Kids Eco Dash 2.0 2017

Kids Eco Dash 2.0 2017 | Kids Eco Dash adalah acara larian untuk kanak kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun. Acara larian ini disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti luar dan menghargai persekitaran semula jadi di sekeliling mereka. Acara ini pasti akan memberi keseronokan buat anak anak anda. Lya pasti anak anak anda akan merasai sendiri pengalaman berharga sepanjang program berlangsung.



Pendedahan Awal Untuk Kanak Kanak Dalam Menghargai Alam Sekitar

Program sebegini sangat sangat sesuai untuk memberikan pendedahan awal kepada anak anak kita dalam menghargai alam semulajadi. Semoga dengan adanya program seperti ini diharap dapat memupuk minat kanak kanak terhadap alam sekitar di sekeliling mereka. Kalau lah anak anak Lya dapat join sekali pasti seronok.. Tapi kami jauh di Kuantan tak dapat la nak join sama. 

Kids Eco Dash 2.0 2017 bakal disertai kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun dan larian terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

● Caterpillar untuk kanak-kanak berusia empat tahun hingga enam tahun.
● Rabbit untuk kanak kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun.
● Tiger untuk kanak kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

Jom daftarkan anak anak anda sekarang untuk program menarik sempena "Kids Eco Dash 2.0 2017". Program ini akan berlangsung pada 28 Oktober 2017, tinggal 5 hari jer lagi untuk mendaftarkan anak anak anda bagi mengikuti program hebat ini. Apa tunggu lagi, cepat cepat daftar okey.

Pendaftaran Sukarelawan (Ibu Bapa) Sempena Kids Eco Dash 2.0 2017

Bagi ibu bapa yang turut serta bersama anak anak untuk program ini nanti, korang digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan. Penganjur akan memberikan tugas kepada sukarelawan pada hari acara berlangsung. Setiap pendaftaran sukarelawan akan mendapat satu t-shirt dan pendaftaran automatik di bawah program sukarela. Sambil sambil bawak anak anak berlari kita pon boleh turut serta sebagai sukarelawan. Pasti bertambah seronok dan meriah. Bukan selalu dapat join aktiviti seperti ini. Alang alang dah ada program sebegini, elok juga kalau kita sama sama sertai. 

Kids Eco Dash 2.0 2017 Bakal Berlangsung Pada 28 Oktober 2017





Kids Eco Dash 2.0 2017 akan diadakan pada 28 Oktober 2017 bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Nenas Forest Reserved @ Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.


Klik sini untuk pendaftaran :

https://www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017-55

Jangan lupa singgah ke Facebook page Kids Eco Dash untuk mengetahui hebahan terkini mengenai program yang sedang dan bakal berlangsung.

https://www.facebook.com/kidsecodash/

Sama sama kita memupuk minat menghargai alam sekitar untuk anak anak kita. Semoga mereka akan lebih menghargai keindahan alam sekitar selepas terlibat dengan aktiviti seperti ini.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. bw sini...
    salah satu aktiviti berkualiti bersama2 anak... semoga konsisten meluangkan masa dgn anak2 kerana masa anak2 kecik ni x kan berulang, mcm akak nak juga kalau boleh tp weekend hujung2 thn ni penuh dengan majlis meraikan murid f5, AJK tu la AJK ni la... uwaaaaa....

    BalasPadam
  2. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    BalasPadam
  3. Hari tu yang first version diadakan di shah alam. tengok gambar2 kat instagram macam best jer.. kids pun enjoy sangat. rasa mcm nak join, tapi anak saya baru 3 tahun. huhuhu

    BalasPadam
  4. bes lak. tapi ada exam minggu tu. hmm.. x dpt la nak join. huhu

    BalasPadam
  5. Menarik program macam ni. Nina teruja nak daftar nama anak join Larian ni

    BalasPadam
  6. Menarik ni..bagus aktiviti gini.

    BalasPadam
  7. Betul-betul informasi kakya kongsikan tentang eco dash...bagus penganjuran acara macam ini, at least anak muda dari umur kecik2 tu di dedahkan dengan aktiviti positif.

    BalasPadam
  8. bagus ni, ajar anak gaya hidup sihat dari awal.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.