Kami Ke Kota Bharu

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Cuti sekolah pada Jumaat Sabtu yang lepas kami sekeluarga meluangkan masa melawat datuk Insyirah,Iman dan Akif di Kota Bharu Kelantan.Kali ni Lya dan suami ambik keputusan untuk bertolak ke Kota Bharu dari Kuantan.Maknanya dari Kuantan kami akan terus ke Kota Bharu dan tak singgah dekat rumah Wan dan Tok Ayah.Balik dari Kota Bharu baru singgah kat rumah Wan dan Tok Ayah...Ok kan Tok Ayah...Balik nanti kitasinggah tau !!!

Mula mula sampai kat Kota Bharu jumpa pak sedara dan juga ibu saudara Akif kat Bilion Kota Bharu.Kami janji kumpul kat sana senang nak jumpa dan gerak sekali.Bila dah jumpa teruskan perjalanan ke tempat Tokki Bat.Alhamdulillah urusan dipermudahkan..Siapkan Tokki Bat pastu bawak pergi jalan jalan..Ok tempat persinggahan pertama kami..KFC Kota Bharu sebab Tokki Bat nak makan ayam goreng..Tapi yang lebih makan budak kecik ni...Tak lebih pon dua ketul jer Akif makan,tu pon tak berapa nak habis...

Kami Ke Kota Bharu 2015
Syiokk makan tak sedar dah tu..Sedang MENGHAYATI tuuu..

Selesai makan di KFC ..Tunaikan satu lagi permintaan Tokki Bat..Nak makan nasi air kat Bebas Cukai Pengkalan Kubor pulak..Ok dah settle semua kami gerak ke Pengkalan Kubor.Sampai sana terus masuk kat Bebas Cukai..Nak cari nasi air punya pasal..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Sempat tangkap gambar dulu..Macam macam gaya..Gaya tak sudah pon ada.Ok la dapat sekeping dua yang OK untuk masukkan kat entri ni..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Sempat lagi tu beli toto Narita..Kalau ke Bebas Cukai Pengkalan Kubor orang kata tak sah kalau tak beli toto..Tapi pergi kali ni tak beli pon..Tu adik adik punya..Kita tak beli sebab dah banyak kat rumah..Lain kali la kot beli lagi...

Oleh kerana niat sebenar nak cari nasi air yang sedap kat dalam ni..Langkah diteruskan tapi tapi tapi hua hua huaaaaa..HAMPA sebab kedai nasi air yang sedap lazat terangkat tu TUTUP la pulak hari Jumaat..Satulagi kat sebelah kedai tu baru jer habis huhuhuhu memang takde rezeki Tokki Bat nak makan la gamaknya..Takpe laa kita teruskan perjalanan kat situ..Pusing pusing ronda ronda cuci mata gituuuuuuuuuuuuuuuuu...

Dah penat jalan jalan singgah beli aiskrim kelapa kejap..Ha aaa ni aiskrim kelapa yang muncul kat Majalah 3 TV3 baru baru ni..Kat mana kat mana..K at dalam tempat orang duk jual beli di Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni la.Kalau jalan jalan kat dalam tu memang jumpa laa orang jual aiskrim kelapa kat sini. Apalagi mood nak merasa pon datang..Kena beli ni kena rasa ni..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Ha aa kita masukkan muka ayah teh Akif duk tuang air kelapa untuk anak buah dia.Beli aiskrim kelapa dapat minum air kelapa free..Minum jangan tak minum.

Boleh pulak Akif tanya apasal air kelapa ni tawar.Air kelapa yang selalu beli tak tawar..Alahai wahai anak..ni air kelapa fresh takde campur campur gula la nak oiii..Oo dia angguk angguk..nampak macam faham..Kalau tak faham mahu dia duk tanya lagi..Faham ler tuu.

 Kami Ke Kota Bharu 2015

Fuhh masa nak beli aiskrim kelapa ni kan orang kemain ramai lagi..Siap ambik no dulu..Bila nombor dah dipanggil boleh laa order berapa kita nak.Umi order tiga jer.Ntah habis ke tidak ler tiga bijik tu sebab kat dalam buah kelapa tu mak aii macam macam ada..Tak sempat nak bilang berapa jenis bahan dia letak dalam tu..Yang pasti memang banyak laa termasuk pulut pon dia letak sekali..Fuhh memang kenyang laa kalau makan aiskrim kelapa kat sini.Tokki Bat pon makan sekali..Sibuk duk carik pulut kat dalam aiskrim kelapa..Al maklum la Tokki Bat suka pulut..

Kami Ke Kota Bharu 2015

Ok jangan cakap akak tak payung eaa.Ni haa akak dah payung tiga anak akak dengan aiskrim kelapa diaorang.Nampak tak muka sorang sorang ceria boleh makan aiskrim kelapa.First time makan aiskrim dalam buah kelapa.Akif cakap berat la pulak nak pegang..Makanya Umi la yang kena pegang...Makan sambil berdiri camtu jer la sebab takde tempat disediakan untuk makan..Layan jer la.

 Kami Ke Kota Bharu 2015

Ok posing dulu..Adat laaa posing posing ni boleh serah kat dia..Selagi boleh posing dia OK jer..Smile !!!!..Ok dah siap makan aikrim kelapa dan jalan jalan kat situ..Kitaorang ubah angin ke Wakaf Che Yeh pulak..Nak cari makan malam kat sana..Wakaf Che Yeh plak dah..

Zooomm ke Wakaf Che Yeh pulak kita.Kalau ke Wakaf Che Yeh tak sah tak beli nasi bungkus.Macam macam pilihan yang ada.Nasi berlauk,nasi minyak,nasi putih,nasi kerabu..Kami beli nasi bungkus je dan order air kat gerai.Dek kerana lapar sebab tak makan nasi tengahari..lupa dah nak tangkap gambar..Takde satupon gambar kat  Wakaf Che Yeh.Siap makan kami jalan jalan kat sana.Fuhh meriah giler suasana pasar malam kat sini.Pasar malam yang ada tiap tiap malam ditempat yang sama..Orang jangan cakapla,nak parking pon payah.Alang alang dah sampai sini maka Umi abah sempat laa shopping sikit..Sempat jugak la beli dodol seketul dua.Dah sampai Kelantan rugilaa tak beli dodol sebab kat lain susah nak dapat dodol.Ok dodol di Wakaf Che Yeh.Sapa nak sapa nak !!

Kami Ke Kota Bharu 2015

Balik dari Wakaf Che Yeh..singgah kejap di KB Burger Bakar..Ha aa tak sah kalau tak g sini kalau ke Kota Bharu..Sebenarnya perut dah kenyang masa drive dari Wakaf Che Yeh ke KB Burger Bakar tapi bila sanpai sini tengok jer burger bakar rasa nak makan la pulak..ok mula mula order sebijik je takut tak abih..Order burger daging double cheese punya.Kan kalau order banyak banyak tak habis sayang laa..

Masa Umi cibuk order burger,jeng jeng jeng ..nah tengok la gelagat Akif..Boleh pulak dia tidur kat meja tu.Aduhai mengantuk benar anak Umi kalau lagu ni gayanya.Ngantuk ngantuk tidur dulu laa wahai anak..Nanti burger siap Umi kejutkan..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Tidur tidur tidur...Dari siang duk jalan jalan..Malam penat sangat la ni terus tidur kat meja makan KB Burger Bakar..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Bila Umi kejutkan dia suruh bangun..Bukak je mata,burger bakar kat depan mata.Mamai lagi tuu..tapi bila tengok burger mata terus jadi bulat..Haaa apalagi terus laa makan..Makan makan jangan tak makan..Selamat menjamu selera ... 

Kami Ke Kota Bharu 2015

Makan satu ramai ramai rasa makin lama makin sedap la pulak..Nak satu lagi..Order lagi satu ikut pilihan Insyirah..kongsi kongsi jugak sebab takut tak habis laa.Tapi yang kedua ni pon habis..Sedap sangat kot tambah pulak Ayah teh dan Cik Teh makan sekali..Bertambah tambah la sedapnya..Yang kenyang pon tumpang makan lagi..

Kami Ke Kota Bharu 2015

Bila dah habis yang kedua,Akif cakap nak.makan lagi laa..Mak aii banyak benor Akif makan..Tapi takpe la dah anak nak makanabah cakap order lagi satu.Tapi bila makan yang terakhir ni bahagian roti dah tak boleh nak makan lagi dah sebab terlebih kenyang.Tak habis jugak sikit.Kenyang kenyang katanya ..


Kami Ke Kota Bharu 2015

Ok dah habis makan terus gerak balik ke Terengganu..Masa gerak balik jam 12 malam dah.Sampai rumah Wan dan Tok Ayah dah lewat malam..Lepas mandi terus tidur..Ngantuk sangat sebab sepanjang hari berjalan.dari pagi hingga ke petang..Tidur laa jawapnya bila dah jumpa bantal dan tilam..Fuhh penat !!..

Habis dah citer..Nanti citer lain pulak muncul..Selamat malam..Terima kasih sudi singgah blog Akif Imtiyaz ..Jumpa di lain entri .. Bye Bye !!


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Semoga sentiasa selamat dalam perjalanan..:)

    BalasPadam
  2. happnya! seronnok dapat jenjalan
    ^_^
    semoga selamat sepanjang perjalanan!

    BalasPadam
  3. akak pergi pengkalan kubur dah 3,4 tahun rasanya..takde lagi kut aiskrim kelapa tu..

    BalasPadam
  4. seronok kalau JJCM ke Kelantan Terengganu.. memang dalam prancangan bulan depan
    nak ke sana dgn mak n ayah.. Allah izin.. ayah dijemput ilahi dulu.. insyallah.. ada rezeki smpai la kan..

    tak pernah dengar nasi air.. ni pestime ni Kak Lya..

    BalasPadam
  5. kenyang tul akif dan abang kakak tu makan2 kan..wah happy tul llah nampaknya..
    nak tanya Lya..hadiah ikhlas dari sabah tu dah sampai ke? nak tanya..bukan minta masukkan dalam entri blog..nak tanya agar kita bersyukur dah diterima hadiah ikhlas dari Etuza ya..selamat bercuti..

    BalasPadam
  6. datang lagi..nampak akif dan teman2...bercuti ya...selamat bercuti akif...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.