Insyirah,Iman & Akif..Buah Hatiku Dunia Akhirat,Anugerah Indah Untukku..

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Setelah lama tak mencoretkan kata kata buat anak anak comel yang Allah hadiahkan untuk Lya jaga dan Lya sayangi.Pinjaman Allah untuk Lya dan juga suami.Hari ini Umi berkesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata buatmu putera puteriku..Semoga coretan ini dapat kamu jadikan panduan buat kamu dalam mengharungi liku liku kehidupan yang mencabar di luar sana..

Nur Aina Insyirah,Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz

Nur Aina Insyirah,Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz


Assalamualaikum anak anak soleh dan anak solehah Umi.Salam sayang buat ketiga tiga buah hati Umi.Apa khabar buah hati Umi hari ini.Semoga hari ini buah hati Umi berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa bergembira dalam menempuhi hari hari yang penuh makna.Alhamdulillah dah start cuti sekolah,riuh rendah rumah dengan suara gelak tawa dan juga tangisan anak anak.Apa tidaknya sekejap bersuka ria dan sekejap bergaduh.Adatlah jika anak lebih dari satu..Pasti akan ada gelak ketawa dan juga tangisan manja.Si kakak mengusik si adik dan si adik mengusik si kakak..Alhamdulillah masih diberi pendengaran yang baik oleh Allah SWT untuk sama sama mendengar tiap tutur bicara anak anak.Masih lagi di beri peluang untuk mendengar gelak tawa dan tangisan anak anak.Syukur alhamdulillah.Umi mendoakan agar buah hati Umi yang Umi sayang,yang Umi kasih,yang Umi cintai akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.InsyaAllah..Aaamin aaamin..

Buah Hati Umi Dunia Akhirat,

Seandainya Umi pergi dulu dari hidup kamu..INGAT dan INGATLAH SELALU,Umi sentiasa mendoakan agar buah hati Umi tabah dan sabar mengharungi liku liku kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.Umi akan sentiasa mendoakan KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN untukmu wahai buah hatiku.Semoga kebahagiaan dan kegembiraan kamu akan berjalan seiring.Pesanan untuk Kakak Insyirah ''Jangan lupa jaga adik adik,sentiasa berpesan pesan pada adik adik,jangan bergaduh,sentiasa kekalkan hubungan mesra dan hubungan baik sesama adik beradik agar hubungan Kakak dan adik adik akan kekal hingga ke syurga''.InsyaAllah..

Buah Hati Umi Dunia Akhirat,

Umi mengharapkan ikatan kasih sayang antara buah hati Umi bertiga sentiasa tersemat kukuh di hati masing masing.Jagalah ikatan persaudaraan ini dengan penuh kasih dan sayang yang takkan pudar untuk selama lamanya.Ingat pesanan Umi wahai buah hatiku ..Jaga diri,jaga peribadi,jaga makan minum kamu,jaga hati insan di sekelilingmu,jaga solat dan jaga iman kamu.Andainya semua itu terjaga InsyaAllah hidup kamu akan diberkati Allah.Jangan lupa taat akan orang yang lebih tua daripada kamu wahai buah hatiku....INGAT INGAT INGATLAH !!!

Buah Hati Umi Dunia Akhirat,

Ingat selalu dan sematkan dihati kamu wahai buah hatiku..Umi sayang kamu dunia akhirat,Sayang kamu sejak kamu dilahirkan hingga ke hari ini.Bagaimana cara untuk Umi tafsirkan rasa kasih dan juga sayang Umi pada kamu,Umi sendiri tak dapat untuk menjelaskan dengan kata kata.Rasa yang datang dari lubuk hati Umi hanya yang IKHLAS buat kamu bertiga anak anakku.Umi akan sentiasa sayang kamu tak kira walau di mana Umi berada..InsyaAllah buah hatiku.Ingat Umi dalam doamu .Jangan lupa doakan Umi dalam setiap sujudmu wahai buat hatiku..Jangan lupa solat ikut waktu kerana solat adalah TIANG SERI yang akan menyerikan lagi warna warni hidup kamu nanti..

 Insyirah,Iman & Akif..Buah Hatiku Dunia Akhirat,Anugerah Indah Untukku..

Ingatan ikhlas dan jauh di lubuk hati Umi sangat sangat kasih dan sayang akan dirimu wahai tiga buah hatiku...Umi sayang kamu .Sayang sangat sangat..Sayang yang tak terungkap dengan kata kata..

Insyirah,Iman & Akif..Buah Hatiku Dunia Akhirat,Anugerah Indah Untukku ...


Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.