Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Kari Udang Rempah Tanjong Mudah Dan Cepat
Kari Udang Rempah Tanjong Mudah Dan Cepat.Bagi Lya,kalau masuk bab masak memasak Lya memang suka yang simple dan mudah untuk disediakan.Lagi mudah siap lagi Lya suka nak masak.Hari ni Lya pilih untuk masak Kari Udang.Memang senang dan cukup mudah cara penyediaannya.Paling memudahkan lagi bila Lya gunakan Rempah Tanjong dalam masakan Lya.Alhamdulillah sejak gunakan Rempah Tanjong ni,Lya jadi suka nak masak.Anak anak suka makan,diaorang cakap sedap dan lazat.Bila anak anak dah cakap gitu,Umi apalagi bertambah tambah KERAJINAN nak memasak.Ok jom Lya kongsi Resipi Kari Udang.
Resipi Kari Udang Mudah Dan Cepat
Anak anak Lya memnag suka makan udang.Tak kira laa udang gulai ke,masak merah ke,goreng kunyit ke,memang semua anak anak suka.Janji ada udang...Kali ni Lya nak kongsikan satu resipi berasaskan udang iaitu Kari Udang.Kari Udang air tangan Lya ni paling simple dan mudah nak masak.Ya laa kan sesekali masak simple simple best jugak..
Bahan Bahan Untuk Memasak Kari Udang
- 700g udang sederhana besar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Daun kari
- Rempah Kari Ikan Tanjong atau Kari Daging Tanjong (Lya campur kedua duanya..sedapp ooo)
- Asam keping
- Minyak dan air secukupnya
- Garam dan juga gula
- Minyak dan air secukupnya
- Garam dan juga gula
Cara Memasak Kari Udang
Cara Memasak Kari Udang :
- Bersihkan udang,cuci dan toskan
- Tumbuk bawang merah dan juga bawang putih
- Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yang telah di tumbuk bersama daun kari sehingga naik bau.
- Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yang telah di tumbuk bersama daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan Rempah Kari Ikan Tanjong yang telah di bancuh bersama dengan air
- Kacau sehingga rempah kari betul betul masak dan pecah minyak
- Masukkan air dan juga asam keping
- Masukkan udang dan tunggu hingga mendidih
- Kacau sehingga rempah kari betul betul masak dan pecah minyak
- Masukkan air dan juga asam keping
- Masukkan udang dan tunggu hingga mendidih
- Masukkan gula dan juga garam secukup rasa
- Siap untuk di hidangkan
- Siap untuk di hidangkan
Haa aa ni dia Rempah Tanjong..Kalau takde rempah kari camne nak masak kari kan kan..Lya guna Rempah Kari Ikan Tanjong dan juga Rempah Kari Daging Tanjong untuk masakan kali ni...
Tudiaaa udang dah tersedia..Tunggu nak masak jer ni..Ready !!..Kita mulakan aktiviti masak memasak...Jommmmm !!!
Udang dah masuk kuali..Kacau kacau bagi sekata...
Nampak comel jer serasi bersama Rempah Kari Tanjong ..Lya gunakan dua rempah kari untuk Kari Udang.Rempah Kari Ikan tanjong dan juga Rempah kari Daging Tanjong..Campur dua dua rempah tu memang sedap dan lazat..
Ok dah nak masak daaa...
Siap masak akhirnya..Serasi semua bahan kat dalam tu..Dah boleh hidang dan makan dengan nasi panas panas..Memang sedap dan lazat..Tak sempat nak ambik gambar kat dalam pinggan..Al maklum la bila dah nak makan tak teringat tang ambik gambar..Huhuhu i lupa laaa..
1 Ulasan
omnomnomnom! tak makan udang tapi malam ni nak guna kari tu buat kari ayam.hikss
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.