Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

TIPS JIKA MAHU BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN


Anak/pelajar jika mahu berjaya di dalam pelajaran/peperiksaan :

1. Jaga Solat fardhu
2. Solat sunat
3. Banyakkan zikir dan juga selawat
4. Jaga hati ibu bapa
5. Hormati guru
6. Jaga adab sesama rakan

Tips Untuk Cemerlang Dalam Peperiksaan


PERANAN IBUBAPA JIKA MAHU ANAK CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN


1. Bawa anak segera ke Klinik jika tidak sihat,jangan sakit ketika peperiksaan.
2. Beri anak air zam zam,madu dan kurma
3. Jangan makan kepala ikan
4. Jangan makan organ dalaman haiwan
5. Jangan minum air dimasuki semut

*perkara 3,4 & 5: boleh membuatkan anak mudah lupa.

TIPS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN


1. Di malam hari sebelum peperiksaan, pelajar perlu tidur seawal jam 10pm, selewatnya jam 11pm untuk mendapat rehat yang cukup dan fokus ketika peperiksaan.

2. Di hari peperiksaan,jangan beri makanan yang berat pada anak,kalau tidak biasa sarapan berat.Masa pelajar di dalam peperiksaan akan terbuang kerana kerap ke tandas.

3. Sediakan peralatan yang mencukupi untuk anak menghadapi peperiksaan.

4. 10 minit terakhir sebelum peperiksaan bermula, pelajar jangan lagi baca buku. Nanti fikiran bercelaru dan tidak fokus.

5. Kalau pelajar lupa semasa menjawap soalan,banyakkan selawat & istighfar. InsyaAllah akan ingat.

6. Kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar ialah hanya membaca soalan sekali dan terus menjawap soalan. Fahamkan soalan betul betul.Baca soalan sekurang-kurangnya 3 kali.

Wallahua'lam.

Perkongsian Tips dari Ustaz Ahmad Ridzaki,Tokoh Guru/pendakwah Cemerlang.