Selamat Tinggal 2017 Selamat Datang 2018

Selamat Tinggal 2017 Selamat Datang 2018 | Alhamdulilah bersua lagi di alam maya yang tak pernah sunyi ini. Hari ni Isnin, hari pertama untuk tahun 2018. Semalam 2017 terakhir, Selamat tinggal 2017 selamat datang 2018. Tahun 2017 pelbagai kenangan pahit, manis, masam, masin, pedas dan juga kelat dengan menu secukup rasa menjadikan kehidupan ini penuh dengan resipi pelbagai rasa untuk KakYa jadikan kenangan terindah. Walaupon ada macam macam rasa, kehidupan ini turut diserlahkan dengan  pelbagai warna yang setia mewarnai lukisan kehidupan KakYa untuk tahun 2017. Semoga setiap kenangan yang berlaku pada 2017 akan lebih mematangkan KakYa dalam menempuh kehidupan di tahun 2018.  Terima kasih Allah di atas limpah kurnia dariMU buat kami sekeluarga. InsyaAllah. Aamin aamin.


Sempena 2018 harapan KakYa untuk keluarga kecil KakYa.. "Semoga kami diberi keberkatan hidup didunia dan juga akhirat. Semoga bertambah baik hubungan keluarga kecil kami dengan Allah SWT. Lapangkan masa kami sekeluarga untuk terus mendekatkan diri padaMU Ya Allah. Sentiasa diperluaskan seluas luasnya pintu rezeki buat kami sekeluarga. Semoga keluarga kecil kami, kaya dan berjaya di dunia dan juga akhirat. Semoga kebahagiaan dan kasih sayang keluarga kecil kami akan terus bertambah dan berkekalan hingga hujung nyawa. Jadikanlah keluarga kecil kami, insan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanMU Ya Allah. Semoga keluarga kecil  kami sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT walau dimana kami berada.  InsyaAllah Aamin aamin ". Terima kasih Ya Allah. Hanya padaMU ku berserah .... 

* Doa KakYa buat keluarga, sahabat dan juga teman teman di luar sana .. " Moga kalian semua sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT".

Catat Ulasan

5 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.