Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

''Ajarkan Saya Solat''..Buku terbaru yang Lya dan en hubby beli untuk Akif.Sebelum ini sudah ada buku solat yang Lya beli dekat rumah tapi yang ini lebih menarik dengan semua muka surat berwarna disertakan pula dalam bahasa melayu dengan gambar kartun yang comel.Kiranya boleh bagi Akif leka  bila baca buku Ajarkan Saya Solat.

Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

Buku terakhir yang Lya beli untuk tahun 2015.Tarikh beli 31.12.2015.. ''Ajarkan Saya Solat''adalah rujukan terbaik untuk Akif dalam memahami tatacara solat.Sejak beli buku ni..nampak ada perubahan p ada diri Akif.Dia suka sangat ulang baca buku ini.dalam sehari lebih kurang tiga empat kali jugak Akif membelek dan membaca buku ini.Alhamdulilah syukur.Dapat juga Akif memperbetulkan bacaan dalam solat dan tatacara yang betul ketika mendirikan solat dengan adanya panduan dan rujukan daripada buku ini.

 Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

Buku comel ini dilengkapi dengan panduan dan tatacara solat disertakan rujukan lengkap mengenai panduan serta cara untuk solat bermula dengan mengambil wudhuk,bacaan dalam solat serta doa selepas solat.Harga buku ini ialah RM19.90.

 Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

Buku comel ini milik Muhammad Akif Imtiyaz.Umi dan abah hadiahkan buku ini untuk Akif agar Akif lebih rajin mendirikan solat.Jangan ponteng solat ya sayang..Umi dan abah sayang Akif.Anak yang baik adalah anak yang taat pada ibubapa dan rajin mendirikan solat.Moga Akif akan mengikut contoh terbaik dari Kakak Insyirah dan Abang Iman.Jangan tinggal solat tau !!!

 Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

Kandungan yang terdapat dalam buku ini terdiri daripada..Rukun Islam,Rukun Iman,Azan,menyahut seruan azan,iqamat,Doa selepas azan dan iqamat,syarat wudhuk dan rukun wudhuk,perkara yang membatalkan wudhuk,cara berwudhuk,niat solat fardhu,bacaan dalam solat,rukun solat,syarat sah dan syarat wajib solat,kemuliaan solat,panduan susunan saf,gerakan dalam solat lelaki,gerakan dalam solat perempuan,rakaat pertama,rakaat kedua,rakaat ketiga,rakaat keempat,zikir dan wirid selepas solat,doa selepas solat dan juga tatacara solat jenazah.

 Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

Buku ini amat bermanfaat buat kanak kanak dalam mempelajari tatacara solat dengan sempurna.Ilustrasinya yang berbentuk 3D dan berwarna warni serta pergerakan dalam solat yang lebih terperinci bagi memudahkan pemahaman.


 Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

 Ajarkan Saya Solat..Buku Terbaru Untuk Akif

Sabda Rasulullah SAW : ''Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim,hendaklah ia menjaga solatr lima waktu.'' (Hr.Ibnu Majah) 

Buku comel ini diterbitkan oleh :

DARUL MUGHNI TRADING, (00178054-W)
24 Jalan Semerak 4,
Seksyen 2, Bnadar Utama Batang Kali,
Batang Kali, 44300 Hulu Selangor,Malaysia.

Tel : 019 2459008
E-Mail : darulmughni@gmail.com

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. amin..amin..amin...rasanya baik juga untuk kita yang dewasa untuk mantapkan lagi bab solat kan kak..sama-sama ulangkaji..jagalah solat sayang kerana ini amal jariah untuk umi dan abah juga...

    BalasPadam
  2. Menarik bukunya... Tak mahal mana pun harganya..

    BalasPadam
  3. semoga akif cepat faham cara solat hasil melihat dan applikasikan dalam buku tu ya

    BalasPadam
  4. memang bagus ada buku panduan solat ni..mudah untuk anak anak belajar solat dengan cara yang betul

    BalasPadam
  5. bagusnya.. grafik pun nampak berkualiti.. :)
    Semoga Akif rajin solat dan jadi anak soleh.. Aamiin..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.