Aktiviti Menarik Percutian Bersama KBBA9 Di Peladang Setiu Agro Resort

March 19, 2018

Aktiviti Menarik Percutian Bersama KBBA9 Di Peladang Setiu Agro Resort | Untuk entri kali ni KakYa nak citer kat korang mengenai aktiviti yang KakYa dan gang blogger KBBA9 lakukan sepanjang 3 hari 2 malam kami berkampung kat sana. Kalau entri yang lepas KakYa dah citer serba sikit mengenai Peladang Setiu Agro Resort kat korang, kali ni bagi cang la kat KakYa citer mengenai aktiviti yang KakYa lakukan kat sana pulak. Nak tau tak apa KakYa buat kat sana. Marila mari kita membaca..


16 Mac 2018 (First Day)

Taklimat Dan Tayangan Video

Untuk aktiviti hari pertama, waktu siang takde aktiviti sebab gang blogger yang dari Kuala Lumpur tiba agak lewat kerana beberapa masalah tertentu yang tak dijangka, jadi aktiviti siang hari pihak pengurusan tunda keesokan hari. Jadinya untuk hari pertama, aktiviti kami bermula selepas makan malam. Jam 8 malam kami dihidangkan dengan tayangan video mengenai Peladang Setiu Agro Resort dan juga taklimat ringkas oleh Encik Ahmad Sanusi Ibrahim selaku pengurus besar Peladang Setiu Agro Resort. Terima kasih En Sanusi kerana sudi menerima kunjungan kami.

Agro Nite Trekking

Selesai taklimat dan tayangan video, jam 10 malam kami mulakan aktiviti agro nite trekking. Malam malam buta KakYa dan gang blogger KBBA9 mulakan aktiviti berjalan sambil menyedut ilmu kat dalam hutan. Kami di temani beberapa instructor iaitu Encik Naqib, Encik Wafiy, Encik Ihsan dan jugak Encik Pian sepanjang berada kat dalam hutan sana. Masa perjanan masuk dan keluar hutan anggaran dalam 40 ke 45 minit.


KakYa ada la jugak tanya kat Encik Naqib, ada pacat tak nanti. Ha aaa boleh pulak dia cakap takde pacat. Tapi bila KakYa tengok Encik Naqib buang pacat yang melekat kat kaki dia, allahuakbar atomatik mata KakYa tengok kat kasut. Fuhhh memang ada pacat tengah gerak gerak dua tiga ekor huaaa.. Masa tu dah lompat lompat dah tak hingat apa dah. Ya la selama ni tak penah tengok pacat duk panjat panjat atas kasut kali ni hambek kau bukan seekor tapi berekor ekor. Lebih laaa 20 ekor sepanjang jalan pergi balik malam tu.


Kisah pacat ni kalau KakYa nak citer memang tak abih berjela jela la jawapnya tapi KakYa singkatkan jer la. Bagi intro sikit bab bab pacat untuk korang. Tapi takpe pacat jer.. tak membunuh orang pon menatang tu. Korang takyah takut sangat nanti jadi cam KakYa sebab takut sangat terbawa bawa sepanjang jalan hinggakan tak tau apabenda dab orang duk citer sepanjang jalan.


Aktiviti tamat sekitar jam 11 malam. Dah siap lompat lompat buang pacat semua sekali KakYa terus masuk bilik nak check kot kot ada lagi si pacat tersembunyi. Alhamdulillah takde syukur sangat sangat. Semua sekali gigitan pacat yang meninggalkan kesan KakYa dapat 8 gigitan huhuhu. Gatalnya kena gigit pacat hingga terbawa bawa sampai rini huhuhuhu.. 

17 Mac 2018 (Second Day)
Alhamdulillah hari kedua kami kat sini. Aktiviti pertama kami selepas sarapan pagi.

Flying Fox

Sebelum kami mulakan aktiviti, taklimat ringkas dulu oleh Encik Nik dan jugak Encik Naqib.  Penerangan mengenai alatan dan juga teknik FLYING FOX.

Huhuhu cuak aihh sebab KakYa ni sejenis insan yang takut tinggi. Gayat ooii takut yakmat rasa nak nangis pon ada. Tapi semangat tu nak cuba, KakYa buat jugak walau hatiku dag dig dug dag dig dug. Huhuhuhu berdegup kencang mak oiii. KakYa pon tatau nak cakap apa perasaan waktu merentasi kolam kat bawah sana. Takut jatuh pon ada huhuhu.. Alahai macam macam rasa ada masa tu, nak muntah  nak jerit nak nangis pendek kata semua nak laaaa.. Tapi tak terkeluar suara masa duk kat atas nunnnn huhuhu. Tutup mata jer sedar sedar dah sampai bawah dah. Alhamdulillah selamat mendarat.

Posing tu kira wajib laaa.. Dah siap siap pakai semua peralatan kita posing dulu.

Tu diaaa paling depan Ayah Aji, dia tukang tangkap gambor jer. Tak buat flying fox takut tak bergerok katanya. Hehehee yo yo laa tu. 

Ku turun dengan bismillah.. Ya Allah gayat sangat aihh. Masa mula mula tu kan dup dap dup dap debor debor. Dah duk elok elok kat situ hilang dah debaran di dada timbul rasa seronok.

Laguna Setiu 

Setelah berjaya menyelesaikan aktiviti flying fox, kami dibawa ke Laguna Setiu (Setiu Wetland). Naik bot lagi youollssss.. Seronok laa dapat naik bot. Sambil mata duk tengok kiri kanan melihat keindahan alam semulajadi.


Apa yang kami buat kat Laguna Setiu? .. Pertama sekali kami di bawa menaiki bot, kami buat aktiviti mencari lokan, kepah, tiram dan juga kekapis. Hadoi laa ni aktiviti yang KakYa tak pernah pernah buat jugak. Tapi kali ni diberi kesempatan untuk sama sama buat aktiviti ni. Bagi KakYa ianya menyeronokkan bilamana kaki terbenam kat dalam selut tangan ralit mencari kepah, lokan, kekapis dan juga tiram. Keseronokan yang takkan dapat kat mana mana kecuali kita sendiri yang buat aktiviti sebegini. Last sekali kami buat aktiviti bakar bakar hasil tangkapan kami. Dah macam nelayan dah kami waktu ni hahaha. Nak tergelak pon ada bila tengok gelagat gang Kbba9 layan aktiviti gini. Seronokkkkk..

Mencari lauk untuk sesuap nasi.. Huhuhu ingat senang ke nak dapat sebijik lokan. Kena cari kat kawasan ni haa. Toreh toreh kat atas tanah nasib baik dapat la sebijik...

Tengok dalam bakul kat tangan Zarin tu. Memula sikit jer dapat tapi lepas dah mahir skit mencari makin banyak lokan kami dapat.

Ibuk dari Indonesia yang sedang menunjukkan hasil tangkapan sepanjang aktiviti ini. Hehehe banyak jugak tu buk.. Takde laa ni KakLong Saidila gang KBBA9.



Selesai aktiviti di Laguna Setiu, kami memenuhi undangan pihak Desa Kekabu Inn untuk menikmati minum petang yang telah disediakan buat kami. Meehoon goreng, keropok lekor goreng, keropok keping  goreng dan juga buah tembikai. Selesai minum petang kami melawat kawasan sekitar Desa Kekabu Inn sambil di beri penerangan oleh pemilik Kekabu Inn, En Din. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Desa Kekabu Inn nanti KakYa citer lelebih kat entri seterusnya.




BBQ Dinner Di Peladang Setiu Agro Resort

Untuk aktiviti malam hari kedua kami kat sini, pihak Peladang Setiu Agro Resort telah menyediakam BBQ dinner buat kami. Alhamdulillah seronok menikmati keenakan makanan yang disediakan sambil layan angin sepoi sepoi bahasa menghembus ke muka. Sambil makan sambil borak sambil layan karok juga. Kepenatan dengan aktiviti siang tadi seakan tidak terasa. Al maklum la bukan selalu dapat kumpul ramai ramai camni. Aktiviti kami tamat jam 12.30 lebih tapi KakYa balik bilik jam 10.30 lebih sebab mata KakYa ni dah takle nak bukak dah  ngantuk sangat campur dengan penat. Mulut dah berkali kali duk menguap tanda minta bantal. Nak berjalan ke bilik pon cam dah takde tenaga dah. Mengantuk aihhhh ....

18 Mac 2018 (Last Day)
Alamak sedar tak sedar dah tiba hari terakhir KakYa dan gang KBBA9 kat sini. Kejap jer masa berlalu dah tiga hari. Hati tetiba sayu la pulak sebab arini kami akan berpisah. Alaaa ni part tacing tacing ni memang KakYa takle laaa. Mula la nak nangis bagai. Sebelum nak tacing tacing, kita buat aktiviti terakhir dulu. Aktiviti terakhir kami kat sini , water confident dan jugak berkayak.

Water Confident Dan Berkayak 

Aktiviti riadah hari terakhir yang KakYa buat kat sini, jeng jeng jeng WATER CONFIDENT dan jugak BERKAYAK. Takut jugak sebenarnya sebab aktiviti air membabitkan acara terjunan.. tapi KakYa nak jugak cuba. Cabar la diri sikit buat benda yang tak pernah buat lagi. Hahaha sebenarnya KakYa bab bab water confident ni tak berapa nak konpidem sangat. Takut pon ya jugak. Tapi kena cuba kena cuba. Alang alang dah datang sini, cuba la try buat aktiviti. Jangan biarkan takut menguasai diri anda. Makanya KakYa cabar diri, cuba aktiviti ni. Fuhh mencabar betul lahai nak nak untuk acara terjun dalam air tasik. Huaaaa first time dalam hidup KakYa buat aktiviti terjunan. Seronokkk sangat.

Encik Naqib tengah duk bagi taklimat serba sikit buat kami yang akan melakukan aktiviti ini.

Sebelum berenang di air, kita berenang di darat dulu hehehehe. Jom belajar teknik teknik berenang sebelum masuk dalam air.

Belajar teknik teknik terjunan. Kena ikut semua step agar takde kecederaan masa buat aktiviti.

Fuhh duk atas platform tu nak terjun rasa gayat sangat sebab nampak tinggi. Tapi KakYa buat jugak sebab nak cabar diri.

Selesai water confident kami berkayak. Ada yang tanya KakYa kat fb tak takut ke berkayak? Takut tu jangan cakap la, sapa cakap tak takut, takut la takut kayak tu terbalik tak ke haru biru jadiknya. Tapi takde la terbalik sebab boleh kontrol lagi. Tak terbalik tapi apa yang KakYa dapat.. Tadaaaaa ! basah lenjun dengan jayanya hahahaha. Basah pon basah la, apa de hal janji best dapat buat benda baru.



Apa yang KakYa boleh cakap kat korang, berkayak ni memang syok abih. Dah namanya kali pertama naik kayak opkoss la canggung sikit nak nak part mula mula nak duduk tu. Hadoii laaa nak duduk mendayung pon canggung sikit sebab tak biasa. Nak mendayung pon tak reti sebab tak berapa tahu cara walaupon ada jer tukang ajar hahaha. Al maklum la mak mak cam KakYa ni tak fokus sangat kikikiki. Main redah jer la janji kayak tu bergerok udoh puaih hati teman.



Selesai aktiviti water confident dan kayak.. masa untuk bergambar.. Terima kasih tak terhingga untuk Encik Naqib dan juga Encik Wafiy atas tunjuk ajar. 


Kami berjaya selesaikan aktiviti jam 12 tengahari. Jam 12.30 tengahari kami makan tengahari dulu. Lauk pauk yang disediakan antaranya ikan patin, ayam masak halia dan juga sayur goreng betul betul menambat selera.. Ikan patin KakYa tak makan tapi gang gang yang lain ada jer yang suka. Mungkin jugak sebab KakYa dan gang blogger KBBA9 banyak buat aktiviti pagi tadi, jadi perut pon lapar. Makan tak hingat. Tak pandang kiri kanan dah kami. Hehehe lapar ke semua?...

Selamat Tinggal Peladang Setiu Agro Agro Resort

Anggaran jam 2 petang kami dah mula check out. Bye bye Peladang Setiu. Huhuhu sedih sebab nak berpisah dah kami. Hajat hati tak nak berpisah tapi apakan daya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Meh selit sikit lagu nasyid kumpulan Brothers berjudul Doa Perpisahan .. 

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini....

Alhamdulillah berakhir sudah percutian KakYa selama 3 hari 2 malam bersama gang blogger KBBA9. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal hingga ke syurga. Andai ada tersilap kata terkasar bahasa sepanjang kita sama sama berkumpul di Peladang Setiu Agro Resort, KakYa menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Terima Kasih Gang KBBA9 Dan Peladang Setiu Agro Resort

Terima kasih tak terhingga buat semua gang blogger KBBA9 atas kerjasama dan semangat setiakawan sepanjang 3 hari 2 malam di sini, (korang memang awesome), terima kasih founder KBBA9 Ben Ashaari kerana memberi peluang untuk KakYa rasai pengalaman hebat ini dan terima kasih buat En Sanusi dan semua kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program di Peladang Setiu Agro Resort. Terima kasih Peladang Setiu Agro Resort untuk semua aktiviti yang disediakan sepanjang KakYa dan gang blogger KBBA9 berkampung di sana. Alhamdulillah satu pengalaman indah yang KakYa takkan lupa. Terima kasih daun keladi, insyaallah panjang umur kita jumpa lagi. Alhamdulillah syukur selalu.

Bergambar bersama orang kuat Peladang Setiu Agro Resort, Encik Ahmad Sanusi Ibrahim. Terima kasih daun keladi atas layanan mesra buat kami semua. Insyaallah kita jumpa lagi.

Untuk korang yang berminat menginap kat sini, KakYa sertakan detail kat bawah:

Peladang Setiu Agro Resort,
Lot 3912 Guntong.
22040 Setiu,
Terengganu Darul Iman.

Phone: 0199192240 / 096920039
Email: peladang_agroresort@yahoo.com
Website: http://www.agroresort.my

Kredit gambar : GANG BLOGGER KBBA9 

Artikel Menarik yang Lain

8 Sahabat Setia

  1. Bestnya :)

    Salam Sejahtera.

    Jemput join pencarian bloglist April 2018

    : http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    terima kasih buat kakitangan kbba9 dan amazing terengganu kerana memberi peluang dan ruang untuk kami jurulatih rekreasi agro resort berkongsi serba sedikit ilmu2 dalam semua aktiviti yg berlangsung...

    mohon maaf jika ada tersalah dan terkurang dari kami..
    sayonara... moga kita bertemu lagi...
    harap buat lagi untuk siri yg seterusnya ����

    -dhianaqib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahmdulillah tq tau sudi singgah blog kakya..insyaallah moga dapat jumpa lagi satu hari nanti..Tq sudi layan kerenah kami sepanjang aktiviti berlangsung..

      Delete
  3. bestnya. hahaha. rasa nak repeat flying fox walaupun menggelabah masa nak lepas dekat menara

    ReplyDelete
  4. Best baca cerita akak...membuatkan rasa pembaca takkan sabar nak merasa sendiri ke sini nanti

    ReplyDelete
  5. macam macam ada kat sini aa.. tapi bab pacat tu.. confirm terlompat2 jugak

    ReplyDelete
  6. Boleh kujungi satu hari nanti besama keluarga.

    Kali ini tak dapat nak gerak ke mana-mana sempena cuti sekolah kerana si kecil yang berumur 6 bulan baru discaj dari hospital terkena lung infection.

    Doktor nasihat kurang bawa baby ke tempat awam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.