Cosmoderm BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil : Krim Terbaik Untuk Kulit Wajah

Cosmoderm BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil : Krim Terbaik Untuk Kulit Wajah | Pssttt ! Hai korang, buat pe tu. Meh la sini kejap, KakYa nak bisik bisik  kat korang mengenai satu produk best yang paling KakYa suka pakai sekarang ni. Korang mesti tertanya tanya apa produk best yang KakYa nak citer ni. KakYa tanak bagi korang duk teka teki lelama KakYa terus bagitau kat korang. Takyah main teka teki la. Jeng jeng jeng !! Sekarang ni KakYa pakai Cosmoderm BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil. Haritu KakYa beli online dua botol  RM50 je, sebab masa KakYa beli ada promosi akhir tahun. Jimat sampai RM8.90 satu botol. Sekarang ni harga dah kembali normal RM33.90 untuk satu botol bersaiz 30ml. Kenapa KakYa boleh terjebak dengan BB Cream dari Cosmoderm ni, korang boleh skroll lelaju kat bawah.


BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil

Sebelum KakYa citer panjang lebar, KakYa nak bagitau kat korang dulu, apa itu BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil. Kita cakap pasal ramuan dia dulu. Antara ramuan yang terdapat dalam produk ini adalah minyak tea tree, minyak jojoba, kulit kayu manis dan juga glutathione. BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil 5 dalam 1 ni kan, bertindak sebagai pelembap, bedak asas, tabir suria, kawal minyak dan juga anti-jerawat. 

Banyak betul fungsi BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil ni. Ala.. namapon 5 dalam 1 opkos la banyak fungsinya. Patutla ramai kawan KakYa yang gunakan produk ni duk cakap produk ni memang best sangat. Sebab diaorang duk canang sakanla, KakYa terjebak guna produk ni. BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil di datangkan dengan tiga tona pilihan iaitu Nude, Natural Pink dan juga Natural Badge.  KakYa pilih Nude sebab rasa serasi dengan warna kulit wajah KakYa. BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil sangat sesuai untuk kulit normal dan juga kulit jenis kombinasi. 

Kelebihan BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil

KakYa nak kongsikan juga beberapa kelebihan BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil untuk korang. Antara kelebihannya ialah;

• Mudah digunakan untuk asas mekap atau kemasan tanpa mekap.
• Perlindungan tabir suria sinaran UVA dan UVB yang tahan lama.
• Membantu mengurangkan dan mengawal minyak.
• Berkesan dan selamat untuk digunakan dan dibuat tanpa paraben.
• Halal dan terjamin ramuannya. Untuk pengetahuan  korang semua, produk Cosmoderm adalah dari sumber yang Halal.

Cara Penggunaan BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil

Selepas membersih wajah jangan lupa keringkan wajah dulu baru sapukan BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil dengan menggunakan hujung jari, sapukan pada wajah dan ratakan pada keseluruhan wajah. Dah siap ..


Review KakYa Selepas Penggunaan BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil

KakYa guna BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil sejak bulan November 2017 lagi. Apa yang KakYa boleh kongsikan kat korang mengenai produk ni. Paling best sekali kulit wajah semakin lembap dan cerah. Kulit pon dah kurang berminyak. Kalau dulu bila pakai bedak kat muka, nampak jelas kulit muka KakYa berminyak. Sekarang takde lagi kulit berminyak lepas KakYa gunakan BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil.


Orang cakap walaupon produk Cosmoderm ni berasaskan minyak tapi bila korang pakai, kulit wajah korang takkan berminyak. Yang ni memang kompem KakYa tak tipu. Kulit wajah KakYa pon dah kurang jerawat  halus, lagi best wajah makin bersih dan licin. Parut jerawat pon makin pudar dan hampir hilang dari wajah. Alhamdulillah KakYa sukakan produk ni dan akan kekal setia bersama Cosmoderm. Nanti KakYa review produk Cosmoderm pilihan KakYa yang lain pulak okey. 


Produk Wajib Bawa Bila Keluar Rumah

BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil dah jadi produk wajib bawa kalau KakYa pegi mana mana. Memang best guna BB Cream ni. Lagi senang kerja KakYa bawak satu ni jer kat dalam handbag dah cukup untuk kulit wajah. Hehehehe. Senyum sampai telinga dah ni..



Kat mana Nak Dapatkan Produk Cosmoderm 

Kalau korang berminat nak dapatkan BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil atau tengah cari produk sesuai dengan harga mampu bayar,  korang boleh try Cosmoderm. Produk Halal buatan Malaysia yang sangat bagus untuk kulit orang Asia. Sila layari laman web jualan Cosmoderm untuk pembelian secara online. Tak perlu susah susah nak pegi cari. Klik jer laman web Cosmoderm semua dah ada kat hujung jari korang. Pilih mana satu produk yang korang berkenan, buat bayaran, isi info untuk penghantaran dan tunggu pihak Cosmoderm poskan barang. Mudah dan senang bukan. Kalau time korang beli tu ada SALE, lagi best untung berganda ganda siap dapat free sample lagi.  Nak cantik berseri setiap masa guna la produk Cosmoderm.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. suka pakai masa pergi site, memang terbaik!

    BalasPadam
  2. bb cream cosmoderm ni mmg suka pakai. wangi pulak tu

    BalasPadam
  3. kita dulu pakai warna putih. tak sangka sekarang ada yang baru

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Sy nk tnya, bb cream cosmoderm ni mesra wudhu tak ? Ke perlukan make up remover kalau nk amek wudhu ?

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.