Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar


Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar.Pagi ni Lya nak share sikit dengan semua sahabat Lya tentang  'Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar'.Jom sama sama kita baca dan fahami.Lya berharap agar entri Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar dapat dipraktikkan oleh sahabat sahabat Lya untuk anak anak.Semoga bermanfaat.

Kita sebagai ibubapa memang mengharapkan agar anak anak kita,satu masa nanti menjadi insan berjaya.Cemerlang dari segi agama dan juga akademik.Anak anak kita ibarat kain putih dan kita sebagai ibubapa adalah insan terdekat yang akan mewarnai kehidupan mereka.Ajar mereka tentang kehidupan,ajar mereka tentang dunia juga akhirat.

Anak anak kita,sesekali akan datang sifat malas yang dalam diri mereka terutama dalam soal pembelajaran.Bila sifat malas belajar datang,mereka mudah alpa dan tidak fokus pada apa yang mereka pelajari.Bila anak dah malas belajar,kita sebagai ibubapa perlu membangkitkan kembali semangat mereka.Buang sifat malas dalam diri mereka.Bagaimana caranya ? Berikut adalah 'Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar'.

Buat Kerja Sekolah Bersama-Sama Anak

Lya memang selalu bagi masa untuk menemani anak anak dalam sesi pembelajaran mereka kat rumah.Biasanya kalau anak anak nampak Umi kat sebelah,mereka akan lebih bersemangat untuk mengulangkaji pelajaran.Sesibuk mana sekalipun kita,jangan ambil mudah mengenai anak anak.Luangkan masa untuk menemani mereka mengulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah.

Berikan Ganjaran Kepada Anak

Wujudkan pertandingan ketika belajar.Macam mana Lya buat,biasanya untuk Akif dan Iman,Lya akan bagi masa untuk mereka siapkan kerja sekolah.Jika dalam masa yang ditetapkan mereka berjaya,ganjaran untuk mereka boleh bermain permainan LEGO.Jika tidak berjaya,tiada permainan LEGO untuk hari tersebut.Untuk Akif juga,Lya akan bagi kata kata semangat dekat buku tulis kat rumah.Contoh TAHNIAH AKIF!!...Bagi beberapa bintang untuk dia.Memang dia suka.Tambah tambah bila nampak bintang bintang lebih dari satu.Semangat nak belajar makin menggunung tinggi.

Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar
Kalau Akif tengok bintang bintang yang dia dapat.mood nak belajar tu makin tinggi.Semakin rajin nak buat ulangkaji.Semakin rajin nak buat latih tubi..Alhamdulillah cara ni memang dia suka.

Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas BelajarKalau membaca memang Akif suka.Bila nampak dia fokus dapat la lima bintang.Suka sangat kalau dapat lima bintang.Bila dapat sikit contohnya tiga bintang,dia akan tanya berulang kali kenapa dapat tiga bintang jerkenapa tak dapat lima..Ok nak !! Kalau nak lima bintang kena fokus..FOKUS FOKUS FOKUS ... Nah lima bintang ...

Lya juga selalu bagi pujian untuk anak anak.Anak anak kalau kita puji mereka akan lebih bersemangat untuk belajar.Pujian juga merupakan doa buat anak anak kita.Anak anak pasti gembira jika ibubapa selalu memuji perbuatan baik mereka.Apa salahnya jika kita memuji untuk kebaikan.

Menjadi Sahabat Kepada Anak Anak

Cuba untuk selami hati dan perasaaan mereka.Lya kalau dengan anak sulung,kami memang sehati sejiwa ibarat seorang sahabat.Biasa kalau ada masalah,anak sulung Lya akan ceritakan dari awal hingga akhir.Setakat hari ni tak pernah lagi anak Lya sembunyikan masalah yang di hadapi.Alhamdulillah kami sentiasa berkongsi cerita.Biasa kalau anak anak ada masalah kat sekolah,Lya akan bagi nasihat dan kata kata semangat buat anak anak Lya agar dapat memotivasikan diri anak anak.

Berdoa

Sentiasa amalkan baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun anak anak semasa mereka sedang tidur.Jangan lupa dan jangan tinggalkan..Peluk cium anak anak sebelum mereka ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.Sentiasa berdoa agar anak anak kita jadi anak yang rajin dan mendengar kata.Banyakkan berdoa pada Allah SWT agar anak kita sentiasa dibukakan pintu hati untuk menerima pelajaran.InsyaAllah.

Diharap perkongsian Lya mengenai 'Cara Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar' ini dapat memberi seribu satu manfaat yang bermakna untuk sahabat sahabat Lya.Sama sama kita doakan anak anak kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.Aaamin aamin...


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. erm... bgs sis cara ni, boleh akak cuba pd anak2...

    BalasPadam
  2. good sharing,bolh praktikkan kat anak.

    BalasPadam
  3. zaman lani bdk leka sangat dengan gajet yg smkin pesat membangun...memang beza bdk zman dlu ngn skrg...tq ...take note!!!....kalau sudi lawati blog saya lokmanamirul.blogspot.com

    BalasPadam
  4. SA hanya mampu jadi sahabat Dania bila weekend je...untung Lya dapat tengok anak membesar depan mata...

    BalasPadam
  5. Good sharing especially beri ganjaran tu...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.