Hadiah Hari Lahir Untuk Iman

Hadiah Hari Lahir Untuk Iman | Alhamdulillah syukur pada Allah dengan limpah kurnianya rezeki buat kami sekeluarga dapat juga Umi dengan abah belikan hadiah buat Iman. Kalau ikutkan dia, semua dia tak nak .. Cukup dengan ucapan, tapi rasa cam tak adil la untuk dia. Masa beday Akif Umi abah beli hadiah, jadi masa beday dia  Umi abah nak jugak carikan hadiah untuk dia. TAPI ... nak beli apa ya ? Duk fikir fikir la jugak nak beli apa untul beday Iman kali ni..

Semalam lepas hantar Iman dan Akif training bola KekYa dan En Hubby terus ke bandar Kemaman. Hajat hati nak cari hadiah buat Iman. Duk fikir jugak laa nak bagi hadiah apa untuk anak Umi ni. Fikir fikir En Hubby stop kereta kat depan Al Ikhsan. Huhhh kalau dah parking kat depan ni memang sah sah laa nak beli hadiah kat Al Ikhsan.... Masuk jer terus naik tingkat atas, nak cari apa ? Cari bola jer la sebijik. Ha aaa kan cari bola jer laa dah anak kita minat sangat main bola. Ok misi mencari.. susah jugak laa sebab banyak pilihan dan warna, jadi rambang mata dah nak yang mana satu. Kejap ambik biru, kejap ambik hijau pastu hitam. Last last jumpa jugak yang Umi abah berkenan. Tadaaaaa takle tengok surprise !!!  Jap lagi kita bukak hahaha..

Sebenarnya Dia Terkejut La Jugak 

Lepas ambik Iman ngan Akif balik dari training bola, masuk jer dalam kereta, Akif sibuk dah duk tanya takde hadiah ke untuk abang Iman. Abah cakap nak hadiah, sambil hukur durian crepe untuk Iman. Abah belikan durian crepe jugak sebenarnya untuk Iman. Dia sangat sangat suka makan durian crepe. Tak pandang lain dah bila duk mengadap durian .. Sampai jer kat pagar rumah abah keluarkan hadiah dia dari bonet kereta. Bila abah bawak keluar, Akif yang sibuk teka.. Dan tekaan dia yang perrtama memang betul. Abah dengan Umi beli bola eaaaa untuk abang Iman? Fuhhh dia ni kan memang tau tau jer .. 

Muka budak gembira dapat hadiah beday.. Selamat hari lahir Iman. 

Excited lebih pulak dak kecik tu dapat teka dengan tepat .. Pastu duk buat mesyuarat tingkap kat depan pagar umah orang laa pulak.. Masuk masuk dah nak maghrib dah ..

Alhamdulillah Dia Suka

Bila abah dia tanya, suka tak dapat hadiah. Opkoss laa dia suka. Senyum jer memanjang hingga ke telinga duk senyum senyum. Dia memang suka bola. Jadi bila dapat sebijik bola memang pegang tak lepas laaa jawapnya.. Seronok la dapat bola baru. Kalau sebelum ni Umi abah beli bola untuk beday Akif, kali ni Umi abah beli untuk beday Iman la pulak. 

Marila mari kita bergambar dulu dengan hadiah beday .. 1 2 3 senyummmmmm ..

Umi abah doakan Iman berjaya jadi pemain bila sepak berjaya satu masa nanti .. Aamin aamin ..

Dak kecik tu pon nak tumpang posing sekali.. Siap bawak keluar bola dia jugak ..

Ok last last last sebelum diaorang pegi mandi. Hadiah dah dapat apalagi main bola rajin rajin pasni okey. Akhir ayat dari Umi, Umi doakan Iman dan Akif terus berjaya dunia akhirat.. Aamin aamin ..

Nak jadi pemain bola sepak berjaya.. banyak liku liku yang anak anak Umi kena lalui. Teruskan usaha hingga berjaya okey . Anak anak Umi boleh. Yakin Boleh !!



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. suka la dia hehe. kne jaga elok2 bola nya. adik faa ada mak belikan bola juga, main ramai2 smua suka. bila masuk longkang ke tersasar ke tmpt jauh ke, semua lari xnk tolong. adik je terkial2 gi kutip sendiri haha kesian

    p/s : Hi! Salam kenal <3 blogwalking sini

    -Farah Dafri-
    www.farahdafri.com

    BalasPadam
  2. Happy belated besday iman .. ameen semoga iman jadi pemain bola sepak pro nnt

    BalasPadam
  3. Alahaiii... Seronok dapat hadiah eak...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.