Alhamdulillah Dapat Voucher Ganti Rugi Dari Lazada Malaysia

Alhamdulillah Dapat Voucher Ganti Rugi Dari Lazada Malaysia | Ok petang ni KakYa  nak sambung  balik cerita Oh My PIXY Ultimate Makeup Cake ! Retak Seribu dan apakata Lazada. Haritu lepas KakYa email Lazada dan sertakan snapshots bedak Pixy tu, keesokan harinya 29.12.2017 pihak Lazada buat balasan untuk email KakYa. Alhamdulillah diaorang dah tengok snapshots bedak yang pecah tu makanya apa yang KakYa dapat?. KakYa dapat gantirugi dari pihak Lazada berupa voucher beli belah di Lazada Malaysia. Yeay, syukur dapat voucher beli belah. Voucher tu banyak sikit daripada harga asal bedak Pixy yang KakYa beli. Terima kasih Lazada Malaysia bagi kita voucher.


Mula mula KakYa ingatkan pihak Lazada akan gantikan dengan barang yang sama tapi sebenarnya tak, diaorang bagi voucher untuk ganti rugi. Ok la jugak dari tak dapat apa apa kan?. Untuk bedak Pixy yang pecah tu KakYa tak perlu nak pulang balik sebab kondisi pon teruk benor lepaa diaorang tengok snapshots yang KakYa bagi. Jadi KakYa boleh buang atau simpan jer yang tu. Ingatkan nak buang je bedak Pixy tu tapi bila fikir balik bedak tu boleh dileburkan semua sekali jadikan bedak debu nanti boleh jugak pakai. Niat nak buang tolak tepi. Simpan dulu la mana tahu kot kot nak guna boleh buat bedak debu. Sayang jugak kalau nak buat gitu jer. Walaupon dah pecah gitu.





Adat la kan, bila orang dan memberi kita ucapkanlah terima kasih. Bila KakYa dah dapat voucher ganti rugi dari Lazada Malaysia, KakYa ada email diaorang untuk ucap terima kasih atas sikap prihatin yang di tunjukkan pada pelanggan yang membeli belah di Lazada Malaysia. Seronok bila dapat balasan email dan pihak Lazada ambil perhatian apa yang kita tulis. 



Setakat ni KakYa tak pernah serik beli barang dengan Lazada Malaysia sebab KakYa memang selalu beli barang secara online di Lazada Malaysia sebelum ni tapi tak pernah lagi hadapi masalah gini. First time la ni KakYa kena lagu ni. KakYa ni jenis yang suka membeli kalau ada barang yang KakYa berkenan nak nak beli time SALE, memang KakYa tak lepas peluang beli belah online di Lazada Malaysia. KakYa harap pasni takde lagi masalah barang rosak bila KakYa beli belah lagi. KakYa nak ucapkan terima kasih sekali lagi buat Lazada Malaysia atas keprihatinan mengenai aduan KakYa. Semoga Lazada Malaysia akan terus berkembang maju menjadi sebuah pusat beli belah online terhebat di rantau ini. 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. alhmdulillah dapat juga voucher kan

    BalasPadam
  2. Dulu pernah return pendrive yg dibeli kat lazada. Mrka refund duit.

    BalasPadam
  3. Syukur...terubat sikit rasa sedih kan kak...alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillahhhh tak de la sakit hati sgt kan kek ya huhuuu

    BalasPadam
  5. nasibaik lazada ganti ngan voucher kn

    BalasPadam
  6. mujur cermin dia tak pecah..kalau pecah bedak je boleh jugak calit2 kat muka..kan..kalau cermin pecah buang je la jawab nya

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.