❤ Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa' Utama Matahari Di Kaabah 28 Mei 2015 5:16 Petang ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa' Utama Matahari Di Kaabah 28 Mei 2015 5:16 Petang 


Pada 28 Mei 2015 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2015 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM),umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing.Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,matahari akan berada tepat atas Kaabah bagi tahun 2015 pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat.Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat.Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan. 

Apakah Itu Istiwa’ Utama Matahari ?


Istiwa’ utama matahari merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika Istiwa’ (matahari berada tepat di atas Kaabah). Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun (5.16 petang pada 28hb Mei dan 5.28 petang pada 16hb Julai), apabila nilai sudut Istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah, di mana Kaabah terletak.


www.akifimtiyaz.com

Apabila Istiwa’ utama matahari berlaku,bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah.Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

www.akifimtiyaz.com


Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat


1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus.Bagi menyemak ketegakannya boleh diletakan tali yang diikat dengan pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.

Apabila jam anda menunjukkan waktu 5.16 petang (28hb Mei) atau 5.28 petang (16hb Julai), matahari sedang Istiwa’ di atas Kaabah,dan ia menjadi penunjuk sempurna arah mana Kaabah berada. Bayang yang terhasil ketika itu sedang selari dengan arah kiblat tempat anda (bayang akan jatuh ke sebelah timur,arah kiblat adalah ke arah barat/ke arah matahari.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ambil peluang yang jarang ada ni..:)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsia ni kak... banyak yang ena pelajari mengenai semakan kiblat ni.. selama ni tahu macam tu je

    BalasPadam
  3. Thanks shari info ni Lya.. bermanfaat buat kita semua.

    BalasPadam
  4. hehehe ada cek tak ritu Kak Lya ? yang time matahari betul2 straight tu..
    spupu2 CT gigih tunggu last2nya hujan petang tu.. tak ada rezeki nak experience..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.