Family Day KBBA9 Di The Legend Cherating Beach Resort

Family Day KBBA9 Di The Legend Cherating Beach Resort | KBBA9 buat Family Day lagi la. Kali ni kami berkampung selama 3hari 2malam di The Legend Cherating Beach Resort Pahang. Program kali ni telah disertai lebih kurang 30 blogger dan juga family masing masing. Alhamdulillah, KekYa dan family dapat join Family Day untuk kali ni. Family day ketiga yang KekYa join sejak menyertai keluarga besar KBBA9. Anak anak KekYa masa mula mula tahu mengenai Family Day KBBA9 akan diadakan kat The Legend Cherating Beach Resort, memang seronok sakan laa diaorang. Al maklum la diaorang ni kalau bercuti kat tempat yang ada kolam renang memang diaorang teruja lebih. Teruja nak mandi manda.. Suka sangat mandi kolam ... Memang senyum sampai ke telinga la diaorang bila sebut jer kolam renang. 


Mula mula tiba kat The Legend petang semalam aktiviti wajib KekYa... Opkoss la bergambar kat mercu tanda The Legend dulu .. Ni haaa gigih tau KekYa berenti tengah tengah panas sebab nak bergambar. Masa tu ada bas berenti kat seberang jalan. KekYa buat muka selamba jer tangkap gambar anak anak pastu dah dapat gambar cun terus masuk kereta. Buat buat tak nampak jer orang yang kat dalam bas duk pandang pandang hahahaha ...



Dah selamat sampai terus ke kaunter checkin dulu. Taraa dah dapat kunci bilik, tingkat empat. Sebelum masuk bilik lepak makan makan dengan beberapa rakan blogger yang dah sampai dulu.. Kenal kenal diri dengan blogger blogger yang belum pernah jumpa. First time jumpa Tati, Min dan jugak Azura. Mereka antara yang tiba awal kat sini. Dah kenal kenal mesra, KekYa dan family layan makan mee goreng dan jugak cucur udang. Akif cakap cucur udang kat sini sedap. Siap bertambah makan cucur udang. Dah siap makan terus masuk bilik.  



Bilik KekYa kat tingkat 4. Apalagi masa untuk heret beg .. Heret jangan tak heret. Sampai dah depan pintu, nah kita bergambo lagi anak anak.. Anak anak KekYa ni menurut perintah jer. Alhamdulillah mudah koje Umi takyah nak suruh suruh beria. Hehehe 1 2 3 senyummmmmmmm. Tangkap gambar dulu kat depan pintu bilik kami. 


Siap kemas diri terus solat asar. Dah siap solat bawak anak anak turun mandi kolam. Part paling best la untuk diaorang. Mandi manda ler. Layannnnn jer la. Umi dengan abah pon join mandi sekali. Sesekali berendam dalam kolam best jugak.. Al maklum laa rumah kita takde kolam hahahaha .. Kita enjoyyyy .. Moh ler kita berendam dan mandi manda ya anak anak..





Ok laa banyak lagi KekYa nak citer ni, tapi sekarang ni KekYa sarapan dulu... KekYa sambung esok jer la ya .. Jumpa lagi. Tq tau sudi singgah blog KekYa sambil sambil layan bebelan KekYa. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. wah bestnya.. besar-besaran family day kbba

    BalasPadam
  2. kak lya, syok kan..best kak jado teman p tgk anak penyu

    BalasPadam
  3. Seronok sangat kan family day KBBA9 kat Legend Resort, Cherating ni..

    BalasPadam
  4. Seronok Family day KBBA9 tahun ni...
    Enjoy!
    Legend Cherating best..!!

    BalasPadam
  5. Awal2 dah tengok kak lya kuak lentang , tp best lah kak lya pndai berenang huu

    BalasPadam
  6. Family Day paling best, banyak aktiviti menarik!

    BalasPadam
  7. seronoknyaaaa main air air kat lagend cherating

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.