Dia Bukan Perompak Dia Pekerja UGS Network Service ( M) Sdn Bhd

Dia Bukan Perompak Dia Pekerja UGS Network (M) Sdn Bhd | Semalam kat group WhatsApp ramai yang share gambar seorang lelaki yang konon kononnya perompak menyamar sebagai pekerja PETRONAS dan memakai baju seragam PETRONAS .. Datang rumah orang konon konon nak check kepala gas pastu bila dah buka pintu dia samun orang tu.. Yang tukang share pulak siap bagi VOICE NOTE lagi tu.. Minta tolong sebarkan pada orang ramai.Macam dah sah benda yang di SHARE kat group WhatsApp tu SAHIH dan DIPERKAUI  la kekononnya..

Ni gambar yang Lya dapat dari beberapa group WhatsApp sejak semalam ... Bukan satu dua group.. tiga empat lima enam group duk share benda yang sama..


Mula mula tengok gambar tu kan..Lya terkejut la jugak.. Macam kenal jer baju seragam yang "Lelaki Di Tuduh Perompak" dalam gambar tu .. Ya memang Lya pernah nampak baju seragam tu dan memang dah kenal sangat laa.. Tu bukan baju PETRONAS tapi lebih kurang macam baju PETRONAS.

Untuk lebih kepastian Lya WhatsApp adik Lya bertanyakan tentang seragam kerja UGS Network Service (M) Sdn Bhd sebab dia salah seorang pengurus jualan dan pemasaran kat UGS Network Service (M) Sdn Bhd. Setelah sesi soal siasat dengan si adik ni memang SAH itu adalah seragam kerja UGS Network Service (M) Sdn Bhd dan adik Lya pon dah sahkan lelaki dalam gambar tu adalah salah seorang pekerja di syarikat UGS Network Service (M) Sdn Bhd Cawangan Sabah bukannya perompak.Sah dan memang Sahih dia bukan perompak..Dia pekerja syarikat UGS Network Service (M) Sdn Bhd yang datang mempromosikan kepala gas dari rumah ke rumah.. Kesian dia, cari rezeki halal untuk keluarga pastu di tuduh pula sebagai perompak.. Apa dosa dia hinggakan di tuduh dan di viralkan sedemikian rupa.. Dia ialah Muhd Diya Zulkanain berusia 41 tahun.Dia bukan perompak,tapi dia seorang insan yang mencari rezeki halal di bumi Allah SWT ini.

Kisah Muhd Diya Zulkanain ini telah di muat naik di laman sosial mynewshub beserta dengan surat laporan polis dan juga surat akuan jualan langsung dari syarikat UGS Network Service (M) Sdn Bhd . Ok Lya kongsikan kat sini laporan polis dan juga surat akuan jualan syarikat UGS Network (M) Sdn Bhd yang Lya dapat dari laman sesawang MyNewsHub ..


Dia Bukan Perompak Dia Pekerja UGS Network Service ( M) Sdn Bhd  , Pekerja UGS Network Service (M) Sdn Bhd , UGS Network , Blogger , AkifImtiyazDotCom , Pakain Seragam UGS Network (M) Sdn Bhd , Viral Pekerja UGS Network , Viral  Perompak Pekerja UGS
Sumber gambar : MyNewsHub


Dia Bukan Perompak Dia Pekerja UGS Network Service ( M) Sdn Bhd  , Pekerja UGS Network Service (M) Sdn Bhd , UGS Network , Blogger , AkifImtiyazDotCom , Pakain Seragam UGS Network (M) Sdn Bhd , Viral Pekerja UGS Network , Viral  Perompak Pekerja UGS
Sumber gambar : MyNewsHub

Untuk pengetahuan korang,ini bukan kali pertama pekerja UGS Network (M) Sdn Bhd di fitnah sewaktu menjalankan tugas..Sebelum ni dah ada kes viral pekerja UGS Network (M) Sdn Bhd dan kes tersebut telah berjaya diselesaikan..

Dia Bukan Perompak Dia Pekerja UGS Network Service ( M) Sdn Bhd  , Pekerja UGS Network Service (M) Sdn Bhd , UGS Network , Blogger , AkifImtiyazDotCom , Pakain Seragam UGS Network (M) Sdn Bhd , Viral Pekerja UGS Network , Viral  Perompak Pekerja UGS


Dia Bukan Perompak Dia Pekerja UGS Network Service ( M) Sdn Bhd  , Pekerja UGS Network Service (M) Sdn Bhd , UGS Network , Blogger , AkifImtiyazDotCom , Pakain Seragam UGS Network (M) Sdn Bhd , Viral Pekerja UGS Network , Viral  Perompak Pekerja UGS


Semoga perkara ini akan menjadi iktibar buat kita semua.. Jangan kongsikan sesuatu yang tidak benar di laman sosial kerana ianya membawa lebih banyak keburukan...Jauhkan diri kita untuk berkongsi sesuatu yang TIDAK BENAR, kelak buruk akibatnya.. Berpada pada dalam menggunakan media sosial yang ada.. Jangan jadikan media sosial tempat untuk kita berkongsi sesuatu yang belum SAHIH.. Peringatan untuk saya dan juga anda...

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. zaman sekarang ni susah kan? semua benda nak viral, benda salah pun di viralkan..kesian ke orang..bagus kak lya bagi tahu gini, sekurangnya diorang tahu, ada juga orang yang sebarkan benda betul..by the way cantik blog kak lya, bila tukar? cek lama tak datang singgah sini..hehe

    BalasPadam
  2. bahaya betul sekarang ni. semua benda nak diviralkan. Fitnah makin berleluasa. Sebelum nak share sesuatu benda tu kena pastikan dia punya kesahihan dulu kan?

    BalasPadam
  3. Betul..kadang2 dapat info mcm ni yang di sebarkan dari group whatsapp atau social media. sebelum nak share, check dulu..kalau was2, tak perlu nak aibkan orang lain..kesian yang jadi mangsa tu..faham, sekarang ni macam2 kes berlaku..nak berhati-hati tapi waspada juga sebelum menyebarkan sebarang maklumat..takut mengaibkan orang..

    BalasPadam
  4. Lahai kesiannya.. Cari rezeki halal tapi disalah tafsir pulak... Moga dia dilimpahkan rezeki yang halal lepas ni...

    BalasPadam
  5. aduhai.. ni la xsiasat dlu sblm sebar. mohon sekolahkan org yg suka viral2 ni, nak sgt jadi pyiasat xbtauliah..

    BalasPadam
  6. Zaman sekarang macam-macam perkara yang berlaku, kita tak boleh nak salahkan orang untuk takut dan curiga, kalau betul dia pekerja ugs takpe, tapi kalau dia perompak macam mana, patutnya orang awam perlu di didik cara untuk mengenal pasti identiti individu yang bekerja rumah ke rumah ni

    BalasPadam
  7. Maaf saya tak akan benarkan dia masuk. Banyak sangat kes penyamaran. Tentang fitnah tu saya tak mau komen.

    BalasPadam
  8. Tak kira la dia menyamar ke, nk promosi ke, mana boleh masuk rumah org sesuka hati. Banyak cara lgi boleh promosi barg, dtg rumah Sy memang kena halau.. Zaman skrg lebih baik bersangka buruk dlu sebagai langkah berhati hati

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.