Soalan Soalan Lazim UPSR Mulai Tahun 2016

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Dasar Pelaksanaan UPSR 

1.1 Apakah UPSR?
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan peperiksaan pusat untuk menilai pencapaian kognitif murid pada akhir Tahun Enam (6) pendidikan rendah.

 1.2 Apakah tujuan UPSR dilaksanakan pada Tahun 6 pendidikan rendah?
UPSR dilaksanakan untuk mengukur penguasaan murid dalam kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selaras dengan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan mulai 2011.

1.3 Mengapakah UPSR mulai 2016 memerlukan penambahbaikan dan format baharu? Penambahbaikan dan format baharu kertas peperiksaan UPSR mulai 2016 adalah sejajar dengan pelaksanaan: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid Tahun 6.Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti yang diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

1.4 Apakah persamaan UPSR mulai 2016 dengan UPSR 2015?
Persamaan UPSR mulai 2016 dengan UPSR tahun 2015 ialah:  Peperiksaan pusat yang dilaksanakan secara bertulis.  Enam (6) mata pelajaran yang terlibat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik dan Sains.

1.5 Apakah perbezaan UPSR mulai 2016 dengan UPSR 2015?
Perbezaan UPSR mulai tahun 2016 dengan UPSR tahun 2015 ialah:

Terdapat dua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Sains,namun pelaporannya masih kekal sebagai satu gred.

Terdapat dua gred bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

1.6 Apakah perkaitan antara perkembangan murid dalam Pentaksiran Sekolah dengan pencapaian murid dalam UPSR?
Peperiksaan Pusat UPSR merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah (PS). Pencapaian dalam UPSR seharusnya mempunyai hubungan (korelasi) dengan perkembangan murid dalam PS.

1.7 Adakah Ujian Aptitud Tahun 6 masih dalam jadual peperiksaan UPSR 2016?
Tidak. Ujian Aptitud Tahun 6 akan dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). 1.8 Adakah murid akan dinaikkan ke tingkatan 1 secara automatik dengan pelaksanaan UPSR 2016? Ya, murid akan naik ke Tingkatan 1 secara automatik.

FORMAT INSTRUMEN UPSR

2.1 Adakah instrumen UPSR berdasarkan KSSR Tahun 6 sahaja?
Tidak, instrumen UPSR adalah berdasarkan KSSR tahap satu (1) dan dua (2).

2.2 Ujian bertulis UPSR 2016 hanya menguji enam (6) mata pelajaran, bagaimana dengan mata pelajaran lain?
Mata pelajaran lain ditaksir dalam Pentaksiran Sekolah (PS) yang dilaksanakan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2.3 Apakah format kertas peperiksaan bahasa?
Format bagi semua kertas peperiksaan bahasa iaitu Bahasa Melayu(BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC) dan Bahasa Tamil (BT) diselaraskan kepada dua (2) kertas iaitu pemahaman dan penulisan dan dilaporkan dalam dua (2) gred.

2.4 Mengapakah mata pelajaran Bahasa Inggeris perlu dilaporkan dalam dua (2) gred dalam UPSR mulai 2016?
Untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penguasaan murid dalam aspek pemahaman dan penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah agar langkah-langkah sewajarnya dapat diambil apabila murid meneruskan pendidikan di peringkat
menengah.

Penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris dapat merealisasika aspirasi murid untuk menguasai kemahiran dwibahasa.

2.5 Adakah kertas peperiksaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) dengan kertas peperiksaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sama?
Tidak. Kertas peperiksaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan kertas peperiksaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SJK tidak sama. Walau bagaimanapun, format untuk SK dan SJK adalah sama.

2.6 Berapakah bilangan kertas peperiksaan Sains dan Matematik?
Kertas peperiksaan Sains dan Matematik mempunyai dua kertas iaitu kertas 1 dan kertas 2. Walaupun masing-masing mempunyai dua kertas, namun masih dilaporkan sebagai satu gred.

Pendaftaran UPSR

3.1 Apakah mata pelajaran yang perlu didaftar oleh murid Tahun Enam di SK dan SJK?

Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Matematik Bahasa Cina Bahasa Tamil Sains Matematik Matematik Sains Sains


3.2 Siapakah yang boleh menduduki UPSR dan bilakah pendaftaran peperiksaan bermula?
i. Semua murid sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan KPM tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan; dan
ii. Berada di Tahun 6; dan
iii. Telah mencapai umur 11 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan boleh mendaftar di sekolah masing-masing.

3.3 Bilakah pendaftaran UPSR?
1 Mac hingga 31 Mac tahun peperiksaan.
3.4 Siapakah yang mendaftarkan calon UPSR?
Pendaftaran calon UPSR dilakukan oleh Setiausaha Peperiksaan sekolah.
3.5 Adakah calon persendirian boleh menduduki UPSR? UPSR tidak ditawarkan kepada calon persendirian.

Pengoperasian UPSR

4.1 Bagaimanakah pengurusan dan pengendalian UPSR 2016?
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan peperiksaan UPSR sepenuhnya.
4.2 Bilakah Peperiksaan UPSR dijalankan?
UPSR dilaksanakan pada bulan September. Jadual waktu peperiksaan boleh dirujuk di laman sesawang www.lp.edu.my


Pelaporan

5.1 Apakah bentuk pelaporan akhir bagi pentaksiran persekolahan pendidikan rendah mulai 2016? Mulai 2016, pelaporan akhir bagi pentaksiran pendidikan rendah adalah lebih holistik,komprehensif dan bermakna.Setiap murid akan menerima empat (4) pelaporan berikut serentak:
I. Pernyataan Keputusan UPSR dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
II. Pelaporan PS, PAJSK, PPSi dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan format dan spesifikasi standard seperti yang ditetapkan oleh KPM.



5.2 Apakah gred dan tafsiran gred yang digunakan? Gred dan tafsiran gred yang digunakan untuk pernyataan keputusan UPSR mulai 2016 adalah seperti berikut: Gred Tafsiran Gred A Cemerlang B Baik C Memuaskan D Mencapai tahap minimum E Belum mencapai tahap minimum.

 5.3 Berapakah bilangan gred calon dalam UPSR 2016? Mulai 2016, calon dari SK akan memperolehi 6 gred manakala calon SJK akan memperolehi 8 gred.
5.4 Adakah pelaporan Tahun 6 digunakan untuk pengambilan murid-murid ke sekolah berasrama penuh, sekolah agama dan lain-lain agensi ?
Ya, pihak sekolah berasrama penuh atau lain-lain agensi mengambil kira kesemua pelaporan Tahun 6 yang terdiri daripada keputusan UPSR dan tiga komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR

6.1 Bolehkah calon UPSR 2016 membuat penyemakan semula keputusan UPSR?
Ya, boleh.

6.2 Bagaimanakah permohonan penyemakan semula boleh dibuat?
Permohonan semak semula hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan dan dihantar kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan.Borang boleh didapati di sekolah, PPD, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang www.lp.edu.my

6.2 Bilakah permohonan penyemakan semula keputusan UPSR ditutup?
30 hari dari tarikh pengumuman keputusan UPSR .

6.3 Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan penyemakan semula keputusan UPSR? RM50.00 bagi satu kertas peperiksaan.

6.4 Bilakah keputusan penyemakan semula UPSR dikeluarkan? Dua bulan daripada tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan UPSR.

 Sumber : LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tahun ni tukar format ke? Kesian kanak2 Akif ambik UPSR ye Lya, Belajar rajin2 yea Akif

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.