memancing, projek cendawan tiram dan juga ladang ternakan kambing.
Peladang Setiu Agro Resort menawarkan 58 chalet, kem latihan agro dan juga tapak perkhemahan agro. Di sini juga, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti flying fox, water rafting, jungle tracking, berkayak, abseilling, fish spa dan banyak lagi. Untuk aktiviti yang KakYa senaraikan kat sini, ada beberapa aktiviti yang KakYa dan gang blogger KBBA9 akan lakukan sepanjang berkampung kat sini. Nanti KakYa citer kat entri seterusnya. Untuk kali ni KakYa nak perkenalkan Peladang Setiu Agro Resort jer dulu kat korang.
Peladang Setiu Agro Resort sebuah tempat percutian yang sangat sangat best untuk korang santai santai bersama teman dan juga keluarga. Korang yang berminat nak bercuti bersama keluarga ke, nak buat family day ke, nak buat majlis reunion ke, nak buat kursus ke, seminar ke kat sini KakYa sertakan detail kat bawah :
Harap harap KakYa dan gang blogger KBBA9 akan enjoy kat sini .. Korang, jom la tenangkan fikiran di Peladang Setiu Agro Resort.

Peladang Setiu Agro Resort,
Lot 3912 Guntong.
22040 Setiu,
Terengganu Darul Iman.
Phone: 0199192240 / 096920039
Email: peladang_agroresort@yahoo.com
Website: http://www.agroresort.my
Harap harap KakYa dan gang blogger KBBA9 akan enjoy kat sini .. Korang, jom la tenangkan fikiran di Peladang Setiu Agro Resort.
12 Ulasan
Enjoy your trip 😍
BalasPadamTq ..
Padamseronoknya dapat pergi sana
BalasPadamMemang seronok Hans.. nnt pegi laa jalan2 sana..
Padamsedak la demoooo...bestnyaaa tunggguuuuu la humaira besar kawe turutttt la hehehhe
BalasPadamTggu maira besor skit jom kita pakat g ramai2 deh..
PadamBestnya, tempat pun cantik dan tenang je!
BalasPadamBetul tu Mas.. temoat cantik dan menarik..
Padambestnyaaa ! dengar cita ramai yang kena pacat .. haha kakya kena gak tak ?
BalasPadamYa lisaaa huhuhu kakya samoai lompat2 takut ngan pacat..
Padambest duduk dekat sini. Daman sangat rasa.
BalasPadambestla sampai awal , ambo lambat samapi cian yang lain.. hmmmm tapi happy la dapat bekerja sambil nikmati alam semula jadi.
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.