Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Dengan Triple Whitening Extracts

Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Dengan Triple Whitening Extracts | Bila sebut jer Sumber Ayu, yang terlintas kat kepala KakYa pastinya pembersih kewanitaannya. Sejak dulu KakYa memang dah biasa guna produk pembersih kewanitaan Sumber Ayu dan KakYa cukup yakin dengan produk daripada Sumber Ayu. Kalau dulu KakYa biasa guna pembersih kewanitaan daun sirih tapi sekarang ni KakYa cuba bertukar ke Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White. Sebagai pengguna tetap Sumber Ayu, produk terbaru ini sangat sangat memberi kepuasan untuk KakYa.

Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White merupakan produk ideal bagi semua wanita di peringkat umur remaja hingga dewasa. Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White pastinya pilihan terbaik untuk cucian kawasan intim  korang. Pasti memberi keselesaan berganda sepanjang hari. Korang yang tengah duk cari produk pembersih kewanitaan, KakYa sarankan untuk korang cuba Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White.



Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White 

Pembersih kewanitaan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White ini diperbuat daripada bahan bahan semulajadi terpilih seperti ekstrak bengkoang, licorice, susu serta kayu rapet, manjakani dan juga daun sirih. Ekstrak semulajadi ini dapat membantu kulit di sekitar kawasan kewanitaan menjadi lebih cerah dengan terutama di sekitar pangkal paha. Ianya juga dapat membersihkan area kewanitaan, mengurangi bau yang kurang menyenangkan, sekaligus membantu memelihara kawasan intim wanita agar tetap terasa lembut. Formula Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White dengan pH 3.5 yang membantu memelihara kawasan intim wanita. 

Review Lya Selepas Menggunakan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White

Sejak dah cuba pembersih kewanitaan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White dan menggunakannya secara teratur, apa yang boleh KakYa cakap produk ni memang betul betul berkesan dalam membersihkan area kewanitaan, mengurangkan bau yang kurang menyenangkan dan menjadikan area kewanitaan berbau harum dan segar sepanjang hari. KakYa lebih yakin dan selesa. KakYa suka sangat bau dia yang lembut. Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White sangat sangat berkesan. Tak perlu tuang banyak sikit je dah cukup.

Oleh kerana Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White mengandungi triple whitening extracts yang terdiri daripada bengkoang, licorice dan juga susu KakYa perasan sejak menggunakan produk ni, kawasan feminin lebih cerah dari dulu terutama kat pangkal paha. Korang kena cuba produk ni kalau nak tengok kesan ketara. KakYa percaya korang pon pasti suka dengan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White keluaran terbaru dari Sumber Ayu.


Manfaat terbaik Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White pastinya pilihan hati KakYa untuk hari hari yang sempurna. Terima kasih Sumber Ayu untuk produk yang awesome sesangat ni... I love this product. Mmuahhhh cikit..


Jangan lupa dapatkan segera Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White untuk kegunaan harian korang. Terbaik pastinya dari Sumber Ayu.

Catat Ulasan

10 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.