Inisiatif Inisiatif Untuk Membeli Rumah Pertama Anda | Dengan keadaan ekonomi semasa dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, para belia negara mesti merasa tertekan untuk membeli rumah pertama mereka. Rasa takut meningkat dek kerana gusar jika dinafikan pihak Bank bila ingin membuat pinjaman dan sesi PropertyGuru property for sale menunjukkan harga hartanah meningkat mendadak. Para belia masih mampu untuk membeli rumah pertama dengan pelbagai inisiatif daripada kerajaan yang ingin merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah pertama.
PR1MA
Rancangan inisiatif ini adalah untuk menyediakan rumah mampu milik dengan harga pemulaan serendah RM198, 000,kecuali unit rumah di Lembah Klang yang akan bermula dari RM255, 000. Untuk melayakkan diri, anda mestilah seorang warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan perseorangan atau isi rumah (suami dan isteri) sebanyak RM2,500 – RM10,000. Anda juga hendaklah mendaftarkan akaun di laman web PR1MA sebelum mencabut undi. Proses pengundian akan dijalankan dan jika anda berjaya anda boleh pilih cara pembiayaan pilihan anda.
Dari segi pembiayaan ada, inisiatif ini menawarkan PR1MA HOPE Home Assistance Programme, yang menawarkan penyelesaian kewangan sama ada melalui pembiayaan akhir, menyewa dengan skim sendiri atau The Care oleh skim PR1MA sendiri. Semak pilihan pembiayaan yang terperinci di sini.
PR1MA kini mempunyai 65,000 unit dalam pembinaan dan akan melancarkan 240,000 unit rumah mampu milik pada akhir tahun “Ekspo Rumah PR1MA” yang dilancarkan di seluruh negara juga akan berterusan dan akan mempamirkan semua pembangunan PR1MA. Turut diadakan adalah sesi cabutan undi dan pemilihan unit. Bakal pembeli yang berkelayan juga boleh mendaftar untuk sebuah unit di ekspo itu.
Skim MYHOME
Skim ini menyediakan subsidi sehinga RM 30,000 untuk pembeli rumah pertama bila mereka membeli hartanah kos rendah atau sederhana. Jikan anda ialah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan pembeli rumah pertama dengan pendapatan di antara RM3,000 – RM6,000 , maka anda layak untuk skim ini. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana subsidi ini berfungsi dan julat harga hartanah yang dibenarkan di Kuala Lumpur.
Anda boleh memohon untuk Skim MyHome secara atas talian melalui laman web atau anda juga boleh dapatkan borang di pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.
Skim My First Home
Skim ini membantu golongan belia yang berpendapatan tidak lebih dari RM 5,000 sebulan atau RM 10,000 sebulan untuk pemohon bersama dalam merealisasikan impian rumah pertama mereka. Pemohon juga perlulah berusia 40 tahun ke bawah dan mereka juga akan dikenakan 10- tahun moratorium bagi menghalang mereka dari menjual semula atau memindah milik hartanah itu melainkan kepada waris terdekat.
Tambahan pula, nilai hartanah yang ingin dibeli mestilah di antara RM100,000 – RM500,000. Skim ini membolehkan golongan belia menikmati pembiayaan kewangan sehingga 100%, jadi mereka tak perlu risau tentang 10% bayaran pendahuluan.
Skim ini adalah untuk mereka yang bekerja di sektor swasta dan permohonan boleh dilakukan di mana-mana cawangan bank yang turut serta. Untuk melihat senarai Bank yang turut serta, sila layari pautan ini.
Skim Youth Housing
Skim ini adalah hasil kerjasama di antara BSN dan kerajaan istimewa untuk golongan belia yang sudah berkahwin dan berusia di antara 25 – 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan. BSN akan menyediakan pinjaman dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun untuk golongan belia yang sudah berkahwin yang juga pembeli rumah pertama. Pemohon juga mestilah pemegang akaun BSN GIRO atau GIRO Tambahan pula, kerajaan juga akan memberikan 50% pengecualian duti setem untuk perjanjian pinjaman. Pemohon yang berjaya akan layak untuk mendapat pinjaman 100% sama dengan nilai rumah dengan tambahan 5% dari harga pembelian untuk insuran (MRTA).
Kerajaan juga akan memberikan bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama bagi meringankan beban pembeli. Namun begitu, skim ini bergerak berdasarkan @siapa cepat dia dapat kerana ia hanya terhad untuk 20’000 pembeli atau untuk 2 tahun, atau yang mana dahulu.
Rumah Selangorku
Skim ini adalah untuk mereka yang ingin membeli rumah di kawasan sekitar Selangor. Skim Rumah Selangorku adalah satu usaha daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk membantu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan dari RM 3,000 ke RM 8,000 memiliki rumah pertama mereka.
Hartanah yang tersedia adalah dari kos rendah ke sederhana dan tidak melebihi RM250,000, menjadikan ia skim yang ideal untuk pemilik rumah yang baru dan juga golongan belia yang bekerja yang ingin memiliki rumah di Selangor. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web mereka.
6 Ulasan
sangat bermanfaat entri ni
BalasPadambanyak bantuan disediakan kan
BalasPadambetul sekarang ni byk je skim kerajaan beri untuk golongan mcm kami...apa yg perlu grab lah peluang selagi ada...jgn lupa rajin buat saving selalu
BalasPadamHarap dapatlah PR1MA nanti..dah apply huhu
BalasPadaminfo menarik..
BalasPadamnice share.. nk kna mula pikir dah ni pasal rumah..
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.