Tulang Siku Akif Terkehel

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Alhamdulillah syukur hari ni dapat juga menaip sepatah dua kata untuk entri yang belum bertajuk..Biasa Lya akan letak tajuk dulu baru taip entri.Ni tak,tajuk pon tak fikir lagi nak letak tajuk apa.Masih duk fikir lagi ni.Dalam duk menaip dalam duk fikir tajuk.

Lama benar Lya tak up entri..Al maklum la sibuk dengan percutian bersama suami dan anak anak.Lya mula bercuti 19.12.2015 dan berakhir pada 28.12.2015.Lama betul percutian kami untuk cuti sekolah pada kali ini.Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.Semuanya berjalan lancar sesuai perancangan,namun satu kemalangan terjadi di saat kegembiraan bersama keluarga.Suratan takdir yang kita sendiri tidak tahu.Tulang siku Akif terkehel kerana terjatuh ketika bermain di padang permainan sewaktu kami semua mengadakan HARI KELUARGA di Taman Awam Lagun Kuala Ibai.

Ok nak citer sikit makna terkehel.TERKEHEL adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar daripada sendi dan kedudukannya berubah.Antara tanda tanda terkehel ialah tulang berubah kedudukan,berubah rupa,bengkak dan juga lebam.Inilah yang terjadi pada Akif.Mula mula Lya tak perasan sebab Akif bermain di bawah pengawasan abah dia,tapi masa abah dia berlari sambil mendukung Akif baru Lya tahu Akif jatuh.Menurut kata abah Akif,tulang siku terkeluar dan nampak jelas cuma isi tak terkoyak jer.Ya Allah,masa tu Allah saja yang tahu perasaan Lya,dengan tangisan Akif lagi,dengan kesakitan yang di alami lagi.Hati seorang ibu mana tahan bilamana melihat anak sakit.Air mata Lya sama laju mengalir dengan air mata Akif.Dalam hati berdoa agar takde apa apa yang buruk berlaku.

Tanpa membuang masa,Akif kami bawa berjumpa ''BOMOH PATAH''.Nak bawa ke hospital fikir dua kali sebab kalau macam ni la gayanya takut jugak kena simen..Kami pilih bomoh patah setelah mendapat saranan mak ayah,sedara mara,sepupu sepapan yang ada masa kejadian.Sampai di rumah bomoh patah,setelah di tilik tilik tangan Akif..Memang sah tulang siku terkehel dan kena masukkan balik kat dalam sarung dia,kata Pak Cik bomoh patah.Allahuakbar,menangis lagi Umi..Abah pon dan menitiskan air mata tengok Akif meraung masa dalam kereta.Ni nak masukkan balik siku mahu tak meraung.Bila Lya tanya kat Pak Cik tu..Sakit ke tidak ??.Sakit laa nak masukkan balik kat tempat dia kena pusing balik la.Kalau tak tangan tak boleh angkat.Bila dengar jer.Meraung lagi Umi dengan Akif.Akif siap cakap nak balik nak balik nak balik.Tak nak duk sini tak nak duk sini.Hancur luluh hati insan bergelar Umi.

Ok dengan sekali nafas jer Pak Cik tu buat,alhamdulillah siku Akif dah kembali pada keadaan asal.Menangis siap meraung sama dengan Umi.Kesian sangat tengok dia.Masa pusing balik siku Akif,Lya tak tengok,tak tergamak nak tengok,cuma usap kepala Akif mintak dia sabar sabar sabar..Umi ada Umi ada.Abah dia pon tak sampai hati nak tengok apalagi Umi.Ok dah selesai masukkan siku yang terkehel,alhamdulillah..Syukur takde apa apa.Cuma ada kesan bengkak sebab urutan pada urat lengan.Mudah sembuh sebab Akif masih kanak kanak.Kalau orang dewasa ambil masa untuk sembuh.

Tulang Siku Akif Terkehel
Hari pertama...

Dek kerana tulang siku terkehel,maka bermula la episod pantang makan minum dalam hidup Akif.Bermula pada tarikh tulang siku Akif terkehel hingga hari ke tujuh Akif terpaksa berpantang dalam makan minum.Antara pantang larang tak boleh makan semua jenis sayur,tak boleh makan semua jenis buah,semua jenis pulut,air batu,nasi minyak,nasi lemak,nasi kerabu,roti canai dan macam macam lagi..Hanya boleh makan nasi putih ikan selayang,ikan selar,ayam dan daging sahaja..Boleh goreng,singgang dan panggang sahaja tak boleh gulai.Fuh banyak juga pantang larang untuk Akif.Tapi takpe untuk cepat baik semua tu Akif kena lalui dengan tabah ..

Tulang Siku Akif Terkehel
Hari kedua...

Tulang Siku Akif Terkehel
Hari ketiga...

Tulang Siku Akif Terkehel
Hari keempat...

Dek kerana Akif berpantang makan minum.Lya dan suami ambil alternatif untuk sama sama berpantang bersama Akif.Paling best Kakak Insyirah dan Abang Iman pon ikut sama.Alhamdulillah support untuk Akif.

Tulang Siku Akif Terkehel
Hari ni dah masuk hari kelima..Masih bengkak lagi sebab baru betulkan urat untuk kali kedua...

Semoga Akif cepat sembuh.Sekolah dah nak buka dah...Moga moga Akif dapat ke sekolah dengan selesa.Moga cepat baik ya Sayang..Hari ni hari kelima Akif berpantang.Semoga anak Umi akan sihat seperti sediakala.Doakan yang baik baik untuk Akif ya .. Terima Kasih Sahabat yang sudi mendoakan..


Catat Ulasan

10 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.