Oh My PIXY Ultimate Makeup Cake ! Retak Seribu ...

Oh My PIXY Ultimate Makeup Cake ! Retak Seribu ... | Beberapa minggu lepas 16.12.2017 KakYa ada beli bedak Pixy ngan Lazada. Tapi nak jadi cerita tunggu punya tunggu barang KakYa order tak jugak sampai sampai. KakYa dah contact pihak SkyNet dan diaorang inform  ada masalah penghantaran dari pihak SkyNet. Bayangkan la lama tak lama nak boleh sampai  barang kat rumah, dari 17.12.2017 seller dah poskan barang tapi KakYa dapat barang pada 28.12.2017. Ok la takpe la nak buat camne dah kan. Janji dah sampai kat tangan KakYa walaupon lambat namati. Bila barang dah sampai, masa KakYa pegang tu ada cam bunyi bunyi dan KakYa dah syak mesti pecah niiiii !! ..  Bila KakYa bukak jer kotak luar dah berterabur bedak yang dah pecah. Memang tak seperti yang KakYa harapkan. Retak seribuuuu.. Hancur bedak tu wak. Hancur lebur..

Tudiaaaa hancur lebur. Retak seribu. Sama retak ngan perasaan kita masa mula mula buka.

Camno nak pakai kalau dah lagu ni jadinya.. Walau harganya tak sampai pon RM30 tapi bila kita beli, kita harapkan barang yang kita beli  biarla dalam kondisi yang baik. Tapi kalau dah lagu ni jadinya, terkilan la jugak.

Bila dah dapat bedak yang retak seribu tu, mula mula KakYa whatsapp En Hubby dulu bagitau kat dia, dia cam biasa la "Takpe la nak buat camne dah pecah, harga berapa? Order yang lain la". Emmm order lain tu boleh jer yang oi. Habih tu yang ni lagu mana? . Takkan nak baung gitu jer. Nak buat lagu mana, buang jer la kalau dah pecah takle guna nak buat apa lagi.. kata diaaaaa.  Emm senangnya dia cakap huhuhu. Takpe la tengok dulu camne. Lepas whatsapp En Hubby, KakYa terus up gambar bedak Pixy yang retak seribu tu kat facebook. Ada la kawan kawan komen dan salah satu komen yang KakYa terima pakai dari Kak Fiez (rakan blogger), sebab Kak Fiez pernah alami kisah yang sama ngan KakYa. Barang dari Lazada jugak. Jadi KakYa ikut nasihat Kak Fiez suruh call Lazada. 

Call Lazada Untuk Aduan Barang Rosak 

Bila dah berbalas komen ngan Kak Fiez dan dah tahu cara camne nak handle masalah KakYa, apalagi KakYa terus call Lazada nak buat aduan. Dah cakap dengan Lazada diaorang terus hantar satu email untuk KakYa. Alhamdulillah mudah kije KakYa. Diaorang minta snapshots gambar barang yang rosak dan emaikan semula pada diaorang.


Lepas dapat email KakYa terus snapshots gambar dan emailkan pada pihak Lazada time tu jugak. Malas nak panjang citer kalau bertangguh. Sebenarnya Lazada bagi 48 jam masa untuk KakYa email snapshots bedak Pixy tu. Dah email kat diaorang nanti diaorang akan update langkah seterusnya samaada perlu pulang balik barang atau sebaliknya. Tapi kalau nak pulang balik barang jadi leceh la pulak, nak kena balut balik, nak kena pegi Pos Laju lagi jadi cam cerewet la pulak. Tapi takpe apa apa nanti pihak Lazada akan update. Keesokan hari, 29.12.2017 KakYa dah dapat email balasan dari pihak Lazada. Nanti KakYa citer kat entri seterusnya okey. KakYa nak masak masak jap  lagi. Tengahari nanti anak anak balik sekolah nak makan. Jumpa next entri okey. Tq sudi baca kisah KakYa. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. nak tahu juga kesah kakya ni, jangan lupa update tau!

    BalasPadam
  2. alamak luluh hati bila bedak retak seribu macam nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laaa CCL.. Terima lagu ni gak .. mmg sodih laaa

      Padam
  3. dah sampai pecah pulak ya , saya order dekat lazada tak sampai-sampai sedang kan brg tu local punya order dari 12/12 ari tu, email 4x kali bau nak jawab , dia kata brg tu seller tak pos lagi , hurmm kena tunggu lagi lah jawabnya ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak lamanya seller nak pos.. huhuhu lambat lagila nak dapat kalau lagu ni gak..Sabar ya..

      Padam
  4. Hancur sangat tu kak...kalau setakat sikit2 ada maaf lagi..nak tahu juga langkah seterusnya...

    BalasPadam
  5. alahai kesiannya.. takpe mesti boleh tukar atau claim balik duit kita dgn lazada

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.