Beli Topi Cars Lightning McQueen 3D Kat Shopee

February 23, 2018

Beli Topi Cars Lightning McQueen 3D Kat Shopee | Sebenarnya lama dah Akif mintak topi Cars McQueen ni kat KakYa. Tapi tak jumpa jumpa yang dia berkenan. Tup tup masa KakYa ralit duk cari barang Cars McQueen kat Shopee, KakYa terpandang la kat topi 3D . Apalagi KakYa terus tanya Akif. Ni ke yang Akif nak tu. Nampak jer Cars McQueen terus angguk kepala, nak! nak! nak! Umi beli la nanti, Umi beli laa untuk Akif ya. Siap suruh Umi guna duit simpanan dia sebab nakkan topi 3D Lightning McQueen tu ha. Emm ok laa nanti Umi beli takyah guna duit Akif la, Umi lanjer Akif topi ni. Ni haa topinya, kereta tu tertonjol keluar al maklumla 3D katakan. Tengok kat dalam gambar memang tak nampak ler. 

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D

Topi Akif Dah Sampai Ke Belum?


Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D

Makanya Umi yang nak gembirakan hati anak dia ni order la sebijik topi tu untuk anak kesayangan dia. Harga sebenar dalam RM22 tapi ada diskaun 10% dapatla harga RM9.80 tambah dengan kos pos RM5.04 . Bila dah oder dah bayar semua sekali pada 17.2.2018 maka bermula la episod baru TANYA dan MENANYA. Haaa yang ni memang mencabar hati dan perasaan KakYa sebab dak kecik ni hari hari siang malam duk tanya bila topi dia nak sampai. Balik sekolah tanya, balik fardhu ain tanya balik mengaji tanya, balik surau malam malam pon tanya. Pendek kata tanya sokmo. Nah senarai panjang soklan soklan dia sejak dia tau Umi dah order topi tu untuk dia.

● Topi Akif tu bila dapat Umi?
● Topi Akif dah sampai ke arini?
● Bila lagi tukang jual nak pos topi Akif?
● Umi topi Akif dah sampai ke belum?
● Topi Akif tak sampai lagi ke Umi?
●Lamanya topi Akif nak sampai asyik barang Umi jer sampai kat umah, umi pos laju tak kije ke rini?
● Kenapa topi Akif tak sampai sampai lagi ni Umi, Umi oder sebijik jer kan takkan lama sangat nak sampai? 
● Bila lagi laaa Akif nak dapat topi tu Umi, lama dah Akif tunggu ni?

Banyak lagi sebenarnya soklan soklan dia tapi KakYa tak masuk senarai. Kalau masuk senarai ni lagi berjela jela panjangnya. Hahaha ..

Pastu kan hari hari la jugak suruk KakYa check update penjual kat Shopee tu huhuhu. Naik pening gak la KakYa. KakYa beli barang macam macam kat Shopee takde la nak check sokmo,  tapi bila beli barang untuk dia tiap masa kena check sebab nak puaskan hati dia. Nak tau perkembangan penjual dah pos ke belum topi dia. Pastu bila KakYa cakap tak pos lagi mula la dia buat muka. Huhuhuhu mengharap sangat dia ngan topi tu.

Akhirnya Yang Di Tunggu Tiba Jua

Semalam KakYa dapat update  dari Shopee, topi tu dah pon diposkan. Makanya KakYa terus check tracking number kat track and trace Pos Laju. Yess topi tu akan di hantar harini. KakYa terus la bagitau Akif, tengahari nanti sampai la topi Akif. 

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D

Tengahari tadi kan, bila abang pos laju duk pon pon pon kat depan umah. Menonong laju jer dia  pegi ambik barang. Tak sempat lagi abah dia nak tandatangan dia dah bawak masuk daaa. Tak sabar sangat la tu nak try topi baru dia.

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D
Meh sini Umi nak snap gambar dulu. Dia ni kan kalau excited kita tak suruh bergambar pon dia mintak kita ambilkan gambar.

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D
Topi pertama yang dibeli secara online untuk dia. Selama ni beli kat kedai jer, dia dah boleh nampak mana satu dia nak. Bila beli online kema tunggu barang sampai. Tu yang dia lunya excited lain macam tu.

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D
Alhamdulillah barang sampai dengan selamat. Takde cacat cela. Dia pon suka. Terus pakai bawak g jalan jalan kat padang. 

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D
Posing lagi sekali. Nanti Umi tolong citer kat blog okey. Boleh Akif baca. Hehehe dia dah jadi pembaca setia blog Umi laaa. Takut plok nak tulis merapu rapu hahaha. Nanti banyak plak soklan dia itu apa ini apa. Budak banyak soklan kat dalam rumah ni, dia la.

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D
Ni dah kenapa tegak semacam jer ni. Macam nak baca ikrar pon ya jugak.

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D
Tadaaa ... Yang ni kita tengok berapa lama bertahan dia pakai. Hehehe layankan jer la.

Shopee, Shopping Online , Akif Imtiyaz, Topi Baru Akif, Lifestyle Blogger, Coretan Hati Lya, Ini Cerita KakYa, Jom Shopping Online, Shopee Best, Topi Cars McQueen, Topi 3D
Gang topi dia dapat kawan baru arini. Lain macam jer besornya. Topi tu dia jenis kembong dan menonjol sebab tu la nampak besor benor. Al maklum ler 3D. Hakikatnya lau pakai sama saiz jer ngan yang ada tu haaaaaaa.

Ok la dah panjang berjela jela dah kisah Akif dan topi. KakYa tamatkan kat sini jer la ya. Insyaallah ada cerita nanti KakYa tulis lagi. Penat gak ni Umi duk mengarang citer dia. Tq tau korang yang sudi singgah blog KakYa. Kalau ada kelapangan masa insyaallah KakYa singgah komen kat blog korang nanti. Ta ta ti ti tu tu ... Wassalam.

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. bestnya dia dpt topi baru. sy pon kalau order apa2 online asik cek treking je tak sabar tunggu...hee

    ReplyDelete
  2. Wahh...dapat topi mcqueen. Anak IQ pun suka mcqueen ni. Pantang la klu nampak mcqueen. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa .. akif pon pantang nampak mcqueen..

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.