Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini ?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,Sudahkah anda bersedekah pada hari Jumaat yang mulia ini? Jangan sesekali kita mensia-siakan peluang menjemput rezeki yang sangat mudah ini. Janji Allah kepada orang-orang yang suka bersedekah sangat benar.Lya dan MVM ingin kongsikan pengalaman Tuan Mohd Zulkifli di bawah ini.. 



" Memang setiap kali bersedekah saya masih berkira-kira yang duit saya semakin berkurangan, tapi saya yakinkan diri, setiap 1 yang kita sedekahkan, sekurang-kurangnya 10 kali ganda Allah ganti balik. Itu pasti. Syaratnya kena yakin dan berusaha. Alhamdulillah, janji Allah itu sangat benar. Bila bersedekah, pasti ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang…" - Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, Akauntan & Usahawan

In sha Allah, MVM memberikan peluang untuk anda menyumbang & sedekah melalui kempen-kempen yang dijalankan oleh Muslim Volunteer Malaysia - MVM

Sumbangan/deposit ke boleh dibuat ke akaun berikut:

➳Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
➳Maybank 56480 164 7699
➳CIMB Islamik 8602 5378 07

Catat Komen

3 Ulasan

  1. terima kasih atas ingatan ini lia

    BalasPadam
  2. "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima" insyaAllah kalau kita bersedekah rezeki yang dapat berlipat ganda :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.