Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
UPSR 2016 6 kertas soalan berbanding lima kertas soalan sebelum ini.Format terbaru membabitkan Kertas soalan Bahasa Inggeris yang akan di pecahkan kepada 2 kertas iaitu pemahaman dan juga penulisan,sama seperti kertas soalan Bahasa Melayu.Format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR yang baru akan ditambah baik dan yang akan digunakan masih lagi ujian bertulis 100% seperti tahun tahun sebelum ini.
Ini bermakna anak Lya,Kakak Insyirah akan menduduki UPSR pada tahun 2016 dengan 6 kertas soalan.6 kertas tu,nak oiii.
FUHH FUHH FUHH !!!! Umi nak tarik nafas dalam dalam ni.Seram pula Umi rasa bila dah tambah jadi 6 subjek.Sekarang ni 5 subjek tapi untuk tahun 2016 6 subjek.Agak agak mak ayah yang ada anak UPSR untuk 2016 urut dada ke tak ni ? Lya memang urut dada la.Pening juga duk fikir ni.Macam mana la Kakak Insyirah nanti.Tadi masa tengok berita ni kat Buletin Utama,en hubby duk pusing pusing kepala daaa..Ya la kita ni sebagai mak ayah kena fikir langkah lebih baik untuk anak kita nanti.Maknanya kena usaha lebih lagi untuk dapat yang terbaik.Moga moga Kakak Insyirah dapat melalui fasa UPSR 2016 dengan tenang..InsyaAllah ..Aamin aamin..
Bagi ibubapa dan pihak pihak tertentu yang ingin melihat dan juga meneliti format serta contoh instrumen UPSR 2016 boleh melayari laman sesawang www.lp.edu.my .