Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Rojak Betik
Rojak Betik..Rojak betik boleh dikategorikan sebagai makanan orang negeri Terengganu.Hanya orang Terengganu saja yang tahu apa keistimewaan Rojak Betik dan bagaimana nak menterjemahkan rasa daripada kesedapan Rojak Betik.Lama sungguh aku tak makan rojak betik Terengganu.Bukan sebab tak ada tapi susah nak jumpa.Baru baru ni mak mertua aku datang dari kampung dan dapatla aku merasa makan rojak betik yang mak mertua aku buat.Ooooo Sedapnya...Tak terkata sedapnya.Sampaikan aku tak pandang kiri kanan dah...masa duk makan..Mak mertua pon aku tak pendang..Aku pandang rojak betik tu jer laaaa..Hahahaha menantu hantu betul kan aku ni..Kikikiki..Sorry ma..lama sangat dok makang ni..Dok sedor kabor doh...Layan rojak betik,..
Ni ler rupa rojak betik mak mertua aku tuu...Kuah dia tuuu..Aduhai kalau nak citer tak reti nak citer lagu mana..Sedap lazat secukup rasa laaa orang kata...
Resepi Rojak Betik Terengganu
Bahan Bahan Untuk Membuat Rojak Betik
- 1 biji betik muda atau orang sebut mengkal (ikut besar mana yang ada)
- 1/2 sudu teh kapur makan (nak bagi rangup betik)
- 2 biji timun
- Sebiji nanas
- Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air bercampur kapur makan.Rendam betik selama 10 minit.Dah siap 10 minit bilas betik dan toskan airnya
- Potong timun dan juga nanas.Potong halus halus jangan terlampau besar
- Ketepikan
Bahan Bahan Untuk Kuah Rojak Betik
- 10 ekor ikan selayang
- 5 sudu besar cili kering yang telah dikisar
- 1 keping gula melaka
- 3 sudu besar gula
- 1/2 cawan cuka
- Garam secukup rasa
- Air ( agak agak banyak mana nak letak,jangan banyak sangat takut kuah cair)
Cara Menyediakan Kuah Rojak Betik
- Mula mula rebus ikan selayang.Ambil isi ikan sahaja tau,(tulang tulang sila buang) dan tumbuk dalam lesung hingga lumat
- Masukkan air,cili kering yang telah dikisar dan juga gula melaka ke dalam periuk.Masak bahan bahan tersebut sehingga mendidih
- Biarkan selama 10 ke 15 minit kemudian masukkan cuka
- Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan gaul bagi sebati.Tunggu hingga kuah mendidih
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Kuah rojak betik kena ada rasa masam manis dan juga pedas..barulaa best nak makan nanti..bila semua rasa bergabung sekali..Yummy yummmy sedapnyerrr...
Cara penyediaan rojak betik..Masa nak makan masukkan betik,timun dan juga nanas kat dalam pinggan pastu curahkan kuah rojak kat atas..Macam aku buat kat dalam gambar ni haaaa..Nampak tak nampak tak......
Masa nak makan tuuu,gaul biar sebati baru sedap nak makan..Rasa pon sedap..Ada masam,manis dan jugak pedas...Perghhh makan tak tengok kiri kanan laaa jawapnya..
Motif letak gambar KEROPOK KERING banyak banyak ni daaa kenapa..??? Hahaha aku bukan nak tunjuk keropok yang banyak banyak ni sebenarnya..Aku nak tunjuk keropok keping yang dah siap goreng tapi lupa nak ambik gambar...Motif cakap pasal keropok keping goreng..Kalau nak sedap lagi makan rojak betik..Makan sekali dengan keropok keping goreng..Memang terangkat laaaaa..
Ok daaa tamat daaa aku karang bab bab rojak betik ni...Sini dulu laaa penamatnya ..InsyaAllah nanti ada resepi yang best best aku kongsi lagi ngan korang...Jumpa lagi..Terima kasih sudi jenguk akifimtiyaz.com
2 Ulasan
Sedapnyaaa tengok.. Kalau makan ape la lagi kan? Ingat keropok tu ape la motifnya, nasib bagitau hihi
BalasPadamSedapnyaa
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.