Tatacara Solat Di Atas Kapal Terbang

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Tatacara Solat Di Atas Kapal Terbang 


Tatacara solat di atas kapal terbang.Mesti ramai dikalangan sahabat Lya yang suka travel dan ada yang masih keliru dengan tatacara solat di atas kapal terbang.Untuk entri Lya pagi ni,Lya nak kongsikan pada sahabat tatacara solat di atas kapal terbang.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua.InsyaAllah.

Persoalan yang sering dilontarkan,bagaimana hendak mengerjakan solat di dalam kapal terbang? Ruangnya sahaja sudah menyukarkan pergerakan solat,apatah lagi hendak mengadap kiblat kerana kapal terbang sentiasa bertukar arah semasa di dalam perjalanan.Berikut adalah tatacara solat di atas kapal terbang.

Tatacara Solat Di Atas Kapal Terbang 


1.Duduk tegak di kerusi pesawat menghadap ke depan kemudian niat solat
2.Mengangkat kedua tangan sambil mengucapkan takbiratul ihram ( Allahuakbar)
3.Tangan bersedekap membaca doa iftitah.Al Fatihah dan diteruskan dengan surah yang lain 
4.Rukuk dengan cara membongkok sedikit kemudian membaca bacaan rukuk
5.Iktidal dengan cara mengangkat kedua tangan.Punggung tegak lurus
6.Sujud dengan membongkokkan badan lebih rendah dari rukuk dan membaca bacaan sujud
7.Duduk di antara duduk sujud dengan posisi duduk sempuran,punggung tegak
8. Sujud dengan cara sama seperti gambar nombor 6
9.Kembali ke posisi gambar seprti No 3 (rujuk gambar) untuk rakaat berikutnya seperti gambar nombor 3 hingga gambar nombor 8
10.Tahiyyat akhir,duduk sempurna tangan diatas lutut,kemudian menunjukkan telunjuk
11.Mengucap salam sambil menoleh ke kanan dan ke kiri
12. Berdoa setelah solat


Tatacara Solat Di Atas Kapal Terbang


Hukum Mendirikan Sembahyang Dalam Kapal Terbang


Menunaikan sembahyang dalam pesawat atau kapal terbang boleh saja.Ia adalah SAH dan tidak perlu diulang atau diqadha sekiranya dilaksanakan dengan menepati rukun dan syarat-syaratnya.

Kaedah Bersembahyang Di Dalam Kapal Terbang


Hasil daripada penghuraian kita tentang tuntutan menghadap kiblat dan menunaikan sembahyang dengan berdiri dan seterusnya menyempurnakan rukuk dan sujud sama ada pada sembahyang fardhu atau sunat,maka penumpang hendaklah mengikuti kaedah atau panduan seperti berikut:

(i) Penumpang hendaklah berusaha mencari tempat untuk menunaikan sembahyang dengan bertanya kepada anak kapal. Sekiranya ruang itu masih digunakan kerana kerja-kerja kabin, maka hendaklah ditunggu sehingga kerja-kerja itu selesai atau berkurangan.

(ii)Bagi mereka yang tidak upaya menunaikannya dengan berdiri disebabkan keadaan tidak memungkinkan seperti pening kepala atau disebabkan cuaca yang menyebabkan keadaan pesawat tidak stabil, maka diharuskan menunaikannnya sambil duduk sama ada fardhu atau sunat.

(iii)Jika penumpang tidak mendapati tempat sembahyang yang sesuai maka,tunaikanlah sembahyang itu di tempat duduknya. Ketika hendak sujud hendaklah ditundukkan lebih rendah dari rukuknya.Perlu diingat supaya tidak mengabaikan tuntutan menghadap kiblat.

Walau bagaimanapun,jika sekiranya bersembahyang dengan duduk itu dia boleh menghadap kiblat berbanding dengan melakukannya dengan berdiri tanpa menghadap kiblat, maka adalah wajib dia bersembahyang duduk.

Semoga perkongsian Lya mengenai tatacara solat di atas kapal terbang dapat di manfaatkan oleh sahabat.Terima kasih sudi singgah dan baca entri Lya.

Di olah semula oleh Lya dari sumber di internet 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. nice info sis... terima kasih... mmg duk cari nak atahu sama ada kena qada semula atau tak...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.