Uniknya Rumah Botol Di Terengganu

February 20, 2018

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu | Wow  'Rumah Botol'. Dengar nama Rumah Botol pon dah unik. Belum tengok lagi keadaannya camne tapi bila sebut jer Rumah Botol, dah terbayang keunikannya.  Dengar dengar cerita kat Rumah Botol ada lebih kurang 5,000 botol yang berlainan jenis termasuk botol minyak wangi dan juga cawan . Wowww 5,000 botol dah buat KakYa terkesima, inikan pula 5,000 botol yang berlainan jenis. Kat mana nak cari tu. Memang gigih la sapa sapa yang boleh cari. Semua tu tak mustahil dengan adanya kesungguhan. 

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu

Balik kampung sempena raya cina baru baru ni, KakYa dan suami sempat bawak anak anak jalan jalan melawat Rumah Botol di Kampung Baru Penarik, Setiu Terengganu. KakYa dapat tahu mengenai Rumah Botol ni melalui kakak ipar KakYa. Kakak ipar KakYa cakap kawan dia dari Kemaman ada duk bercerita mengenai Rumah Botol lepas diaorang pergi melawat. Camno la orang luar boleh tahu sedangkan kami ni yang selalu balik kampung umah mertua tak tau pon mengenai Rumah Botol. Hehehe, dah alang alang balik kampung kami pon rasa teruja nak pergi melawat Rumah Botol. Rumah Botol dekat jer dengan rumah mertua KakYa, dalam 10 minit jer ambil masa nak ke Rumah Botol.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Pemilik Rumah Botol, Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Ku.

Rumah Botol Satu Keunikan 

Mula mula KakYa masuk kat dalam Rumah Botol ni kan, KakYa rasa cam terpegun kejap bila melihat deretan botol yang disusun kat atas lantai. Pelbagai bentuk, saiz dan juga jenis. Semuanya botol yang berlainan. Menurut pemilik rumah botol Tengku Mohd Ali atau lebih suka membahasakan diri beliau sebagai Ayah Ku. Kesemua botol yang dikumpul adalah berlainan jenis dan bentuknya. Bila di tanya bagaimana beliau boleh mengingati bentuk botol botol yang ada dalam koleksi beliau. Beliau mengatakan, semua itu adalah kelebihan yang Allah bagi untuk beliau. Alhamdulillah semua yang ada milik Allah.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Ayah Ku sedang memberi penerangan mengenai botol botol koleksi beliau. Kebanyakan botol botol koleksi beliau diperolehi dari kawasan pantai sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Botol botol ini kebanyakannya dikutip pada musim tengkujuh di pesisir pantai kerana pada musim ini banyak botol yang hanyut terdampar di persisiran pantai.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Pelbagai jenis dan bentuk botol tersusun di atas lantai. 

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
KakYa tengok pon rambang mata. Macam macam jenis, saiz dan bentuk botol ada kat dalam Rumah Botol. 

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Buat masa sekarang menurut Ayah Ku, beliau belum berkesempatan untuk membina rak pameran untuk botol botol yang ada.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Koleksi 99 botol berlainan jenis dan bentuk telah dilabelkan dengan nama nama Allah.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Pelbagai warna botol dari pelbagai negara.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Antara botol botol koleksi Ayah Ku yang tersusun kemas di atas rak. 

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Surat berusia 14 tahun dikatakan dari Korea tersimpan kemas dalam botol yang hanyut dan terdampar pantai.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Selain mengumpul botol, Ayah Ku turut mengumpul cawan dari pelbagai negara

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Kakak Insyirah nak posing jap. 

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu

Berdakwah Menggunakan Botol

Menurut Ayah Ku beliau ingin berdakwah dengan menulis ayat ayat al quran dan hadis pada botol koleksi beliau. Buat masa sekarang hanya 99 nama Allah yang telah berjaya disiapkan. Untuk tulisan lain, masih dalam proses. Walaupun pernah dianggap gila dengan hobi pelik ini, beliau masih meneruskan minat mengumpul pelbagai jenis botol. Bagi Ayah Ku, ianya satu kepuasan di samping niat untuk berdakwah melalui penggunaan botol. 

Masa KakYa jumpa Ayah Ku, KakYa ada la tanya bab bab botol ni.. bukan apa sebab Ayah Ku ada cakap kebanyakan 60 ke 70 peratus botol koleksi Ayah Ku adalah botol arak. Jadi bagaimana cara Ayah Ku bagi botol tu bersih. Menurut Ayah Ku, beliau mendapat nasihat daripada seorang kadi  dari Setiu mengenai botol arak dan cara untuk mencucinya. Botol perlu dibasuh bersih dengan air biasa hingga hilang bau dan sisa. Kata kadi, yang haram tu arak. Bukan botol. Jadi kalau nak simpan untuk koleksi atau berdakwah kena la basuh bersih bersih. Takde masalah kalau dah basuh bersih bersih. 

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Dak kecik siap tinggalkan tandatangan kat buku pelawat.

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Posing kat tangga sebelum pulang.

Alhamdulillah sepetang kat Rumah Botol, banyak cerita dan kisah botol yang dikongsi oleh Ayah Ku. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. Insyaallah panjang umur kami datang lagi. 

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Posing dulu. Tak cukup gang ni .. Mana lagi yang lain..

Uniknya Rumah Botol Di Terengganu
Sempat mengabadikan kenangan bersama Ayah Ku. Terima kasih, insyaallah ada masa kami datang lagi. 

Artikel Menarik yang Lain

26 Sahabat Setia

  1. Minat,kesungguhan..inilah hadilnya...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah & follow sini..banyakknya koleksi botol dia... tp serius botol arak mmg cantik2..pernah tengok kawan non muslim kumpul koleksi dia.. hehehe

    jemput singgah blog kite yer..

    julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. rajin ayahku mengumpul btol2 tu..:)

    ReplyDelete
  4. Banyaknya botol, rajin sungguh Ayah Ku menyimoannya yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan calang2 org blh minat benda2 gini..

      Delete
  5. menarik! first time tahu ada pengumpul botol tegar macam ni. =)

    ReplyDelete
  6. botol pon ade orang bt koleksi kan
    tu la kalau dah katekan minat dan hobi..
    tak boleh nak jangka

    ReplyDelete
  7. Ohh, ada jugak ehh..ok, baru tahuu

    ReplyDelete
  8. Wahhh menarik ni, koleksi unik. Nanti kalau sampai Terengganu nak pergi jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bereh2.. jgn lupa singgah rumah botol

      Delete
  9. Tapi kalo nak pergi , kena pergi dgn budak2 yg tak berapa lasak sangat.. mau terlanggar botol dan pecah..jenuh!

    ReplyDelete
  10. Tanya tak apa maksud Surat dlm Botol dr Korea tu.. Surat cintakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayahku cakap surat tu irang korea tulis suruh doakan kebahagiaan perkahwinan dia sbb dia kawen keluarga tak restu..

      Delete
  11. rajinnya dia...kalau ada ruang yg lapang mmg best buat koleksi botol2 yg menarik dan unik..nnt boleh la singgah kalau sy ke TGG nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe..insyaallah blh dtg sendiri.. tgk sendiri nanti..

      Delete
  12. wahhh dari kecik tempat bermain di penarik tak pernah taww pun ade rumah botol... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa nampak tak nampak tak kat situ.. sapa yang dulu tau hahhahaa

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.