Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015/1436H Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015/1436H Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia


Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015/1436H Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia.Alhamdulillah,syukur kita pada Yang Maha Esa dapat bersuara kembali dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.Pastinya kita sangat gembira dan berbesar hati kerana sekali lagi mendapat peluang untuk bersua muka dengan Ramadhan 2015.

Berikut adalah kadar  bayaran zakat fitrah ramadhan2015 bagi setiap negeri di Malaysia untuk tahun 1436H/2015.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Ramadhan 2015 Setiap Negeri


Kelantan = RM 7.00
Terengganu = 7.40 / 6.80 / 4.60*
Pahang = RM 7.00
Perlis = akan dikemaskini
Kedah = RM 7.00
Pulau Pinang = RM 7.00
Perak = RM 7.00
Selangor = RM 7.00
Negeri Sembilan = RM 6.50
Melaka = akan dikemaskini
Johor = RM 5.00 / RM 8.00*
Sarawak = RM 7.00
Sabah = RM 7.00
(WP) Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan = RM 7.00


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Ramadhan 2015 Setiap Negeri

Pengertian Zakat Fitrah


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).


Syarat-Syarat Wajib Membayar Zakat Fitrah

Syarat wajib zakat fitrah ada tiga:

1- Islam

2- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.

3- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.


Waktu Menunaikan Zakat Fitrah 


Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum solat sunat Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Panduan Pembayaran Zakat Fitrah

.
- Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
- Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
- Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.

Niat Zakat Fitrah


- NIAT ZAKAT FITRAH DIRI SENDIRI

.“INI ZAKAT FITRAH SEBANYAK RM ………… YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

- NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA

“INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG, SEBANYAK RM ……………….. YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

- NIAT ZAKAT FITRAH BERWAKIL

“INI ZAKAT FITRAH ………….. (Sebut Nama Orang Yang Berwakil) DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI ……………. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM ………………………… YANG BERWAKIL KEPADA SAYA KERANA ALLAH TA’ALA.”


Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah satu sho’ dari kurma atau satu sho’ dari sha’ir bagi budak, orang merdeka,laki-laki,perempuan,anak kecil dan orang tua dari orang Islam dan Nabi memerintahkan agar zakat tersebut diserahkan sebelum manusia keluar melaksanakansolat aidilfitri.

Dari Abas bercerita,Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari perbuatan mungkar dan perkataan kotor dan makanan bagi orang miskin,barang siapa membayarnya sebelum solat aidilfitri maka itu zakat yang diterima,barang siapa membayarnya setelah solat aidilfitri maka itu merupakan sedekah biasa.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Nice sharing. Salam Ramadhan !!

    ~ www.azlindaalin.com

    BalasPadam
  2. Kite isteri pun kene amik tau..selalu suami yang buat..hehe

    BalasPadam
  3. tiap2 tahun ada orang tolong bayarkan..hehehe

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana berkongsi

    BalasPadam
  5. Pengisian yang terbaik...

    Selamat Berpuasa....

    BalasPadam
  6. perkongsian yang bermanfaat untuk semua umat Islam

    BalasPadam
  7. Jangan lupa tanggungjawab... bayar zakat cuci harta

    BalasPadam
  8. Bagus bayar cepat bagi mengelakkan sesak atau terlupa, in shaa Allah..

    BalasPadam
  9. Jangan lupa bayar zakat. Takut nanti baju harga beratus, zakat entah kemana..

    BalasPadam
  10. aha..masih RM7.00..in shaa Allah cuba bayar seawal mungkin

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.