Jalan Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu

Jalan Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu | Balik kampung baru baru ni Lya dan en hubby manfaatkan cuti yang ada berjalan jalan bersama anak anak.Anak anak suka umi abah gembira.Kami sempat buat road tour ke Kampung Cina dan jalan jalan kat Lorong Warisan Dunia Kampung Cina kat bandar Kuala Terengganu.Kat sini ada pelbagai nama lorong antaranya Lorong Penyu, Kenangan Payang,Warisan Dunia,Mesra Alam, Eko,Tau Kay Wee Sin Hee serta Haji Awang Besar.Setiap lorong menampilkan mural,ukiran serta karya seni berkonsep tiga dimensi 3D yang berbeza-beza pada dinding yang pasti menarik minat korang nak bergambar kat sini..



Kalau korang nak tahu Kampung Cina terletak berhampiran dengan Pasar Payang dan berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia.Bestnya jalan jalan kat Lorong Warisan Dunia Kampung Cina ni,kita boleh tangkap gambar gambar mural menarik yang dilukis pada dinding bangunan.Macam macam ada kat dinding tu..Sangat cantik dan menarik minat anak anak untuk bergambar.Paling suka bergambar kat lukisan pada dinding ni,Abang Iman laa..Dia memang suka lukisan dan sangat suka melukis doodle.Tapi kami tak sempat nak menjelajah semua lorong pada haritu sebab anak anak dah penat berjalan..




Posing atas vespa..Ha aaa comel jer vespa tu lau nampak dari jauh tapi sebenarnya dah tak berapa comel bila tengok dekat sebab dah terkopak bahagian kusyen huhuhu..


Doodle..Dia suka sangat ngan doodle doodle ni..Sekarang dia suka jugak duk saja saja kat bilik lukis doodle..


Layan jer sebab dia minat benda benda gini..


Hahahaha macam ni pon boley laaa..


Ni sorang lagi..Suka gak bab bab tiru gaya bergambar..


Alohaaa naper tarik kaki dia..Kesian kat penyu tuu...cepattt lepaskann !!!


Baru nampak si kecik tuuu..Orang lain seronok duk bergambar dia sibuk main main..


Hai .. boleh masuk sorang..buat pe tuuu..


Lepak kejap kat sini sambil tunggu kakak hidangkan tea o ..


Ha aa tenggelam ngan warna merah..

Kau kunci cintaku..di dalam hatimu..Ha aaa kunci laa kunci laaa...


Posing sini pulak ngan mangga mangga yang pelbagai warna..Lagi banyak lagi meriah..

Abang Iman pon nak posing jugak..


Kat sini pon boleh laa..Nak masuk tak boleh pondok telefon berkunci.. 

Lesung sapa laa tuuu...Posing jap ..

Dia tertarik sangat dengan basikal tua ni..Sekejap sekejap dia pergi tekan loceng basikal tu..


 
Atas batu pon jadi kalau dah suka bergambar..


Beca roda tiga..Meriahnya beca dia !!

Daa abih daa citer kita kat Lorong Warisan Kampung Cina Kuala Terengganu..Nanti korang boleh la singgah sini kalau datang Terengganu..

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Seronok bila dapat amik gambar kat tempat-tempat macam nie..
    Kreatif kan mereka yang melukis nie..

    BalasPadam
  2. Tak sangka terengganu ada tempat menarik dan cantik ni.. Nanti kena pergi jugak ni.. hehehe

    BalasPadam
  3. ada kat ganu ke?? baru tahu aritu pi tak tahu pulak wujud tmapt ni

    BalasPadam
  4. di kelantan pun ada lukisan 3D ni tapi xpernah pegi lagi

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.