Cerita Balik Kampung Di Bulan Ramadhan

Cerita Balik Kampung Di Bulan Ramadhan | Hari jumaat baru baru ni KekYa satu family balik kampung. Hajatnya nak berbuka bersama adik beradik belah KekYa dan jugak belah En Hubby kat kampung. Alhamdulillah dipermudahkan urusan KekYa sekeluarga balik kampung kali ni. KekYa bertolak balik dari Kuantan jam 3 petang lebih kurang. Selamat sampai kat kampung dalam pukul 6.50 petang. Lewat sikit dari perancangan asal sebab hujan lebat kat Bandar Kuala Terengganu dan sesi singgah menyinggah beli kuih muih dan juga juadah untuk berbuka.

Cerita rumah mak ayah KekYa .. Balik kampung dapat jumpa mak ayah dan jugak berbuka bersama adik beradik alhamdulillah seronok sangat sangat KekYa rasa. TAPI salah sorang adik KekYa yang kat KL tak dapat join huhuhu sebab tak dapat cuti .. Makanya yang ada hanya lapan orang jer. Campur dengan isteri dan suami serta anak masing masing, penuh laa satu dapur rumah mak ayah. Gamat suasana berbuka puasa dengan juadah yang pelbagai ... Al maklum la bila dah ramai macam macam ragam la jawapnya. Meriah sungguh berbuka ramai ramai jumaat lepas. Seronok sangat sangat bila sapat berkumpul semua sekali .. Dek kerana seronok sangat dapat jumpa mak ayah adik beradik, lupa dah nak tangkap gambar juadah berbuka petang tu. Al maklum laa bukan selalu dapat kumpul ramai ramai. Mak ayah lagi la seronok dapat jumpa anak menantu dan jugak cucu.. Lupa sekejap bab bab sedih bila nampak muka anak menantu dan cucu balik bukak puasa. Tacingg sungguh rasa cam nak nangis jer, takle tahan laa bila tengok mak berendam air mata gembira bila anak anak ada depan mata. Kecuali anak no 8 yang takde, sebab tak dapat balik. Tapi tak jadi masalah, whatsapp penghubung setiap masa.. tak cukup chatting .. kita video call .. Meriahnya terasa.. Alhamdulillah syukur pada Allah, dengan keluarga bahagia yang Allah bagi untuk kami. Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke syurga .. Aaamin aamin .. 

Tetiba rasa cam sedih jer duk karang entri ni. KekYa rasa tak boleh nak teruskan bercerita part lain lain dah. KekYa stop sini dulu nanti ada masa KekYa sambung lagi .. Tetiba RINDU BERTANDANG ..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bila masing-masing dah berkeluarga,ada komitmen masing-masing,sesekali dapat berkumpul sangat indah..manis untuk dikenang.

    BalasPadam
  2. Sekali sekala dapat berbuka ramai ramai memang best kan kak Lya :)

    BalasPadam
  3. Manaa laa kampung dia agaknya ya.. kate balik nak mari rumoh... #oklaaariii

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.