Kursus Motivasi Alihan Pelajar Bersama Dr.Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Kursus Motivasi Alihan Pelajar

Kursus Motivasi Alihan Pelajar diasaskan oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi pada Tahun 1995.Lebih 20 tahun dijalankan dan telah berjaya melahirkan lebih daripada 500,000 orang pelajar di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura.

Kursus Motivasi Alihan Pelajar Bersama Dr.Tengku Asmadi Tengku Mohamad


Peringkat Usia dan Pelaburan

Kursus Motivasi Alihan Pelajar ini terbuka kepada para pelajar yang berusia 10 hingga 19 tahun.
Namun begitu terdapat juga pelajar pra-universiti dan kolej yang turut menyertai program ini.

Yuran Pelaburan untuk kursus 2 HARI ini ialah RM320 (termasuk GST) untuk seorang pelajar dan ini termasuk makan-minum, nota dan bahan kursus.

Motivasi Alihan Pelajar

Antara fokus utama program ini ialah membina Akal (IQ), Jiwa (EQ) dan Rohani (SQ)
melalui  modul-modul yang dirangka dan telah terbukti hasilnya. 

Antara pengisian yang akan disampaikan ialah:
- Matlamat hidup dan hala tuju.
- Hidup satu ibadah.
- Pembentukan sikap dan perubahan'mindset'
- Meningkat benteng diri melalui Teknik Pelaziman Minda.
- Strategi Pembelajaran Aktif yang menekankan kepada pembelajaran output,teknik mengingat, strategi belajar berkesan, cara mengambil nota dan prinsip memori.
- Tanggapan diri dan kelemahan minda.
- Adab dan disiplin diri.
- Pengisian rohani dan pemantapan tauhid.
- Berani dan yakin diri.
- Cara bercakap dan berucap di depan orang ramai.
- Banyak lagi

Faedah Kursus

- Anak anda akan belajar bersungguh-sungguh atas kesedaran dirinya sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa depannya.
- Anak anda bakal diajar pelbagai kemahiran seperti kemahiran membaca, membuat nota, indeks ingatan (untuk mengatasi masalah LUPA) dan lain-lain.
- Anak anda akan diajarkan Strategi Pembelajaran Aktif (SPA) iaitu satu strategi pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan.Strategi ini membolehkan anak-anak anda mengulangkaji pelajaran menepati kehendak peperiksaan.SPA juga membuatkan proses membaca lebih meyeronokkan dan tidak membosankan.
- Anak anda mula tahu betapa dirinya selama ini begitu boros dengan masa. Mereka akan lebih teliti dalam merancang masa mereka nanti.
- Anak anda bertanggung jawab kepada ibu bapa, masyarakat dan agama atas kesedaran diri sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa depannya.

Tempoh Kursus

- Kursus ini dijalankan selama dua hari. Biasanya dijalankan pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad.
- Hari Pertama pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi.Kursus tamat pada pukul 6.00 petang.
- Pada hari kedua juga kursus akan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang.
- Selepas itu diikuti dengan Majlis Penutup yang dihadiri oleh ibu bapa bermula pada jam 4.30 petang hingga jam 6.00 petang. 
-  Ibu bapa DIMESTIKAN hadir di majlis penutup ini untuk mendapat tip-tip keibubapaan dan amanat dari Dr. Tengku Asmadi.

Kod Berpakaian

- Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas. Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung.
- Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.

Barang Keperluan
- Untuk tujuan kursus, pelajar hanya perlu membawa alat tulis dan buku nota.
- Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang (untuk perempuan) bagi tujuan solat.

Nota

- Waktu tamat kursus mungkin ada ketikanya terlewat sedikit bergantung kepada keadaan dan penerimaan peserta sepanjang kursus.

Tarikh Kursus dan Lokasi

Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras,
KUALA LUMPUR
19 - 20 DIS. 2015
(Cuti Sekolah)

Wisma Dr. Tengku Asmadi,
Taman Taufik, 
IPOH, PERAK
21 - 22 Nov. 2015 (Cuti Sekolah)

Dewan MPC, 
Bandar Baru Uda,
JOHOR BAHRU 
5 - 6 Dis. 2015 (Cuti Sekolah)

Kompleks Dagangan Indera Mahkota,
KUANTAN, PAHANG
12 - 13 Dis. 2015 (Cuti Sekolah)

Untuk Daftar Hubungi:

016 - 558 0719 ( En. Rashid )
016 - 526 0619 ( En. Irwan )
012 - 493 1520 ( Tn. Hj. Shuhami )
03 - 9101 3622 ( Pejabat KL )
05 - 313 4622 ( Pejabat Ipoh )

PROMOSI - PROMOSI - PROMOSI !!!!
DAFTAR 3 ORANG ANAK SERENTAK DAN 
​NIKMATI 10% TAWARAN DISKAUN

Cara Pembayaran

- Isikan Borang Pendaftaran di sini http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html dan 'PRINT' satu salinan untuk anda. 
- Masukkan wang pendaftaran berjumlah RM320- untuk kursus MAP dua hari bagi setiap pelajar ke akaun seperti berikut:
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. 
AKAUN BANK: CIMB
NO. AKAUN: 800-4919-775

- Tuliskan LOKASI KURSUS,NAMA PELAJAR dan No. TELEFON pada Slip Bank di atas.Fakskan Slip Bank tersebut ke No. faks ini : 03-91077267 
- Mohon kerjasama untuk Serahkan Slip Bank yang asal kepada pihak MAP Training bagi tujuan audit oleh pihak kastam (GST) 
- Bawa slip bank itu pada hari pendaftaran dan serahkan kepada pihak MAP untuk mendapatkan resit pembayaran.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook Page Dr.Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad dan juga laman web http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html .


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. bagus hantar anak-anak kursus motivasi ni

    BalasPadam
  2. bagus isikan masa lapang anak-anak dengna pengisian yang baik seperti ini....

    anak ibarat kain putih ibu dan bapa lah yang corakkkan

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.