Tanda Bila Seseorang Sudah Matang Dalam Kehidupan

February 27, 2018

Tanda Bila Seseorang Sudah Matang Dalam Kehidupan | Dulu orang tua tua kita selalu cakap, nanti dah besar matang la dia. Dah besar ok la dia dah boleh fikir sendiri mana baik mana buruk. Tapi zaman sekarang ni yang tua pon ada lagi tak matang inikan pula yang muda belia. Nak nilai diri seseorang tu matang atau tidak tak perlu tengok umur dia. Tapi kematangan tu akan datang tanpa mengira usia. Korang kalau nak tahu diri korang ni dalam kategori matang atau tak matang jom check list kat bawah.

Korang matang bila...

- Berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. Jangan sibuk sangat dengan hal orang lain tapi sibukkan diri untuk ubah diri korang jadi lebih baik.

- Boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. Kekadang korang punya pendapat yang biasa biasa aje, tapi korang takle nak terima pendapat orang. Tapi bila korang boleh terima seadanya pendapat orang lain tu tanda diri korang dalam kategori matang.

- Berani melepaskan kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. Yang ni memang ketara sifat kematangan dalam diri kalau korang boleh buang sifat dendam. Buang jauh jauh.

- Berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. Kekadang korang berharap setiap yang korang beri nakkan balasan. Itu salah konsep namanya. Tapi bila korang mula memberi tanpa mengharapkan balasan itu tanda korang matang.

- Melakukan sesuatu dengan ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat penilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. Alhamdulillah tanda korang makin matang bila korang ikhlas dalam setiap perkara.

- Kita berhenti menunjuk kepandaian,kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. Kekadang kita perlu terima hakikat selain daripada kita masih ada yang lagi hebat di luar sana. 

- Berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. Cuba untuk mrnjadi insan yang bahagia.

- Boleh bezakan kehendak dan keperluan, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak. Hanya orang yang tak matang sibuk mencari kehendak yang tak pernah cukup. 

- Berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. 

Buatlah yang terbaik . Jadi seorang insan yang matang dalam kehidupan. Sesungguhnya kita yang menentukan mana yang baik dan terbaik untuk hidup kita. Sama sama muhasabah diri.

Artikel Menarik yang Lain

14 Sahabat Setia

  1. Terima kasih Lya atas perkongsian ini. Zumal rasa macam tak cukup matang je lagi. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Matang dari sudut pemikiran dan perasaan itu tersangat penting kerana kalau dinilai matang berdasarkan usia....hakikatnya masih ramai yang tidak seiring..usia membayangkan kematangan namun dinilai dari tingkahlaku sebaliknya..

    ReplyDelete
  3. saya suka entry ni ..thumbs up kak lya

    ReplyDelete
  4. betul tu..bila matang jadi seorang yang tak mudah gelabah..berfikir sebelum bertindak

    ReplyDelete
  5. Informasi yang bagus.. Moga kita sama-sama cepat matang dalam mengharungi kehidupan..Amin

    ReplyDelete
  6. bila baca tanda2 nih rasa2nya baru 3/4 dipenuhi
    so 3/4 matang lah jawabnya
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ok la tu hans..matang jugak namanya..

      Delete
  7. baca semua ciri-ciri ni, terasa diri sekarang matang sedikit berbanding zaman sebelum kahwin dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. hidup ni kena lebih matang agar kita dapat jadi insan yang tidak mudah lupa..

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.