Travel Pack Cosmoderm Teman Setia Seisi Keluarga

Travel Pack Cosmoderm Teman Setia Seisi Keluarga | Mood bercuti masih lagi terasa. Masih lagi teringat ingat Family Day KBBA9 Di The Legend Cherating Beach Resort. Kegembiraan dan keseronokan bersama keluarga dan juga Gang Blogger KBBA9 pastinya satu saat indah yang sukar untuk KekYa lupakan. Terima kasih semua atas ukhuwah yang tak pernah padam antara kita. Korang yamg singgah blog KekYa mesti dah baca citer mengenai kemeriahan Family Day kami kan, arini KekYa nak citer sikit mengenai Travel Pack Cosmoderm yang KekYa guna sepanjang percutian kat The Legend Cherating Beach Resort baru baru ni. 

Travel Pack Cosmoderm pilihan hati KekYa untuk kami sekeluarga. KekYa suka, anak anak suka dan En Hubby pon dah jatuh suka dengan produk terbaik dari Cosmoderm.

Antara produk yang terdapat dalam Travel Pack  Cosmoderm antaranya Vitamin E Cream 3,000iu, Tea Tree Oil Magic Body Lotion, Advanced Moisture Therapy Cream dan juga BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil

Kenapa Memilih Travel Pack Cosmoderm 


Ok kalau tanya KekYa kenapa memilih travel pack Cosmoderm? Jawapan KekYa mudah jer, kat dalam travel pack ni memang dah tersedia semua yang KekYa perlukan untuk penjagaan kulit KekYa sekeluarga sepanjang bercuti. Jadi KekYa tak perlu susah susah nak bawak produk lain lagi. Cukup hanya Travel Pack Cosmoderm sebagai teman istimewa sepanjang percutian kami. Satu lagi yang bestnya mengenai Travel Pack Cosmoderm, ianya didatangkan dalam pek senang bawa. 

KekYa guna semua produk yang ada dalamTravel Pack Cosmoderm sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami di The Legend Cherating Beach Resort dan KekYa sangat sangat berpuas hati dengan semua produk Cosmoderm yang KekYa guna. I LOVE MY SKIN !!

Bukan KekYa jer guna tau, anak anak dan juga En Hubby pon guna sekali. Ya la kan produk Cosmoderm ni memang sesuai untuk seisi keluarga. Boleh jimat tau, beli satu pack dapat guna untuk semua... Terima kasih Cosmoderm.

Korang mesti tertanya tanya, apa fungsi setiap produk yang ada kat dalam Travel Pack Cosmoderm ni kan?.. Meh la dekat sikit KekYa nak citer kat korang satu persatu mengenai kegunaan dan fungsi setiap produk. Nanti korang dah tau apa kegunaan dan fungsi produk ni, korang boleh la cuba Travel Pack Cosmoderm. Dah cuba jangan lupa tau bagi feedback korang kat facebook page Cosmoderm. Hehehehe .. KekYa bagi 5 bintang tau untuk Travel Pack Cosmoderm sebab KekYa suka semua produk ni. Lepas ni KekYa akan kekal bersama Cosmoderm, insyaallah ..

Vitamin E Cream 3,000iu


Vitamin E Cream 3,000iu (50ML)
- Melembapkan kulit wajah yang kering

Dwi Tindakan Vitamin E krim dengan Minyak Rose E kaya dengan anti oksidan bertindak secara efektif menangani :
- Parut pembedahan
- Parut jerawat
- Rekahan kulit
- Selar matahari
- Tona kulit tidak sekata
- Kulit kering
- Kedutan pra matang

Masa kami bercuti baru baru ni, cuaca sangat panas. Kulit KekYa ni jenis kulit kering, bila selalu sangat duk berjemur bawah matahari tona kulit KekYa jadi tak sekata. Mula la rasa tak selesa. Tapi dengan Vitamin E Cream 3,000iu semua masalah KekYa dapat diatasi. KekYa guna Vitamin E Cream 3,000iu ni waktu sukaneka kat tepi pantai. Kulit yamg kering nampak lempab bila guna Vitamin E Cream 3,000iu. KekYa rasa produk ni patut ada kalau korang nak travel kat kawasan yang panas atau kalau korang nak bercuti kat kawasan pantai. Memang sesuai sangat korang bawak Vitamin E Cream 3,000iu. 

Tea Tree Oil Magic Body Lotion


Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ML)
- Memberikan kesegaran dan meredakan kegatalan kulit akibat cuaca panas, kering atau dingin.
- Memberi kesan sejuk kepada kerengsaan kulit dan ketidakselesaan.
- Menyejukkan dan melegakan kulit tanpa kulit mengelupas.
- Membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan juga bakteria.
- Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua
- Boleh guna sebagai deodoran juga. Bau anti-badan dengan deodoran semula jadi

Bagi KekYa selepas menggunakan Tea Tree Oil Magic Body Lotion, satu yang KekYa perasan mengenai produk ni ianya tidak melekit dan lembut pada kulit. Lepas guna kulit rasa sejuk jer. Akif, anak bongsu KekYa dia punya kulit sensitif sikit.. mudah gatal gatal kalau cuaca panas. Bila KekYa sapu Tea Tree Oil Magic Body Lotion, dia cakap OK best takde laa mengaru garu badan sebab gatal. Sejuk katanya lepas sapu. Kira ok la untuk kulit gatal gatal kalau sapu Tea Tree Oil Magic Body Lotion ni. Berapa bintang KekYa nak bagi untuk Tea Tree Oil Magic Body Lotion .. KekYa bagi 5 bintang. 

Advanced Moisture Therapy Cream


Advanced Moisture Therapy Cream (50ML)
- Memulihkan tumit kaki yang merekah dan meredakan kepedihan akibat rekahan.
- Melembap dan melembutkan kulit kasar dan keras.
- Krim yang pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak.

Advanced Moisture Therapy Cream ni KekYa gunakan pada tangan dan juga tumit kaki. KekYa suka la produk Cosmoderm yang ni sebab masa percutian baru baru ni kami sekeluarga banyak aktiviti bermain air di kolam dan juga bermain di pantai. Tumit kaki merekah la jugak sebab sekejap duk kat panas sekejap masuk kat dalam air.. pastu masa jalan jalan kat kolam renang takde pakai selipar, kaki anak anak sensitif sikit. Jadi KekYa sapukan Advanced Moisture Therapy Cream kat tapak kaki diaorang bagi selesa. Krim ni tak berminyak tau. Jadi korang tak perlu risau kaki melekit masa berjalan. Takde melekit punya. 

BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil


BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil
- Bertindak sebagai pelembap, bedak asas, tabir suria, kawal minyak dan juga anti-jerawat.
- Mudah diguna untuk asas mekap atau kemasan tanpa mekap.
- Perlindungan tabir suria sinaran UVA dan UVB yang tahan lama.
- Membantu mengurangkan dan mengawal minyak.

BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil sangat sesuai digunakan untuk aktiviti luar. Sebelum memulakan aktiviti sukaneka kat tengah panas di kawasan pantai KekYa pakai dulu kat muka. Haa aaa nanti kalau tak pakai terbakar muka tu kena sinaran matahari. Tak pasal pasal kulit muka menggelupas nanti. Memang best guna BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil sebab ianya melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dan tahan lebih lama. 

Selain Travel Pack Cosmoderm, sepanjang percutian kami, KekYa turut menggunakan satu lagi produk Cosmoderm untuk mandian kami satu keluarga. KekYa gunakan Tea Tree Oil Shower Gel. Anak anak KekYa sangat sukakan mandian Tea Tree Oil Shower Gel. 

Tea Tree Oil Shower Gel



Anak anak KekYa sangat sukakan mandian Tea Tree Oil Shower Gel. Tea Tree Oil Shower Gel ni sangat lembut dan tidak merosakkan kulit. Sesuai sangat untuk seisi keluarga.  Bau gel mandian ni sangat harum dan cukup menyegarkan lepas guna. Rasa segar jer tubuh lepas mandi menggunakan Tea Tree Oil Shower Gel. Ni nak bagitau jugak ni Tea Tree Oil Shower Gel untuk sental sental kat badan jer tau bukan syampoo ya. Jangan salah letak atas kepala macam anak KekYa sudah la. Dia main letak jer kat kepala tak baca dulu. Ingatkan syampoo katanya. Hahahaha macam macam la diaorang ni.

Cosmoderm Di Perakui Halal Oleh JAKIM

Untuk korang yang nak dapatkan produk Cosmoderm terutama Travel Pack Cosmoderm macam KekYa guna sekarang ni, tak perlu bimbang atau was was nak.guna produk Cosmoderm. Ini kerana produk Cosmoderm diperakui Halal oleh JAKIM dan semua produk Cosmoderm tidak diuji pada haiwan.


COSMODERM .. I LOVE MY SKIN 

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Cosmoderm, korang boleh klik link yang KekYa sertakan kat bawah :
 
Website : http://www.cosmoderm.com.my
Facebook : https://m.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Best travel set ni, semua cukup lengkap. Tak perlu nak bwk barang² penjagaan yg lain dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mas.. mmg terbaik sebab lengkap semua ada.. takyah susah2 nak bawak banyak2 barang..

      Padam
  2. yeahhhh.. Nurul pun pengguna setia cosmoderm ni.. memang best sangat.. dan Nurul pun merupakan pengedar cosmoderm ^^

    ig : @cosmoderm.my

    BalasPadam
  3. CCL pun pengguna cosmoderm tea tree . Setakat sekarang pakai so far skin masih ok ..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.