Resipi Aiskrim Sumi
March 07, 2016
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Macam nak berlawan pon ada.Siap warna warni bagai....
Oleh kerana ramai sangat duk bercerita mengenai aiskrim sumi ni...Lya pon nak citer jugak..Nak citer yang kita belum buat lagi aiskrim sumi.Tapi kita dah makan yang kawan kita buat..Kita dah beli ngan dia aiskrim sumi..Rm0. 30 satu batang.Boleh laa makan musim panas camni..Bagi sejuk tekak.
Ada yang cari resipi aiskrim sumi laa kat blog kita..Setiap hari ada yang cari..Nah kita kongsi laa jugak resipi aiskrim sumi kat blog kita ni ...Taraa nah resipi aiskrim sumi yang sedap dan lazat gituu..
Resipi Aiskrim Sumi
Bahan Bahan Aiskrim Sumi
– 1 tin susu pekat manis
– 1 tin susu cair
– 1.5 liter air putih..Air yang telah di masak
– Garam secukup rasa
– Sumi jelly secukupnya..Boleh belah empat sumi jelly tu ya.
Cara Cara Buat Aiskrim Sumi
1. Campurkan susu pekat manis dan susu cair serta 1/3 air dan dimasak bersama sedikit garam. Padamkan api.
2. Masukkan baki 2/3 tin air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan sumi berlainan warna yang telah dibelah tadi ke dalam plastik aiskrim serta masukkan adunan tadi. Ikat dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Ni rupanya aiskrim sumi ....kredit gambar kat tuan punya gambar aiskrim ni..Tapi lupa plak nama facebook dia..Huaaa huaaa..Harap halalkan laa ya..
6 Sahabat Setia
pernah buat.. ada lagi dlm peti ais.. huhu comel!
ReplyDeleteSedap :)
ReplyDeleteterjebak juga ye Lya :)
ReplyDeleteTak buat lagi... Biasa dh lepas musim baru sy layan viral ni..
ReplyDeleteDari minggu lepas dok salin resepi ice cream ni tapi belum cuba buat lagi.. ;)
ReplyDeleteWah sedapnya..lps ni nk try jgk la
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.