Si Sepat Kuning Untuk Akif Dan Iman

Si Sepat Kuning Untuk Akif Dan Iman | Semalam lepas hantar Insyirah kat asrama, Akif dengan Iman ajak pergi PetShop. Alahai kalau ajak pegi sana memang ada benda la yang dia nak beli. Tanya kat abah dia, ada janji apa apa ngan diaorang. Takde pon jawap abahnya. Abih tu takkan la diaorang ajak pegi PetShop sesaja takde nak beli apa apa. Terus la KakYa tanya kat dak kecik, dak kecik cakap abah ada cakap boleh buat satu permintaan sempena nak mula sekolah 2018. Boleh minta apa apa saja tapi hanya satu permintaan okey. Haaa aaa abah dia lupa la tu ada janji ngan anak anak. Patut la beria benor ajak pegi PetShop ada benda yang dioarang nak rupanya. Nak beli ikan jer pon, ingatkan apa la permintaan diaorang. 

Sebenarnya kat rumah dah ada beberapa jenis ikan tapi diaorang nak tambah koleksi katernyer... Nak beli ikan apa pon tak tau. Duk sibuk tanya nak beli yang mana nak beli yang mana. Oleh kerana umah KakYa akuarium takde  yang guna motor, kena la cari ikan yang boleh idup kat dalam air takyah guna motor. Budak kedai PetShop bagi cadangan ikan sepat. Bila dak kecik ngan Iman tengok ikan sepat tu terus diaorang berkenan. 



Ada dua warna sebenarnya ikan sepat ni. Satu warna putih satu lagi warna kuning. Dak berdua tu berkenan warna kuning jadi En Hubby belikan yang warna kuning. Mula mula nak belikan 5 ekor sebab nampak cam cantik cam comel jer si sepat ni duk menari nari dalam akuarium tapi KakYa rasa takyah la kot sebab tak tau lagi ikan sepat ni lasak ke idok. Jadi beli dulu dua ekor untuk percubaan sebab sebelum ni tak pernah lagi bela ikan sepat. Tengok keserasian sepat kuning kat rumah dulu camne. Kalau ok boleh la tambah lagi. 

Setakat ni alhamdulillah . Dua dua ekor Sepat Kuning baik baik jer kat dalam akuarium tu. Aktif no ke sana ke mari. Kita yang tengok ni seronok jer rasa...

Anak anak KakYa memang takde masalah bab bab nak menjaga ikan sebab diaorang memang suka bela ikan laga, ikan gupi dan yang terbaru sebelum datangnya sepat kuning ni, ikan haruan yang nenek diaorang bagi masa balik kampung baru baru ni. Masih elok dalam penjagaan diaorang. Lagipon bab bab nak tukar air dan bersihkan akuarium abah dengan Umi yang tolong jugak. 

KakYa doakan Si Sepat Kuning ni akan panjang umur di bawah penjagaan Iman dan Akif. Jaga leklok tau.. Jangan lupa time makan bagi makan, time bersihkan akuarium sama sama bersihkan. Pasni Umi dengan abah beli lagi untuk tambah koleksi ikan Iman dan Akif. 

Catat Ulasan

0 Ulasan