Projek Tamak Pahala,BabyBox Malaysia Perlukan ANDA !!

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Malam ni Lya ingin kongsikan mengenai Projek Tamak Pahala,BabyBox Malaysia Perlukan Anda.Alhamdulillah Lya berpeluang dan juga diberi peluang untuk menyebarkan mengenai Projek BabyBox Malaysia dan secara tak langsung sama sama mengajak orang lain di sana agar berkongsi BUAT BAIK.Bila kita kongsi sesuatu yang baik,InsyaAllah yang akan kita dapat kemudian hari pastinya yang baik baik.Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT.Jom sama sama kita kutip pahala.Semoga amal yang kita buat hari ini menjanjikan kita pahala berganda di akhirat kelak..Aamin aamin..

Cradle of Love Association




Projek Tamak Pahala adalah nama yang pernah digunakan sedikit masa dahulu sebelum bertukar kepada Projek Babybox Malaysia.Projek BabyBox Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh Persatuan Buai Sayang atau Cradle of Love Association atau ringkasannya COLA dengan nombor pendaftaran PPM-051-10-19012016.


Projek BabyBox , BabyBox Malaysia  , ProjekBabyBoxMalaysia ,BabyBox Project ,  Hebahan ,Amal ,Charity

Projek BabyBox


Projek BabyBox adalah program bantuan sumbangan kepada ibubapa yang mempunyai bayi tetapi kurang berkemampuan dalam membeli keperluan untuk bayi mereka.Bagi meringankan beban keluarga tersebut,Projek BabyBox ini diadakan bagi membekalkan keperluan untuk bayi tersebut…Semoga bantuan yang di terima daripada Projek BabyBox  dapat di gunakan sebaik mungkin untuk keperluan bayi tersebut.


Projek BabyBox , BabyBox Malaysia  , ProjekBabyBoxMalaysia ,BabyBox Project ,  Hebahan ,Amal ,Charity

Barangan Yang Ada Dalam BabyBox 


BabyBox  terbahagi kepada dua kotak berlaianan mengikut kategori,Kategori A untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah dan kategori B pula untuk bayi yang berusia 7 bulan sehingga 1 tahun.Kategori ini akan diasingkan kerana keperluan untuk bayi 6 bulan ke bawah dan 6 bulan ke atas adalah berbeza jadi barang yang tersedia dalam BabyBox ini adalah berlainan…

Antara barangan yang ada didalam BabyBox adalah baju siang dan malam, sarung kaki,bibs,lampin, barut,selimut,tuala, sabun mandi,botol susu,berus botol susu,minyak sapu,termometer dan bermacam-macam keperluan lain lagi.

Siapa Yang Layak Menerima Sumbangan BabyBox


Kriteria penerima bantuan BabyBox adalah seperti berikut :

– Pendapatan seisi rumah RM1,000 ke bawah

– Tanggungan lebih 8 orang (RM3,000 ke bawah)

– Ibu/bapa tunggal

– Anak yatim piatu (jika ada bayi yang ibu atau bapa atau kedua2nya meningal dunia & tinggalkan bayi berusia bwh 1 tahun kepada penjaga)


Bagaimana Untuk Menyumbang Dalam Projek BabyBox


Selain sumbangan dalam bentuk wang ringgit,anda juga boleh menyumbang dalam bentuk barangan keperluan yang telah disenaraikan kat atas tadi ataupun boleh juga menyumbang barangan terpakai yang masih elok.Jika ada barangan yang sesuai untuk dimasukkan dalam BabyBox pihak Projek BabyBox akan sumbangkan tapi jika ada barang sumbangan yang tidak sesuai untuk disumbangkan, pihak Projek BabyBox akan menjual barangan tersebut dalam jualan amal dan hasil jualan akan disalurkan kepada tabung BabyBox…
Projek BabyBox , BabyBox Malaysia  , ProjekBabyBoxMalaysia ,BabyBox Project ,  Hebahan ,Amal ,Charity , No Akaun BabyBox
Untuk makluman,setiap satu Box bernilai RM30 dan jika anda ingin menyumbang boleh buat sumbangan wang tunai mengikut bilangan box yang nak ditaja atau kalau nak sumbang RM5 atau RM10 pun tidak menjadi masalah.Ikut keikhlasan masing-masing.Sumbangan boleh disalurkan melalui no akaun yang tertera di atas.


Untuk maklumat anda,Program BabyBox telah didaftarkan di bawah Persatuan Buai Sayang iaitu badan NGO yang menaungi program ni. Jika anda merasa was was,anda boleh refer pada sijil yang tertera di bawah.

Projek BabyBox , BabyBox Malaysia  , ProjekBabyBoxMalaysia ,BabyBox Project ,  Hebahan ,Amal ,Charity
Sijil pendaftaran pertubuhan Persatuan Buai Sayang (Cradle Of Love Association (COLA) )


Projek BabyBox , BabyBox Malaysia  , ProjekBabyBoxMalaysia ,BabyBox Project ,  Hebahan ,Amal ,Charity Program kerjasama antara suratkhabar The Sun & BabyBox 


Projek BabyBox , BabyBox Malaysia  , ProjekBabyBoxMalaysia ,BabyBox Project ,  Hebahan ,Amal ,Charity
Liputan tentang BabyBox di Akhbar Harian Metro 27/3/2016


   
Sedutan BabyBox di TV Al Hijrah 

 Untuk maklumat lanjut mengenai Projek BabyBox,boleh klik link di bawah :



Jom sama sama kita hulurkan tangan ringankan beban.Mana tahu dengan sedekah yang tak seberapa itu, Allah meredhai kita di dunia dan akhirat...

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)


CHARITY  !!!  Give A Little,Make  A Big Difference 
CHARITY  !!!  Give A Little,Make  A Big Difference 
CHARITY  !!!  Give A Little,Make  A Big Difference 
CHARITY  !!!  Give A Little,Make  A Big Difference 
CHARITY  !!!  Give A Little,Make  A Big Difference 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.