Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka Fly & Win CNY Contest | Hi korang, selamat pagi kita jumpa lagi. Korang, pagi ni KakYa nak citer kat korang mengenai satu peraduan yang korang pasti suka nak join sekali. Kenapa KakYa cakap gitu? .. Sebab hadiah yang disediakan untuk peraduan ni best giler giler tau. Mau tak best, hadiah dari Traveloka memang selalu best dan gempak gempak gitu. Jadi KakYa pasti korang mesti nak join nanti. Contest anjuran Traveloka kali ni bersempena Chinese New Year. Banyak hadiah menarik yang korang boleh menang dengan hanya menyertai Cny 2018 contest. Apa tunggu lagi jom join Traveloka Fly & Win CNY Contest. Mana tahu kot kot ada rezeki korang, boleh menang hadiah.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Bila sebut pasal peraduan  KakYa memang suka. Suka sangat nak join sebab nak memang hadiah. Kalau dulu memang KakYa kaki contest. Hari hari jugak la KakYa duk layan contest offline dan jugak contest online. Sekarang hobi tu dah berkurang sikit tapi masih ada la saki baki sikit sikit lagi. Tapi kali ni KakYa nak rajinkan diri join peraduan dari Traveloka ni. Mana la tahu kot kot ada rezeki boleh menang hadiah UTAMA, kedua dan ketiga. Tak dapat menang hadiah satu dua tiga dapat baucer travel pon dah okey dah. Meh la kita berangan angan dulu. Tak salah kan duk berangan kekonon dapat menang hadiah best. Hahaha... sebelum KakYa duk melalut ke laut dalam sana, KakYa nak citer sikit kat korang serba sikit mengenai Traveloka Fly & Win CNY Contest.


Traveloka Fly & Win CNY Contest ni sebenarnya, satu peraduan yang cukup mudah sebab korang tak perlu nak isi borang, nak isi maklumat, nak jawap soalan ataupon nak kena beli apa apa produk untuk menyertai. Semua tu TAK PERLU. Sebab korang hanya perlu guna akaun  facebook korang dan juga skill permainan jer kerana peraduan ni memerlukan korang untuk main satu game. Game mudah mudah jer cuma yang paling penting sekali korang kena lebih alert untuk mendapat lebih banyak mata dalam permainan ni. Senang sesangat je pon nak dapat mata. Mesti seronok, disamping dapat menang hadiah lumayan, boleh juga korang lapangkan fikiran korang sambil layan main game ni. Cara nak main game ni pon senang sesangat. Korang boleh ikut panduan yang dah diberi sebelum memulakan permainan.

Korang boleh ikut semua langkah langkah yang ditetapkan untuk jadi salah seorang pemenang yang akan membawa pulang hadiah yang cukup lumayan dalam peraduan ini.

Get Ready! Okey .... Kita mulakan permainan.

Syarat Untuk Menyertai Traveloka Fly & Win CNY Contest

Syarat utama untuk korang menyertai peraduan ni. Korang mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang hanya tinggal di Malaysia sahaja bukan tinggal kat negara lain okey. Hanya peserta dari Malaysia sahaja yang boleh menyertai peradua ini. Kalau korang orang Malaysia tapi duk kat Singapore ke, England ke, India ke, tak boleh join okey. Untuk peserta yang berumur 18 tahun perlu mendapat persetujuan daripada ibubapa masing masing terlebih dahulu sebelum join peraduan ni. Jadi sebelum join peraduan ni pastikan ibubapa korang tahu dan diberitahu serta membenarkan korang untuk turut serta dalam peraduan ini.

Tempoh peraduan Traveloka Fly & Win CNY Contest akan bermula pada 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018. Tapi kalau pihak penganjur nak pendekkan atau panjangkan tempoh peraduan makanya lagi cepat atau lagi lama peraduan akan berlangsung. Semua tu terletak atas budi bicara penganjur. Jadi pastikan korang join peraduan ni dan pastikan juga korang menang hadiah best dan menarik yang ditawarkan. Kalau boleh menang trip perjalanan hebat ke pelbagai negara pasti seronok kan? .. Untuk korang yang suka travel memamg sesuai sangat join peraduan ni. 

Hadiah Yang Menanti Pemenang Traveloka Fly & Win CNY Contest

Berikut KakYa kongsikan hadiah yang bakal dimenangi di peringkat akhir untuk Cabaran Traveloka Fly & Win CNY Contest. Antara hadiah hadiahnya adalah: 


- Pemenang Hadiah Utama bakal memenangi perjalanan pergi balik selama 6 hari 5 malam di Seoul, Korea (penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

- Pemenang Kedua bakal memenangi perjalanan pergi balik  selama 5 hari 4 malam di Phuket, Thailand (penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

- Pemenang Ketiga bakal memenangi perjalanan  pergi balik selama 4 hari 3 malam di Langkawi (penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

- Hadiah untuk peserta yang berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook adalah dua baucar Traveloka bernilai RM1000. Untuk kategori ini pihak Traveloka akan memilih dua pemenang di mana setiap seorang pemenang akan memenangi baucer Travel RM1000 daripada Traveloka.


Jom Join Traveloka Fly & Win CNY Contest

Wah !! ... bila KakYa tengok jer hadiah hadiah menarik dari Traveloka, hati rasa teruja nak join contest ni. KakYa nak sangat pergi bercuti kat tempat tempat menarik camni tapi setakat ni masih belum berkesempatan lagi nak pergi.  Tapi Mana tahu kit kot ada rezeki KakYa dengan join contest ni KakYa berpeluang untuk jadi  salah seorang pemenang nanti. Mudah mudahan ada rezeki untuk KakYa menang. Aamin aamin. Korang takkan nak tengok saja jer kot. Jom la pakat pakat join sekali, senang jer nak join janji korang ada akaun facebook jer, dah boleh join. Apalagi terhegeh hegeh tu cepat la join. Jommm join Traveloka Fly & Win CNY Contest.

Jangan Lupa Muat Turun Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel

Untuk memudahkan korang dan bagi memastikan korang tidak terlepas info info penting dan menarik mengenai destinasi percutian dan juga tawaran penerbangan hebat dari Traveloka, KakYa cadangkan korang muat turun aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel di telefon pintar korang. Dengan menggunakan aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel, korang boleh mengakses semua butir butir tempahan, e-tiket dan juga baucer hotel hanya melalui peranti  mudah alih korang bilamana korang log masuk ke akaun Traveloka. Jika korang muat turun aplikasi ini di telefon pintar korang, korang tak perlu lagi bersusah payah untuk mencetak e-tiket dan juga baucer hotel. Semua lebih mudah dan senang dengan adanya aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel.

Dapatkan harga murah dan berpatutan hanya di Traveloka. Kena rajin la jenguk jenguk aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel kalau korang nak dapatkan harga best.

Jangan tak tahu, aplikasi ini juga membolehkan korang menempah, membayar dan mendapatkan e-tiket atau baucer hotel dalam masa tak sampai satu minit. Sangat sangat mudah dan cepat, pantas dan terbaik. Bila bila masa hanya di hujung jari korang. Mudah kan ? Opkoss laa mudah. Inikan Traveloka. Nak mudah dan senang gunalah Traveloka. 

Jadi apa tunggu lagi, bertindak segera muat turun aplikasi Traveloka untuk memudahkan tempahan percutian korang hanya dalam satu platform. Nikmati tawaran perjalanan lebih murah dan juga hotel terbaik untuk percutian korang akan datang. Pastinya lebih nilai untuk wang yang bakal korang belanjakan. Tawaran terbaik pastinya dari Traveloka untuk korang. Happy holiday! Kalau korang nak bercuti jangan lupa TRAVELOKA okey !!... Mudahnya melancong bila Traveloka ada di sisi. Traveloka sentiasa ada untuk korang bagi merealisasikan perjalanan pelancongan korang menjadi YANG TERBAIK dan LEBIH BAIK. Jom melancong dan bercuti sakan bersama Traveloka.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. fuhh best hadiah dia.. terbaik !

    BalasPadam
  2. good luck kak. Say apun dah join. Hanya main games je kan?

    BalasPadam
  3. fuh.. tengok hadiah utama ni rasa macam tak boleh tidur malam.. jom kakya kita join, mana tau rezeki yea dak?

    BalasPadam
  4. Best yer. Nak join gak la contest ni

    BalasPadam
  5. Macam menarik la..susah tak contest ni...huhuhu

    BalasPadam
  6. dpt menang penginapan percuma syok kn...lama tk jenguk traveloka

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.