Terlepas Angka 3 Juta Pageview

February 28, 2018

Terlepas Angka 3 Juta Pageview | Semalam KakYa check blog, pageview semakin menghampiri angka 3 juta. Kekonon nak tengok la nanti bila masa dapat angka 3 juta tu. Kekonon la sangat. Dulu masa dapat angka 1 juta dan 2 juta tak sempat nak skrin shoot. Terlebih angka sudah. Kali ni kita buat buat tunggu la kekononnya. Semalam last KakYa chek anggaran dalam ribu riban lagi la nak masuk angka 3 juta tu. Makanya KakYa rasa la kan, esok la kot mencapai angka 3 juta pageview. Terus la KakYa pegi tido. Pagi pagi tadi KakYa bukak blog tengok tengok angka 3 juta tu dah melepas la. Ala KakYa baru duk berangan nak skrin shoot la kekonon dapat pageview 3 juta. Emmm melepas lagi sekali. Kena tunggu yang 4 juta pulak la gamaknya. 


Masa nak skrin shoot kat pageview belah depan. Nombor dah berganjak. Makin. Alhamdulillah semoga pageview blog akan terus meningkat lagi lagi lagi dan lagi. 


Saper perasan blog KakYa dan berubah wajah? Angkat tangan please !! Hehehe...

Alahai ingatkan dapat tengok anga 3 juta tapi tak dapat huaaaaaa. Angka yang KakYa dapat pagi tadi 3,001738. Jauh meninggalkan 3 juta. Terlebih 1738. Tapi takpe la tak dapat tengok 3 juta kita tengok 3 juta lebih pon dah suka hehehe. KakYa skrin shoot jugak la buat kenang kenangan blog Akif Imtiyaz dah mencapai angka 3 juta lebih pageview. Alhamdulillah syukur selalu. Terima kasih buat korang juga sebab sudi singgah dan jadi penyumbang untuk pageview blog KakYa. Tq tq tq tq. 

Artikel Menarik yang Lain

12 Sahabat Setia

  1. perasan sgt! sebelum ni hijau, skrg dah biruuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. biru terlebih pulak .. sebenarnya nak lebihkan hijau tapi lupa nak gtau designer yang buat tu.. hehehe tapi takpe la kita jatuh suka dengan warna ni..

      Delete
  2. tahniah kak lya. pembakar semangat ni

    ReplyDelete
  3. wahhh. alhamdulillah. tahniah kak lya~! keep it up heheee

    ReplyDelete
  4. tahiah sis.. bila la blog saya nak capai tahap tu.. sendu je rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear.. ala jgn la cakap camtu.. insyaallah satu hari nanti..

      Delete
  5. Wahhh 3 juta dah, moga Lya terus kekal berblog.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Lia.. Mummy ni masih terkedek-kedek lg nak capai angka tu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.