Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 12 Buat Suami Tercinta

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 12 Buat Suami Tercinta


Alhamdulillah syukur pada Allah SWT hari ini sekali lagi tarikh keramat ini datang lagi.Tarikh di mana Allah makbulkan doa dua insan untuk bergelar suami isteri,tarikh di mana saat Lya sah bergelar seorang isteri,tarikh di mana aku telah HALAL bagimu wahai suami.4 Disember 2003.Sesungguhnya Lya sangat sangat bersyukur atas anugerah Allah untuk suami yang beriman,baik,memahami,setia
penyayang dan cukup sempurna di mata Lya.

Hari ini 4 Disember 2015 genap sudah 12 tahun usia perkahwinan Lya dan suami.Syukur
alhamdulillah,perjalanan perkahwinan kami kini melangkah ke usia 12 tahun...Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama.Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga..InsyaAllah..

Untuk suami tercinta.Suhaimi Abd Aziz,Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita yang ke 12.Terima kasih kerana sudi dan sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang.Sentiasa support setiap langkah yang saya atur,selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh,di sisi saya saat berendam air mata,
bertolak ansur dengan karenah saya dan paling tak dilupakan sentiasa ada di sebelah saya saat saya melahirkan anak anak kita.Terima Kasih En Hubby.Jasa dan pengorbananmu akan ku ingat hingga akhir hayat.

Sayang saya kat awak tak dapat nak diungkapkan melalui kata kata..Sikap dan cara awak buat saya jatuh cinta hari hari..I LOVE YOU Mr SUHAIMI.Really really love you.Only you ini my heart..I truly,madly,deeply love you and always will....How lucky i am to have you by my side..Huaa tetiba lak datang perasaan sedih sedih time duk menulis..Awak !! pinjam bahu jap..Cam nak nangess laa.

Ya Allah,sesungguhnya Lya sangat bersyukur kepadaMu kerana telah memanjangkan jodoh Lya bersama suami sehingga saat ini.Kekalkan rasa kasih dan sayang kami hingga ke Syurga.
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,agar kami akan dapat mengekalkan ikatan kasih sayang antara kami.Semoga kasih sayang kami akan bertambah dari hari ke hari.Semoga redha Allah SWT akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami.Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat,saling menjaga kehormatan dikala jauh,saling menghibur dikala duka,saling mengingatkan dikala bahagia,saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih sayang dan cinta yang berpanjangan dan tiada penghujungnya.Ya Allah,kurnialah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.Ya Allah,izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga akhir hayat kami.Terima Kasih Allah..


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Happy anniversary kak lya. Semoga kekal ke jannah.... amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe 4 Dis sebenarnya..tapi ntah kat mana silap nyer TER PUBLISH plak tadi..Tapi takpe laa terpublish awal..Tq CikLa.

      Padam
  2. Wahhh..sweetnya kak lya...sebak kite baca ni..hehe..selamat ulangtahun perkahwinan buat kak lya dan hubby..semoga bahtera perkahwinan yg dibina berkekalan hingga ke syurga.. amiiin..

    BalasPadam
  3. selamat hari ulang tahun perkahwinan ya Lya..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...sudah 12 tahun melayari bahtera rumahtangga. Semoga berkekalan berbahagia hingga ke Jannah.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum....

    semoga perkahwinan ini kekal hingga ke hujung nyawa dan membawa ke jannah... Aaminn..

    mselim3

    BalasPadam
  6. Happy anniversary to Lya and hubby...moga bahagia hingga ke jannah

    BalasPadam
  7. Selmt ulg thn kak..moga sntiasa di rahmati olehNya amin

    BalasPadam
  8. Allhamdulillah.... sis, semoga allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Waddud Ya Jami' mengeratkan mengekalakan kasih sayang dan cinta sis n suami ke jannah...

    BalasPadam
  9. assalamualaikum lya...hepi anniversary lya semoga jodoh akan kekal hingga ke hujung nyawa nanti in sha Allah aamin...:)

    BalasPadam
  10. semoga menyambut hari ualangtahun perkahwinan yang ke-12 :-)

    BalasPadam
  11. Moga kekal ke hujung nyawa..happy anniversary Lya & hubby

    BalasPadam
  12. alhamdulillah.. tahniah sis.. moga kekal sampai bila2... amin

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah semoga kekal bahagia sehingga syurga kak lya....

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah...moga kekal hinggake akhir hayat Lya sayang....

    Sal tag Lya gak ni...http://www.kisahpondokkecil.com/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.